Showing posts with label bout ME. Show all posts
Showing posts with label bout ME. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Lasik berdasarkan pengalamanku

Tinggal kenangan: aku, dan cermin mata aku.... ni masa latihan kentereraan untuk special force tentera laut......konon. tapi ni tgh rehat2. location dirahsiakan

Alhamdulillah, tanggal 26 July 2013 (17 Ramadhan 1434), friday merupakan satu lg detik bermakna dalam hidup aku yg sementara ini. setelah lebih kurang 13 tahun pakai cermin mata, aku diberi kesempatan untuk buat LASIK. Sebelum ini aku hanya baca review di internet tapi lepas dapat tahu mak kawan aku dgn adik kawan aku performed lasik surgery and Alhamdulillah dapat good review, aku pun terus call prince court medical center for appointment.

So ini adalah kisah kisah LASIK ku dan some information which might be helpful.

1. aku call PCMC for appointment, at first ingatkan boleh walk in selambe je tapi rupanya for check up, patient kena off contact lens for 10 days before check up day. check up is 1 full day(mula mula aku igt nak walk in masa lunch hour boleh settle dalam masa sejam) and u will be given MC. Macam macam la check up yg patient kene go through so that nak tahu whether mata anda is really fit for lasik or not

2. Check up senang je, u ikut je apa nurse suruh buat. at the end of the session Prof Muhaya akan buat final check up to determine whether u ni boleh buat lasik or not. Have a good night sleep before check up day tu ye. for case aku disebabkan pressure dalam mata aku quite high...aku kene perform additional check up. 1st check up aku is on thursday, 18 july 2013 (9 Ramadhan 1434). then prof Muhaya kata kat aku, if u pass this additional check then u can do lasik on the same day.

3. so for my case, check up aku kene bayar RM480. Aku settle pakai maybank islamic credit card yg aku tempah khas semata mata nak buat lasik. selama 3 tahun aku makan gaji ni, aku tak buat lg credit card. for RM480 ni, tiada easy payment (0% rate) but for the total cost RM7k, yes u boleh buat easy payment. RM480 is inclusive dalam RM7k, so on operation day u just settle the remaining balance. lepas check up aku selambe je drive balik rumah tp dinasihatkan bawa org lain utk drive anda balik rumah. aku sebenarnya bawa je adik aku standby tapi sebab kl jem gile ptg tu, aku je lah drive

Easy payment: 0% interest rate
1. Maybank: u can choose 1,2,3 years...aku opt for 2 years
2. Citibank: 1 year only

4. so sekali lagi, 1 week after check up day.... aku datang lg ke PCMC. and Alhamdulillah after additional test yg aku kene go through, prof kata 'u are fit for lasik'. lepas buat full payment, ambil ubat dekat ground floor aku terus ke operating theater. baring baring kejap then lepas tu prof terus  buat operation. Alhamdulillah done. sekejap je dalam lebih kurang 20 minit macam tu. memang tak rasa apa apa

few seconds before LASIK surgery
5. aku pusing kanan nampak mak aku kat luar pintu tgh senyum. Alhamdulillah everything went well. dalam hati mmg happy sgt sampai tak tau apa nak kata. lepas operation your vision akan macam kabus2 but will improve gradually dalam 2 to 3 hours. lepas say thanks to prof Muhaya and mak aku ada sembang2 dgn prof... kami pun keluar dari PCMC. aku?... aku terus p sembahyang jumaat kt masjid klcc

6. mata akan pedih sikit , 30 minit after surgery tapi tak la sampai mengganggu. malam tu aku dah drive balik kg aku kat selatan tanah air. adik aku demam pula...so aku jelah drive.

Mak aku ngan Prof Muhaya
7. Boleh ke rabun balik? boleh kalau anda x jaga...prof muhaya nasihat jgn tgk benda dekat dekat especially computer. and FYI, lasik ni sekali seumur hidup

8. tak payah pakai cermin mata dah? actually it depends. yg pasti akan reduce kebergantungan terhadap cermin mata. macam case aku mata kanan power tinggal 0. kiri lebih kurang 75. Alhamdulillah aku memang bersyukur. before this mata kiri 700 mata kanan 600.

9. nanti aku kena datang for 1 more check up..post check up la kiranya. masa ni dia akan advise your new power.

10. ok masa operation day, u tak boleh pakai deodorant and perfume. kalau nak juga pakai sikit sudah. takut machine reject u.operation day pun boleh dapat MC. PCMC ni air cond dia sejuk, dinasihatkan pakai kasut dan bawa jacket

teka teki: apakah persamaan aku dengan ustaz Zahazan? hihi

Sunday, July 21, 2013

1 Malam di Desaru

Perhatian
Ini bukan cerita hantu ye

baru 2 hari lepas, aku berkesempatan menjejakkan kaki ke desaru. Company tempat aku kerja ada buat CSR prog sikit. so bg mencukupkan quota, yg bujang bujang la dikerah utk join the program. mungkin kerana hujung minggu, ramai yg sudah berkeluarga meluangkan masa weekend mereka dgn family depa.

aku bukan la nak cerita pasal CSR prog tu tapi tempat aku stay for 1 night...nice gile! dapat la idea nak decorate bilik kat kg. bilik aku tempat aku merantau tak boleh nak decorate sgt sebab kecik gile...tak tipu. korang tgk aje la gambar gambar aku nak share ni... malam pun dah larut. tak selera nak tulis panjang panjang...

beg aku je sempat duduk kat situ. aku x sempat. ada balcony kat luar tu mengadap pool dan laut

besau sgt bilik ni

belakang pintu tu ada tempat shower

queen utk aku. single utk baju dgn seluar aku. patut aku ajak je wife aku dtg sama. suruh dia tido katil single...senang nak kenyit mata..hihi

tengok sj... sebagai tanda menghormati ramadhan

berkesempatan tgk sunrise di pagi hari..... i am damn tooo young utk tido selepas subuh




Azam aku lepas ramadhan kali ni...semoga each day sampai hari terakhir aku kat dunia ni, kalau boleh, aku nak:

1. bangun 10 minit sebelum azan subuh masuk
2. tak nak tido lepas subuh

kalau ramadhan boleh, kenapa bulan bulan lain tak boleh? kan?

Tuesday, February 12, 2013

Tips Percutian Musim Sejuk

Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk backpack ke Seoul dari 2-9 Feb 2013. Tujuan utama ialah utk main/jumpa/tgk snow dan Alhamdulillah time aku p ke sana, mmg time snow tgh turun lagi. Falling snow gitu. Kat sini aku nak share few tips which I think would be useful for you guys yg bercadang untuk bercuti ke negara negara sejuk yg ada snow. Tips ini adalah berdasarkan pengalaman 7 hari selama aku berada kat sana. So the tips might be bias or tak cukup helpful. Ok here are some: kalau korang p seminggu

Dekat Seoul Tower. Suhu negative 13 masa tu. Muffler belit belit KRW8,000. lebih kurang RM24

1. tak payah bawa baju banyak2 sebab tendency nak berpeluh is almost 0%. tapi bawa la singlet. bawa baju lengan panjang 2 helai. then winter coat

2. kalau boleh bawa socks untuk setiap hari. kalau pegi seminggu bawa 7 pasang. kalau dapat stokin bola lagi nice. socks byk2 ni bertujuan utk mengelakkan bau kaki or bau kepam setelah seharian berjalan2

3. Muffler untuk cover leher korang. boleh beli yg belit belit or simple. macam aku, aku beli kat daiso, RM5 je tapi sampai Seoul aku beli yg belit2 sebab sejuk gila ya rabbi

boot high cut beli kat Malaysia RM130. Baju gemok or winter coat with hood beli kat Korea KRW8,000.
4. bawa pelembap. Aku bawa Vaseline boleh sapu kat bibir nak elak merekah. then bole sapu juga kat pergelangan kaki or mana2 lagi bahagian badan yg korang rasa kering

5. Beli boots yg tapak dia grip sebab bila jalan atas snow ni... permukaan dia licin. so bila tapak grip cantik takdelah korang nak tergelincir. boleh beli kat negara negara yg korang lawati or kat malaysia pun ada. macam aku, aku beli kat campbell kl. aku beli boot askar. lps ni senang la nak panjat gunung. hehe. kat korea boots dia boleh cari yg murah2... beli je kat sana nnt bawa balik malaysia nnt senang bole buat masuk hutan, redah gunung atau nak mesin rumput ke

6. sarung tangan aku rasa wajib ada. sebab hujung hujung jari tu cepat kebas bila terdedah kat persekitaran. time nak ambil gambar tu sekejap je tangan dan jari jari anda boleh kebas kalau tak pakai glove. lagi tebal lagi bagus tapi just make sure anda still boleh pegang barang dgn glove tu

7. Untuk seminggu... 2 helai jeans or sehelai sudah memadai

8. Longjohns is up to you. macam aku survive je cuaca kat sana without longjohns. aku tak beli sebab harga kat malaysia langsung tak masuk akal kalau compared to harga kat Korea. jauh beza gile

9. snow cap dan penutup telinga is up to you guys. kalau winter coat or winter jacket korang dah ada hood, rasanya tak perlu kot snow cap or penutup telinga

10. be positive and just enjoy yourself. Actually your mind is everything! so tune your mind and redah je lah! kat kl mana nak dapat suhu bawah 0 celcius kan?




Simple muffler beli kat daiso Malaysia RM5. So kat sana daily mmg aku pakai 3 lapis. singlet, baju kait  yg tebal - green color and baju gemok. ni masa try snow board kat vivaldi park
So itu je kot. tips ni adalah untuk backpackers yg tak nak bawa brg banyak2. senang nak gerak ke sana ke mari

Wednesday, January 30, 2013

Canon PowerShot A2300

Alhamdulillah, semalam berkesempatan untuk beli Canon PowerShot A2300. Tujuan asal nak beli panasonic   lumix DMC tapi sangkut pula dengan model ni lepas buat few comparison ditambah pula dengan taukey kedai yyg bersungguh sungguh promote product lain yg katanya better from panasonic lumix

Apa itu A2300?
Device yg murah utk ambil gambar. dia compact, ringan and easy to use

Harga beli?
tak sampai RM390 pun. aku rasa quite ok. aku dapat full set of camera + casing + screen protector + photobook voucher which valid for 3 months

Di mana beli?
Aku beli kat kedai FOTOKEM kat shopping complex yg berdekatan ngan office aku. ptg lepas balik office

Macam mana beli?
Of course pakai duit. bayar cash sebab aku tak ada credit card.

Tujuan beli?WHY?
Nak capture moments in my life. Nak replace camera panasonic lumix fs4 aku yg hilang pada 8 jan 2011. alhamdulillah semalam replaced!

Harapan?
Agar camera ini tahan lama. boleh pakai tanpa sebarang masalah untuk tempoh 10-15 tahun. Hopefully worth buying la kiranya. akan stay lama dengan aku

Kenapa post pasal camera ni?
Nak increase traffic ke blog aku. haha. Actually aku realize aku ni suka jump jump. aku tak ada flow. so hopefully this is one method untuk aku practise and improve flow aku


nak share 1 gambar yg aku ambil guna camera baru aku. ok till we meet again

Analog watch


* beli jam tu 4 hari lepas birthday aku untuk tahun 2013. family aku belanja. got the money then aku pi cari sendiri mana yg berkenan di hati

Monday, July 2, 2012

sekali lagi

featuring

jo luana
.
.
.
.
and the rest are watak watak sekeliling aku
why aku watak utama? sebab ini blog aku hahaha

untuk berapa tahun? aku masih belum tahu
looking forward? yes. hidup mesti terus
selesa? of course, tak
kalau nak ikut rasa di hati, baik aku duduk di kg
diam-diam memang selesa
hari hari mak masak atau adik beradik ku yg lain masak
tak payah nak bersemuka dengan kekalutan dan hiruk pikuk kota raya

Ya tuhan
kuatkanlah semangat hambaMu ini
aturkanlah yg terbaik untuk ku....di dunia dan di akhirat

Manukan Island - March 2012


Friday, April 13, 2012

sunset at kota kinabalu waterfront

Alhamdulillah, recently I had the chance to watch sunset at kota kinabalu waterfront. Subhanallah, it was amazing and very beautiful. such a great experience. still remember de moment (ala tak sampai sebulan yg lepas, mmg la still remember. hehehe). here are some photos i would like to share with all of you:

subhanallah
perfect
at KK waterfront

at mamutik island
sunset


sunset and me

Thursday, December 15, 2011

kerja makan gaji...



aku ada pasang niat nak kahwin tahun depan. tapi ko(soalan kepada diri sendiri) kan tak suka tanggungjawab? dah tu yg pegi gatal nak set tarikh nak kahwin tahun depan bulan dec ape kejadahnya? padahal calon pun tak da lagi. aku nak kahwin tapi tanggungjawab tu aku tak nak. contoh simple. kate la aku pi qiammulail kat masjid on weekend,(contoh nak up je hahahaha) dah tu kena balik rumah kejut wife tanya dia 'u dah sembahyang subuh?' tu belum cakap lagi soal tanggungjawab yg lain. 

tak tahulah. right now rasa i am better off on my own. tapi petang petang bila aku balik dari kerja pasang radio ikim, ada ustaz ni cakap, kahwinlah kamu, maka sempurnalah sebahagian daripada agama kamu. lebih kurang macam tu lah. then tgk kawan kawan yg bakal akad nikah, bakal bertunang, semua seems to be happy. macam ada something yg membuatkan diorang lebih semangat utk hidup. macam ada benda yg diorang kejarkan. aku macam biasa la soalan, 'bro berapa ko pakai duit nak kahwin'?'nanti kenduri tunang, u bayar ke bf u bayar?'tu soalan biasa aku kat member member aku yg bakal menempuh alam lain ni

aku ada niat nak kahwin tapi kerja aku ni buat aku resah..... kalau hati resah macam mana nak kawen?

sebenarnya post ni wa nak cerita pasal kerja wa. wa tension kerja ni.lunch is impossible. time pagi pagi pi kerja, resah kat hati ni hanya tuhan sj yang tahu. gelabah weyh. degup jantung masa buat kerja ni kadang kadang lagi laju daripada masa lepas sprint 100m. tunggu masa nak explode je. kadang kadang rasa nak tumbuk je printer kat office, rase nak hempas je screen monitor kat lantai,, rase nak sepak terajang je meja tempat aku buat kerja, rase nak baling je kertas kertas yg aku mengadap hari hari. rase nak mencarut carut  je, lepas tu dengan coolnya cakap 'i resign' then blah terus dari office. tapi tadi sembang dengan ayah wa, wa rasa tenang sikit. then kalau aku fikir betul betul, yg kasi aku prob is swap payment. itu je. instrument lain ok je

dulu aku juga yg doa, ya Allah:

berilah aku kerja di tempat aku belajar dulu
berilah aku kerja yg tiba tiba je dah petang
yg gaji best
sekarang bila dah dapat, tak gheti pula nak bersyukur
sometimes aku wish tangan aku patah, astaghfirullah
tak payah pergi kerja sebulan. tapi kalau boleh biarlah dijauhkan.
janganlah Allah tarik segala nikmat dan kesihatan yg Dia pinjamkan kat aku ni
nanti tiba tiba patah sini patah sana, sekarang elok elok boleh pergi dive, tiba tiba kang
'sorry u tak boleh turun dive for 5 years okay? tunggu tulang u mampat elok semula baru u dive'. tak nak la macam tu.

then kalau fikir fikir balik, tension aku is only for that day
kalau abis pukul 4, tension pun hilang la, kalau pukul 6, sampai pukul 6 je la tensionnya. esoknya is another story. the same tension tapi would only last for that particular single day. then tadi masa drive balik kg, elok je aku kareoke dalam kereta. tak de pun tension. sengih je all de way.

moral of de story. bersyukurlah tapi if u think u deserve better job, then go for it. then jauh di sudut hati aku, aku yakin Allah tak menzalimi hamba hambaNYa. Dia tak akan uji hambaNya dengan sesuatu yg diluar kemampuan mereka.
.
.
.
.
.
.
.

Allah tu maha pengasih......................maha penyayang.

aku la tu  di kala tak kerja. tu gambar aku dengan ekor lembu ye kawan kawan. bukan ekor aku, aku bukan son goku

Tuesday, September 20, 2011

MY5: today

 
aku sgt gembira ini hari translate i am so damn happy today sebab....

1. keje run smoothly hari ni
 
2. aku boleh balik awal
 
3. boleh pergi berjemaah asar kat masjid. bukan nak menunjuk tapi aku mmg sarankan org muda macam aku, single macam aku... masa muda muda dan tak banyak komitmen ni lah nak pergi ke masjid. kudrat masih gagah bro. belum ada anak nak kena pick up kat nursery, belum ada wife nak lepak ptg-ptg sambil pekena goreng pisang panas sama teh tarik, so pergi la berjemaah kat masjid. alhamdulillah kalau lepas sembahyang dapat baca al quran semuka dua
 
4. boleh update blog macam aku tengah buat sekarang
 
5. lepas ni plan nak main bola tak pun jog tepi tasik. fuh!!!



Sunday, June 26, 2011

kenapa orang tengok bola kat stadium

1malaysia?

1. takde life. padahal byk je aktiviti lain yg boleh dilaksanakan

2. esok tak keje

3. ikut kawan2. aku la tu

4. erm...patriotik kot

5. anak ajak tgk bola kat stadium. 'ayah, jom p tgk bola kat stadium'. yg ni reason bagus. bawaklah anak2 anda wahai bapak2 sekalian. ini 1 pengalaman untuk anak2 anda

6. nak tayang awek dia lawa. then awek dia dok sopan je sebelah dia. then semua mata tgk 'fuh manis la awek ni'. tak kurang juga awek2 yg terkinja kinja menyokong pasukan kesukaan mereka...pun ada juga mata2 yg usha awek2 ni 'tak segan ke diorang ni?'

7. exercise. nak cerita pasal ultramalaya iaitu fan club pasukan malaysia. diorang ni penuh dgn semangat. sorak dengan gaya dan aksi tersendiri. non stop beb. da macam clubbing je aku tgk. tapi bg aku diorang ni bagus. at least dapat memberi support kepada pemain yg sedang beraksi. tapi kenapa ada number 12 kat tshirt diorang? musykil la aku. anyone knows the answer?

8. dapat tiket free

9. satu family mmg kaki tgk bola. at least dapat meluangkan masa bersama suami isteri dan anak2

10. kerja kat stadium. tukang jual tiket, polis, wartawan, jaga yg jaga pintu gate. alang alang kerja tgk je la kan

baru je last week aku p tgk malaysia lwn lubnan kat stadium. tahniah buat pasukan negara. dapat bertahan dan menang 2-1 pada malam tersebut. tapi aku bukan bangsa bangsa yg enjoy tgk bola la. aku sokong arsenal tapi nak tgk game, malas la. highlight kan ade.that day aku tgk la dalam 10 ke 20 minit then lepas tu tgk ragam manusia, tgk suasana stadium. ade yg cool, ade yg mencarut byk, ade yg main iphone je. ade yg bwk buku beb. novel lagi. laki pulak tu. hahaha. ade yg ambil gambar.ada yg baling botol. ada yg main laser. macam macam.

kepada yg maki hamun. please la stop. try la to see from the positive side. korang tgk je, boleh la. yg penat bukan korang, yg penat tu....players atas padang tu. jgn la demoralize players negara sendiri. kasik la sokongan sepenuh hati. kalau diorang main macam sampah diam sudey.....nanti balik pergi toilet baru maki hamun kuat kuat sesuka hati korang


Wednesday, March 16, 2011

Jo

Jo....Kapcai wa yg wa sayang. 100cc je model honda ombak. hadiah daripada parents wa, a year after wa eksiden patah dagu kat tempat wa belajar(actually pakse my parents suruh belikan hahaha)

sabtu baru baru ni wa pegi matta fair kt pwtc dgn jo. so lalu la dekat ade 1 highway ni. pagi sejuk nyaman sambil otak wa berangan angan ape ntah, wa lupa. tibe tibe haram, ade ferari mane ntah saje menganjing wa. tibe tibe je letup enjin then potong wa right exactly sebelah wa. gile terkejut wa. agak agak la bro, bang kak makcik pakcik. kalo wa jatuh macam mane? highway punya lah besar tapi sj je nak potong wa rapat rapatkan? sj nak cari pasal kan?

tapi alhamdulillah wa sampai je matta fair dengan selamat. wa actually nak citer wa suka jo sebab:

1. cepat dan murah. tol tak payah bayar. then nak tunggu public transport yg langsung tak pernah on time then macam tin sardin? ah forget it. wa dah pernah rase semua tu. sampai smyg mrgihb pun wa termiss sebab lembapnya public transport

2. boleh avoid jam. matta fair of course jam gile hari tu ok! tapi thanks to jo. kiteorg selit sane sini then sampai dengan cepat dan jayanya. tapi nasihat wa, hati mesti kering, jangan teragak agak, break mesti mau makan. tayar make sure tiptop la. wa tak ingt berapa bmw wa potong dalam jam tu, tp lebih dari 10 la. hehehe

3. senang parking & parking free. wa parked exactly right in front main entrance pwtc.

sekian dari wa.



by the way this is not jo.hehehe



Friday, December 11, 2009

Piano lesson: Catatan seorang Abang....


piano
Tak kala adik2 ku sdg memainkan irama lagu winter sonata dan entah ape lagi ntah lagu yg best2, seorang abg ini masih bertatih lagu mary had a little lamb dan twinkle2 little star...hahaha lawak seyh. tersengih aku sorang2

Buat adik2 ku, belajarlah bermain piano sehingga pandai tahap dewa. Alhamdullilah, mase korang kecik2 skrg ni, financial situation mak & ayah semakin stabil. maka berpeluanglah korang utk mempelajari ilmu piano

Dulu, mase aku kecik2, aku xberpeluang tapi skrg aku berpeluang sebab aku ade adik2 yg pandai bermain piano. Yeay~!! maka ajarkanlah aku.. kalau mary ade seekor anak kambing kecil pn, seorang abg ini.. dah bangga gile kalau dpt main... sengih sampai telinga tu. hahaha, dlm hati riang gumbira

maka, jgnlah korang malas utk berlatih piano. mak kite pun mintak 10mnt je sehari. bukan byk pun kan? mak & ayah spend myk tu utk hntr kau orang pegi kelas piano, maka jgnlah korang sia-siakan peluang yg ada

mana tahu, rezeki korang kat piano, mula2 buat persembahan free kat sekolah, lepas tu ade sorang Hamba Allah mntak korang buat persembahan utk events dia. dia byr. kan dpt duit tu xpun nnt bila korang dah besar, boleh buat part time ajar piano. ha kan best, boleh kenal lg ramai orang then dpt duit lg

xpun, nnt bila besar, bole bukak piano centre, buat import export piano, jadi cikgu piano... kan best?

maka adik2 ku, belajarlah...

yg ikhlas,
baru belajar...

ps: siapa tau link piano sheet utk lagu2 rakyat, share dgn aku ye.... jong2 inai ke

Wednesday, July 15, 2009

Why lately aku jarang update blog...


seorang budak intern dan segelas teh tarik

1. Kerja. Sebenarnya aku sdg internship. Kerja dan study adalah dua dunia yg totally berbexa. Sibuk study dan sibuk kerja mmg honestly tak sama lansung! Masa study, di waktu renggang boleh lagi nak rehat2 melayari internet, bancuh 3in1 sambil terkangkang dpn computer menonton dvd dan sbgnya tapi masa kerja, jgn harap la nak buat semua itu lg….


2. Tak cukup masa. Seawal jam 640 pagi, aku dan ijam telah pun meredah kesejukan pagi utk ketempat kerja. Bila pulang, selalunya dlm 640 ptg kami tiba di rumah. Dan seperti biasa ijam la yg menjadi peneman setia aku utk menapau dinnerku di malam hari. Malam kalau boleh tak nak keluar sebab aku tahu, ijam pun nak rehat… owh by the way, ijam adelah nama utk kapcaiku yg aku syg….


3. Rutin. Sampai di rumah, exercise sikit.. golek2 pinggang. Then bace newspaper sikit, then basuh baju for the day. Bila Settle, mandi wangi2 then semayang la. Lps tu tgk berita sambil mkn dinner… pastu 3in1 pulak sambil sambung tgk astro sampai ngantuk. Then bila nak update blog?


4. Penat. Kerja mmg penat. Currently by pukul 11pm je mata aku da layu. Mmg ngantuk la senang citernya. So skrg ni aku da join bangsa2 yg tido awal ni. So bila nak update blog?


5. Astro. Disebabkan rumah sewa ku ade astro, byk masaku di sebelah malam diluangkan utk menonton channels di astro yg byk gile. Once da duduk dpn tv tu mmg susah la nak buat kerja lain. Hiburan..hiburan. By the way, aku suka gila channel afc yg tunjuk mkn2 tu…. Fuh best gile kalau dpt mkn macam2, macam pengacara dlm rancangan tu.


6. Facebook. Xthu la kenape aku mcm ketagih melayari laman web yg di dalangi oleh CIA itu. BIla on je internet…FB.FB.FB. eh FB lah sekejap…dan mulai hari ini aku berazam mcm zaman aku study dulu FB hanyalah utk hati jumaat sabtu dan ahad.


7. Idea. Aku takde idea yg nak ku pahatkan di laman blogku. Aku lebih suke membiarkan otakku kosong sambil enjoy each and every second yg aku lalui. Malas aku nak fikirkan masalah2 dan perkara2 yg berlaku di sekelilingku. Isu ini isu itu… manek urai, H1N1, PPSMI dan macam2 lagi lah isu yg timbul tenggelam yg kdg2 ntah ape2…

Wednesday, May 6, 2009

Kenapa aku tak suke tgk bola...

Beberapa jam shj lg kick off perlawanan timbal balas antara arsenal-manU akan bersiaran secara lansung di kaca2 tv di seantero dunia dan seperti biasa sbrg invitation utk bersengkang mata menyaksikan perlawanan bola akan ku reject bulat2. Biarpun aku support arsenal(tak support sgt nowadays sbb arsenal support israel. bukti?? click HERE) tp semangat utk menggolekkan diri di atas katil mengatasi segala galanya.

Spirulinafc: gaya, mutu....

Secara amnya, aku suke main bola tp BIG NO NO kpd tgk bola. Suasana & semangatnya amat berbexa disitu. Menonton sambil menahan ngantuk/ mengunyah roti canai anney maple atau beraksi sendiri di tgh pdg walaupun tiada penonton, bagiku kepuasannya lebih kpd beraksi sendiri. ok bagi memendekkan bicara, aku tak gemar/tak suke tgk bola sebab:

Reasons kenapa aku tak suka tgk bola
1.Kalo game seri 0-0. Pejadahnya?! 90 mnt tercongok dpn tv tapi nothing. ditambah pula dgn gameplay yg hambar... fuhh rase nak baling je selipar kat big screen anney yg berkenaan

2.Game berkesudahan 1-0 & gol tunggal diperolehi pd 20 mnt pertama permainan. ala lg 70mnt tak kan nak tgk passing2 je kot. aku pun boleh passing2, try2 shoot on target lg

3.Time zone yg kurang memihak kpd rakyat Msia. EPL dan liga2 yg best kat dunia ni mostly live waktu aku dan sekalian malaysian sepatutnya tido berguling guling di tempat beradu.Liga Msia?? ade la 7 kali aku pikir nak tgk ke tak

4.Aku rase aku lebih sygkan tidoku berbanding terkulat kulat di pg hari menonton bola yg tak tahu entah best, entah kan tidak

5.Kemungkinan nak subuh gajah tu amat besar bila menonton bola. aku tak la mendabik dada cakap aku tak pernah miss subuh tp Insya Allah bila tdo awal, Allah senangkan kita utk bngun pagi dan solat subuh

6.Better tgk movie dr tgk bola. kepuasanku lebih kpd movie berbanding TGK bola.

7.Tgk je??? kalau boleh main & join skali, mmg confirm la aku pi tgk. kurang2 boleh exercise keluar peluh

8.MOTD kan ade... bg aku la lebih byk action di situ dan in 1 hour ++, lebih byk game yg boleh anda tgk

9.lain org lain ragam. so bg aku secara personal, kepuasan dan erti hidup itu lg best bila dpt tido nyenyak, bangun smyg subuh, jog 2 3 round kat mini stadium, mandi sejuk2 di pagi hari then breakfast nasi lemak sama teh tarik sblum tersengih sengih pergi kelas. bg aku itu lg best dr tgk bola, smyg subuh then tdo balik tp bngun pkl 11 ke atas. muda2 ni myk benda yg boleh dibuat dan boleh di explore sbb masa byk, tanggungjawab kurang. Semuanya tanya balik kat diri kita, aku nak ke tak nak?

so itu shj point2 yg menari2 di kotak fikiranku...
Aku maybe tgk bola bila final game, takpun bila ramai gila geng yg tgk bersama. bkn nak tgk sgt pun tp lebih kpd bersembang

sekian sj bicara kali ini.hingga berjumpa lg di post yg akan dtg.

Tuesday, April 7, 2009

Tag by Daus sk: wallpaper of the month

Stop for awhile and take a snapshot of ur desktop and upload it on your blog.

Below is the wallpaper i use for this month :


icon terpaksa di hidekan demi kesejahteraan semua pihak

to all yg blum kenal daus sk....


from left: daus sk, abadie afandi bin ahmad kamal

People to tag :

Pjal, kokorain, , ixu, haziq sani and kaled!

Friday, March 6, 2009

my 14 Feb 2009 with my...

sabtu 14 feb 2009 - aku ngan 7 rakanku yg lain telah pergi meninggalkan hiruk pikuk ibu kota cyberjaya yg takdelah hiruk sgt. Cuma kebosanan dgn rutin seharian menyebabkan kami mengambil kata putus utk merehatkan minda yg pada realitinya mmg senantiasa rehat. berikut adalah perbualan daus sk dan aku sebelum kejadian berlaku:

Daus sk: halo, wei ko wat ape tu?
Karim: haluuu,xde wat ape...apsal? ade projek ke?
Daus sk: ha jom pi mandi sg
Karim: ha? bila?

Daus sk: lg 10 mnt kite gerak
Karim: ko biao btul?
Daus sk: btul la...cpt siap. kejut adam jambu sekali (kate daus dgn suare yg mengayat itewww)
Karim: ok aku on. count me in bebeh! ko call la adam, dia tgh tdo tuuu...

Daus sk: ok2


So nak pendekkan cerita dan nak pendekkan post ni maka menggunakan 2 kereta nasional buatan negara, kami telah memulakan perjalanan meredah jalan2 berliku bg menuju destinasi yg hendak dituju.
* * * * *
beberapa ketika selepas pnt terjun ke sana ke mari. kami sepakat terus ke Fraser Hill memandangkan kilometernya yg tinggal sekangkang kera lg.alang2 dah jauh, lagi jauh pun xpe. then bukan slalu sampai pun. bole smyg kat situ same kate abadi memberi idea.
* * * * *
Lepas smyg, jalan2, amik gambo, lyn hot drinks sumer kami turun dari fraser tepat pada jam 8mlm.jalan memang gelap gelita n alhamdulillah dgn izin ALLAH yg masih memanjangkan umur kami, kami selamat tiba dan aku juga sempat utk tulis post ini sbg tatapan korang.igtkan nak turun ahad je tp hanya 3org je yg nak stay kat fraser, maka sumer kena balik that night jugak.Sabtu yg sgt best bg kami...wei daus nanti buat lg ye~!!!


1st destination: kiteorg pi ngan abadi(baju ijau) presiden MPP/ SRC MMU 08/09 tuuuu.. korang penah ke? haha


melupakan kekusutan minda dgn sengih di gigi air


cube teka antara kami, yg mane ex skolah tahfiz?



dlm gambar: asip, aku, ezrin-driver asip, azam, cawan azam, keta asip, tgn driver


bukan sambut thaipusam ye


neslo tarik paling murah penah aku minum selama aku hidup di dunia RM1 secawan!

Friday, February 27, 2009

gambar xpdc kayak tasik bera tasik chini

Baru baru ini (26 jan-30 jan 2009) aku join kayak expedition from tasik Bera to Tasik Chini .The xpdc was awesome although it is damn tiring. A lot of foods, new friends and new experience for me. OK tasik bera to tasik chini the distance is +- 130km. each participant had the chance to kayak for 2 days

1st day - 40km
2nd day - 60km
3rd day - 30km

kenapa tak kayak for all 3days? participants gilir2 jd orang darat where we have to angkt2 brg because each day we have to move from campsite to another campsite.So overall this expedition was very exciting~!!! 5 hari for RM100...not sure bout the rate tp aku rase susah la nak carik harge cmni. to all my frens out there..time2 kita student la nak join program2 cmni... nanti dah kerja, dah ade family...susah kot. tanggungjawab then masa lg... so ni ade la sikit gmbo yg aku nak share ngan korang....


1st day: berkumpul sebelum bertolak


1st partner: 'nanti pasni jumpe kat hostel tegur ye'


semangat kental lagi wibawa ...xla kental mane pun, kentut je


kayakers


final destination: tasik chini



ps: walaupun pnt tak terkata....tp mmg best la wa ckp same lu

Monday, February 23, 2009

tag oleh pjal MU




So, aku telah di tag oleh pjal keding
antara butir butir tag adelah seperti berikut:

1.What is the relationship of you and him/her?
We are Friends oke?!

2.Your 5 impression towards him/her?
kind, honest, hardworking, keding and responsible (muntah hijau)

3.The most memorable thing you guys did together?
myk seyh.... makan, ronggeng, bowling, swimming, cendol, shopping, bola, karok and the list goes on

4.The most memorable thing he/she said for you?
kau liberal! <-------------kuang hajo btul

5.If she/he become your lover, you will..
ask haziq sani what to do, because they are awesome gay couple

6.If she/he become your enemy, you will..
never think he'll become my enemy

7.If he/she become your lover, he/she has to improve on..
I am 100% sure he will not become my lover!

8.If he/she become your enemy, the reason is..
he is in another football team

9.The most desirable things to do on him/her?
I dont do boys....oke?!

10.The overall impression on him/her?
he's a Nice guy (muntah hijau lg sampai lembik)

11.How do you think the people around you will feel about u?
I don't care.people are like minerals on earth. so they are different on their own ways. so of course their taughts on me differ from one another.

12.The character of you for yourself is?
ade orang kate mcm ustaz...aku pun rase begitu

13.On contrary, the character you hate of yourself is?
lazy?

14.The most person that you want to be is?
be myself~!!!

15.For the people who cares about you and likes you, say something about them..
I care and like the rest of you too....always and forever~!!!

16.Five people to tag?
daus x-tahfiz aka daus sk
kokrain gua taktipu
haziq sani
king fauzan
zack meow aka zack pantai remis aka zack IU aka zack rum8 azroy