Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Lasik berdasarkan pengalamanku

Tinggal kenangan: aku, dan cermin mata aku.... ni masa latihan kentereraan untuk special force tentera laut......konon. tapi ni tgh rehat2. location dirahsiakan

Alhamdulillah, tanggal 26 July 2013 (17 Ramadhan 1434), friday merupakan satu lg detik bermakna dalam hidup aku yg sementara ini. setelah lebih kurang 13 tahun pakai cermin mata, aku diberi kesempatan untuk buat LASIK. Sebelum ini aku hanya baca review di internet tapi lepas dapat tahu mak kawan aku dgn adik kawan aku performed lasik surgery and Alhamdulillah dapat good review, aku pun terus call prince court medical center for appointment.

So ini adalah kisah kisah LASIK ku dan some information which might be helpful.

1. aku call PCMC for appointment, at first ingatkan boleh walk in selambe je tapi rupanya for check up, patient kena off contact lens for 10 days before check up day. check up is 1 full day(mula mula aku igt nak walk in masa lunch hour boleh settle dalam masa sejam) and u will be given MC. Macam macam la check up yg patient kene go through so that nak tahu whether mata anda is really fit for lasik or not

2. Check up senang je, u ikut je apa nurse suruh buat. at the end of the session Prof Muhaya akan buat final check up to determine whether u ni boleh buat lasik or not. Have a good night sleep before check up day tu ye. for case aku disebabkan pressure dalam mata aku quite high...aku kene perform additional check up. 1st check up aku is on thursday, 18 july 2013 (9 Ramadhan 1434). then prof Muhaya kata kat aku, if u pass this additional check then u can do lasik on the same day.

3. so for my case, check up aku kene bayar RM480. Aku settle pakai maybank islamic credit card yg aku tempah khas semata mata nak buat lasik. selama 3 tahun aku makan gaji ni, aku tak buat lg credit card. for RM480 ni, tiada easy payment (0% rate) but for the total cost RM7k, yes u boleh buat easy payment. RM480 is inclusive dalam RM7k, so on operation day u just settle the remaining balance. lepas check up aku selambe je drive balik rumah tp dinasihatkan bawa org lain utk drive anda balik rumah. aku sebenarnya bawa je adik aku standby tapi sebab kl jem gile ptg tu, aku je lah drive

Easy payment: 0% interest rate
1. Maybank: u can choose 1,2,3 years...aku opt for 2 years
2. Citibank: 1 year only

4. so sekali lagi, 1 week after check up day.... aku datang lg ke PCMC. and Alhamdulillah after additional test yg aku kene go through, prof kata 'u are fit for lasik'. lepas buat full payment, ambil ubat dekat ground floor aku terus ke operating theater. baring baring kejap then lepas tu prof terus  buat operation. Alhamdulillah done. sekejap je dalam lebih kurang 20 minit macam tu. memang tak rasa apa apa

few seconds before LASIK surgery
5. aku pusing kanan nampak mak aku kat luar pintu tgh senyum. Alhamdulillah everything went well. dalam hati mmg happy sgt sampai tak tau apa nak kata. lepas operation your vision akan macam kabus2 but will improve gradually dalam 2 to 3 hours. lepas say thanks to prof Muhaya and mak aku ada sembang2 dgn prof... kami pun keluar dari PCMC. aku?... aku terus p sembahyang jumaat kt masjid klcc

6. mata akan pedih sikit , 30 minit after surgery tapi tak la sampai mengganggu. malam tu aku dah drive balik kg aku kat selatan tanah air. adik aku demam pula...so aku jelah drive.

Mak aku ngan Prof Muhaya
7. Boleh ke rabun balik? boleh kalau anda x jaga...prof muhaya nasihat jgn tgk benda dekat dekat especially computer. and FYI, lasik ni sekali seumur hidup

8. tak payah pakai cermin mata dah? actually it depends. yg pasti akan reduce kebergantungan terhadap cermin mata. macam case aku mata kanan power tinggal 0. kiri lebih kurang 75. Alhamdulillah aku memang bersyukur. before this mata kiri 700 mata kanan 600.

9. nanti aku kena datang for 1 more check up..post check up la kiranya. masa ni dia akan advise your new power.

10. ok masa operation day, u tak boleh pakai deodorant and perfume. kalau nak juga pakai sikit sudah. takut machine reject u.operation day pun boleh dapat MC. PCMC ni air cond dia sejuk, dinasihatkan pakai kasut dan bawa jacket

teka teki: apakah persamaan aku dengan ustaz Zahazan? hihi

Sunday, July 21, 2013

1 Malam di Desaru

Perhatian
Ini bukan cerita hantu ye

baru 2 hari lepas, aku berkesempatan menjejakkan kaki ke desaru. Company tempat aku kerja ada buat CSR prog sikit. so bg mencukupkan quota, yg bujang bujang la dikerah utk join the program. mungkin kerana hujung minggu, ramai yg sudah berkeluarga meluangkan masa weekend mereka dgn family depa.

aku bukan la nak cerita pasal CSR prog tu tapi tempat aku stay for 1 night...nice gile! dapat la idea nak decorate bilik kat kg. bilik aku tempat aku merantau tak boleh nak decorate sgt sebab kecik gile...tak tipu. korang tgk aje la gambar gambar aku nak share ni... malam pun dah larut. tak selera nak tulis panjang panjang...

beg aku je sempat duduk kat situ. aku x sempat. ada balcony kat luar tu mengadap pool dan laut

besau sgt bilik ni

belakang pintu tu ada tempat shower

queen utk aku. single utk baju dgn seluar aku. patut aku ajak je wife aku dtg sama. suruh dia tido katil single...senang nak kenyit mata..hihi

tengok sj... sebagai tanda menghormati ramadhan

berkesempatan tgk sunrise di pagi hari..... i am damn tooo young utk tido selepas subuh




Azam aku lepas ramadhan kali ni...semoga each day sampai hari terakhir aku kat dunia ni, kalau boleh, aku nak:

1. bangun 10 minit sebelum azan subuh masuk
2. tak nak tido lepas subuh

kalau ramadhan boleh, kenapa bulan bulan lain tak boleh? kan?

Thursday, August 27, 2009


yg berpuasa, dari kiri: jack, joe, preston, michael, smith

Ok post kali ni, aku nak kasik tazkirah ramadhan sikit, bukan buffet ramadhan 2009 ye. Kawan kawan, sile jgn ajak aku pegi makan besar ye sepanjang ramadhan ni sebab kalau korang ajak, aku susah nak tolak. Tazkirah atau pesanan berunusur nasihat ini aku dapat through email. Aku rasa korang dah pernah baca tazkirah ni di mana mana di masa yg lalu tazkirahnya berbunyi begini:

Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir!

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.

4. Bantu mendidik seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.

6. Berkongsi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Kopi dan pastekan entry ini ke entry anda atau forwardkan link blog ini kpd kwn2 anda through YM.

*hasanah = barokah, barakah, keberkatan, pahala

Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat. Insyallah. So now anda boleh tambah entry ni mengikut kreativiti anda…masukkanlah no 11, 12, 13 dan seterusnya~!!!

.:Happy Ramadhan:.