Tuesday, September 20, 2011

MY5: today

 
aku sgt gembira ini hari translate i am so damn happy today sebab....

1. keje run smoothly hari ni
 
2. aku boleh balik awal
 
3. boleh pergi berjemaah asar kat masjid. bukan nak menunjuk tapi aku mmg sarankan org muda macam aku, single macam aku... masa muda muda dan tak banyak komitmen ni lah nak pergi ke masjid. kudrat masih gagah bro. belum ada anak nak kena pick up kat nursery, belum ada wife nak lepak ptg-ptg sambil pekena goreng pisang panas sama teh tarik, so pergi la berjemaah kat masjid. alhamdulillah kalau lepas sembahyang dapat baca al quran semuka dua
 
4. boleh update blog macam aku tengah buat sekarang
 
5. lepas ni plan nak main bola tak pun jog tepi tasik. fuh!!!



Sunday, September 11, 2011

Tioman island Malaysia

1. one of the most beautiful islands in Malaysia

2. u can take flight from klia, ferry from tanjung gemuk or ferry from mersing jetty

3. ticket from mersing jetty is MYR 35 per person per way

4. children under 12, the ticket is is MYR 25 per way

5. if not mistaken, tioman would be closed from Nov to Feb every year due to monsoon season

6. there are 5 stops in tioman namely tekek, ABC, kg salang and i forget the other two stops

7. tekek is the centre where there is a small town there. facilities available which u might not found in the other 4 stops including atm machine, mosque to perform friday prayer, school and so on.

8. tekek is the third stop by the way

9. cost per meal would be around MYR 5 to MYR 20, depending on what you eat

9. meals is easy to find here, don't worry. u won't starve on the island

10. it is advisable if you can buy tidbits, drinking water especially, before u go to the island

11. chalet/accommodation is quite easy to find, once u arrive your preferred stop, just walk around and ask the room rate.

12. perfect for travelers, weekenders, honeymooners, bag packers, and divers like me. huhuhuhu

13. i went to kg salang to take my PADI OW license. it costs me MYR 950

14. i dived under the kg salang jetty and it was an unforgettable moment for me. jumped all the way down from the jetty

15. for boat dive, i when to fan canyon, batu malang twice and pulau soyak. fan canyon is awesome. wallah~!!! it is very very beautiful. batu malang not to forget. there, u  would dive between rocks, under huge rock, through holes and so on.

16. activities include scuba diving, jungle trekking, island hoping, snorkeling, fish feeding and many more

some pictures i would like to share with u guys

bye bye mersing

abandon chalet

kg salang

kg salang jetty





sunset


calm beach



dive center



so what are u waiting for, get ready, pack your things and....lets get goin!!!

Sunday, September 4, 2011

buat kawan kawanku yang.....

(baca dengan nada slow dan sayu macam korang baca syair puisi...hehehe)

....dah bertunang, baru melansungkan perkahwinan, ape khabar kalian di sana? seorang kawan ini dah lama tak dengar khabar berita dari kalian. sihatkah korang? makan minum cukup? korang happy?


uni life

old days

kalau dulu dialah hero di gelanggang futsal
dialah raja segala aksi
dialah raja segala bicara
ketawanya penuh riang ceria macam dunia ni, dia yg punya
sampuknya penuh kegembiraan

tapi kini
khabarnya susah diperolehi
ligat lincahnya di gelanggang futsal tidak lagi kelihatan
kelibatnya hilang entah kemana
tawanya hilang senyap sepi
kalau dulu sms 'bro, jom futsal, jom air terjun, jom road trip, jom lepak'
lantas dia 'wa on bro, count me in'
tapi kini sms tidak berbalas
berbalas pun 2 3 hari kemudian.'wa sihat bro tapi tak dapat join la. ade hal'

hai tak kan bertunang dengan singa kot. hehehe
u tak boleh buat ni, u tak boleh pergi sana
habis siapa nak teman i nanti?

tika bertemu
tawanya tak lagi semeriah dulu
bicaranya diam seribu bahasa
lamunannya jauh laksana
kalau ada tembok pasti tembus diterobos
tak tahu apa yg bermain di hati
apa yg membelungi di benak fikirannya
mungkin memikirkan tanggungjawab yg bakal ditempuhi
mungkin bicara bisu diam seorang kawan ini sedang fikir gaya hidup yg bakal berubah
tawakkal bro
kalian di jalan yg benar
usah risau atau gundah
Dia maha mendengar, maha mengetahui maha menolong


alhamdullillah, kalian kembali kepada fitrah. memang manusia diciptakan berpasang pasangan untuk saling kenal mengenali. seorang sahabat ini tumpang gembira dari kejauhan. buat yg sudah bertunang, cepat cepatlah mendirikan rumah tangga. benda baik benda elok, buat apa nak ditangguh tangguhkan. bagi yg baru bergelar suami isteri, tahniah! enjoy your new life yau~!!

ps: aku ni boleh jadi pemantun negara la...<---- statement syok sendiri. hehehehe

selamat hari raya

selamat hari raya dan maaf zahir batin.
makanlah juadah yang terhidang sekadar merasa
aku baca kat mana entah, punca penyakit adalah apabila makan satu makanan lebih daripada makanan yg lain. not sure betul ke tak, hadith ke ape. tapi dari segi logik betul la kan? so pelbagaikan makanan anda. tak salah cuba ni cuba tu. tapi just cuma sekadar cuba.

eratkan yg jauh
jumpalah sanak saudara, sepupu sepapat
kalau cousin sendiri pun dah tak kenal nama, this is the time la to get to know each and everyone of them. bertandanglah ke rumah kawan kawan. boleh makan kambing golek free.

entry sebelum subuh. idea masih beku. konon konon nak buat come back. nak tulis macam macam. nak cerita itulah. nak kongsi pasal ni lah. esok kerja. kerja sungguh sungguh dude. apply kerja pun sungguh sungguh. hehehehe

Sunday, June 26, 2011

kenapa orang tengok bola kat stadium

1malaysia?

1. takde life. padahal byk je aktiviti lain yg boleh dilaksanakan

2. esok tak keje

3. ikut kawan2. aku la tu

4. erm...patriotik kot

5. anak ajak tgk bola kat stadium. 'ayah, jom p tgk bola kat stadium'. yg ni reason bagus. bawaklah anak2 anda wahai bapak2 sekalian. ini 1 pengalaman untuk anak2 anda

6. nak tayang awek dia lawa. then awek dia dok sopan je sebelah dia. then semua mata tgk 'fuh manis la awek ni'. tak kurang juga awek2 yg terkinja kinja menyokong pasukan kesukaan mereka...pun ada juga mata2 yg usha awek2 ni 'tak segan ke diorang ni?'

7. exercise. nak cerita pasal ultramalaya iaitu fan club pasukan malaysia. diorang ni penuh dgn semangat. sorak dengan gaya dan aksi tersendiri. non stop beb. da macam clubbing je aku tgk. tapi bg aku diorang ni bagus. at least dapat memberi support kepada pemain yg sedang beraksi. tapi kenapa ada number 12 kat tshirt diorang? musykil la aku. anyone knows the answer?

8. dapat tiket free

9. satu family mmg kaki tgk bola. at least dapat meluangkan masa bersama suami isteri dan anak2

10. kerja kat stadium. tukang jual tiket, polis, wartawan, jaga yg jaga pintu gate. alang alang kerja tgk je la kan

baru je last week aku p tgk malaysia lwn lubnan kat stadium. tahniah buat pasukan negara. dapat bertahan dan menang 2-1 pada malam tersebut. tapi aku bukan bangsa bangsa yg enjoy tgk bola la. aku sokong arsenal tapi nak tgk game, malas la. highlight kan ade.that day aku tgk la dalam 10 ke 20 minit then lepas tu tgk ragam manusia, tgk suasana stadium. ade yg cool, ade yg mencarut byk, ade yg main iphone je. ade yg bwk buku beb. novel lagi. laki pulak tu. hahaha. ade yg ambil gambar.ada yg baling botol. ada yg main laser. macam macam.

kepada yg maki hamun. please la stop. try la to see from the positive side. korang tgk je, boleh la. yg penat bukan korang, yg penat tu....players atas padang tu. jgn la demoralize players negara sendiri. kasik la sokongan sepenuh hati. kalau diorang main macam sampah diam sudey.....nanti balik pergi toilet baru maki hamun kuat kuat sesuka hati korang


Sunday, June 19, 2011

try this: it is saturday morning and...


morning!!!

alhamdulillah, anda masih lg diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. syukur pada ilahi. hari ni hari sabtu, dan anda sudah pun selesai menunaikan solat subuh...dan anda juga tidak bekerja hari ni, weekendlah katakan. so dipendekkan cerita: anda juga telah

melakukan sedikit senaman. regang otot sana sini
see transition dari gelap ke terang. lps subuh tu anda lepak kat luar tgk langit sambil memuji kebesaran ilahi.subhanallah.
sapu sampah ke mandi ke

now anda bersedia nak breakfast atau travel ke kg halaman. so apa yg cuba aku nak suggest kat sini is dengarlah radio ikim pagi2. best. tak tau ape nama segmen dia tapi sabtu pagi ade segmen bersama dr. Muhaya, specialist prince court medical centre. segmen ni byk pasal input input motivasi yg anda boleh dengar dan amalkan dalam kehidupan seharian anda. aku tak sure ni siaran ulangan atau live tp apa yg aku tau segmen ini mmg best gile. byk benda benda positif yg dibincangkan so bila anda dengar, secara tak lansung anda juga akan lebih positif dalam menghadapi hidup anda sehari harian.

tak kan la selama lamanya nak dengar lagu dekat mixfm hitfm hotfm je? in the end ape anda dapat?jiwa kosong jugak kan? samalah kita...sigh

nak kata dgr lagu2 tu tiba anda boleh jadi artis then buat duit byk2, tak jugak kan?
so it is better to dengar segmen yg aku suggest td
dr muhaya ni eye specialist kalau anda tak tahu, so any question pasal kesihatan mata pun anda boleh tanya sewaktu segmen tersebut keudara

ps. alhamdulillah siapa yg dgr ikimfm everyday. tapi aku tak. sigh...masih cbe try untuk do so.

Saturday, June 11, 2011

Try this: kalau anda excercise


go exercise,people!!

1. nak cerita sikit la pasal bersenam ni

2. ok kalau anda bersenam everyday, which is good atau beberapa kali seminggu atau sebulan hanya boleh kira dengan jari atau once a year

3. tak kisah la anda berjogging sambil menghayati keindahan alam tanda kebesaran ilahi, atau buat sit up atau star jump sambil dengar lagu dekat channel mtv astro, atau anda night cycle bersama rakan rakan anda atau anda sekadar pergi berenang kat swimming pool sambil usha gadis gadis keje government yg turut berenang sama atau lebih best lg anda redah je main bola sepak petang petang dengan orang orang yg anda tak kenal... anda patut try this:

lajukan rentak atau phase anda untuk sesekali.

maksudnya:

#kalau jog 10minit, cube sprint for 1minit then continue balik jog seperti biasa

#kalau berenang secara rilex cuba at one point berenang laju laju then kembali ke rentak asal

#kalau cycle, cube cycle secara pantas untuk beberapa ketika then kemudian cycle seperti sedia kala

ulang rentak ini untuk beberapa kali.kenapa?

kalau rutin je...badan anda akan jadi biasa dan mungkin kalori atau lemak yg dibakar hanya sedikit shj. so bila anda tingkatkan phase atau kelajuan anda untk beberapa ketika, lebih banyak kot kalori yg terbakar jadi arang dan debu. selain itu..pergh macam karangan la entry aku this time, anda takde la rasa bosan sgt sebab senaman yg anda lakukan bukan asik dalam rentak yg sama. so anda akan rasa lebih excited untuk pergi bersenam sebab setiap kali anda bersenam anda akan challenge your body to do...more!!!


lets try!

Monday, June 6, 2011

nan butter

1. hanya RM2 shj kat kompleks kejiranan presint 16. ala yg foodcourt kat belakang petronas presint 16. yg very near to alamanda tu just to be very specific if korang still tak tahu the location. nama the only mamak kat situ is haji tapah. nan butter dia jauh lagi sedap drpd nan butter..

2. .... dekat mamak ali maju presint 18. if not mistaken, it is the only mamak dkt P18. dah la mahal RM3.30 sekeping. taste pun kalah compared to p16

3. gile cekik darah. nak kata ada charge elektrik maybe tak sebab masa aku order dekat both kedai tu waktu malam.. beragak la sikit kalau nak campur bil letrik pun. cas 30sen bil letrik dalam nan butter tu kira ok jugak la...jangan la sampai singgit 30sen. wa datang situ bukan nak makan elektrik. just for a piece of nan...

4. nak makan nan butter, mmg wa suggest pergi p16...layan~!!! cheese nan dia RM2.50 je. murah kan?


Thursday, June 2, 2011

ikhlas

satu lagi elemen yg mungkin pada aku boleh memberikan anda ketenangan hidup yg anda impikan selama ini. siape yg tak nak enjoy life kan?

1. pada pemahaman aku ikhlas ni boleh ditakrifkan sbg melakukan sesuatu hanya kerana Allah dan hanya untuk mendapatkan keredhaanNya tanpa mengharapkan sedikit balasan mahupun pujian daripada manusia serta tidak gusar akan diperlekehkan oleh orang lain

2. selagi mana sesuatu perkara itu tak menyalahi batas batas agama, selagi benda tersebut boleh memberikan manfaat kepada diri anda serta tidak mendatangkan impact buruk kepada orang lain, just do it. at least anda tahu yg anda melakukan perkara yg betul dan at least anda berpeluang untuk melakukan perkara tersebut

3. jangan harapkan walau secebis pun ungkapan terima kasih daripada orang lain sebab memang sudah menjadi lumrah dan fitrah manusia untuk lupa berterima kasih kepada orang lain.

4. usah gentar dicemuh oleh orang lain bila nak melakukan sesuatu perkara. kalau anda rasa anda betul, just proceed. kalau nak jaga ati orang ni, ala nanti org tu kata apa pula, end up anda juga yg tak start melakukan perkara yg anda inginkan. sebab manusia ni bermacam ragam. susah nak puaskan ati semua orang bukan?

5 jadi lakukanlah sesuatu perkara itu dengan ikhlas. just proceed. at least u can get the satisfaction from doing the things u want to do.

Sunday, May 22, 2011

element of happiness

"happiness lies, first of all, in health"

george william curtis

1. Setuju? bagi aku, i am totally agree

2. yup it is true enough!

3. So jagalah kesihatan anda

4.kurangkan gula in your drinks okay. makan jangan over sgt. ikut sunnah. berhenti sebelum kenyang

5. banyakkan senyum sebab bila anda senyum susah nak pikir masalah

6. bersyukurlah kerana setiap pagi anda bangun, anda masih ada apa yg anda ada. cube la let say 1day u guys bangun, next to u guys ada 1million tp both kaki dah kudung. anda nak ke? aku rase korang tak nak kan?

7. money is not everything sebab bila sakit nak buat ni tak boleh, nak makan ni, nanti darah tinggi. tapi kalau sihat and ada duit then baru you can enjoy your life

kesimpulan nya jagalah kesihatan anda. better mencegah daripada mengubatikan?