Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

Trip Padang Bukittinggi

Berdasarkan 4 hari aku di sana
Mungkin tak cukup tipsnya

18-21 oct 2014
style: rilex rilex, budget, bukan outdoor tahap extreme

Rate aku tukar di m'sia

1jutaRP = RM271.50
100K RP = RM27.15


1. cadangan aku sila ambil flight pagi or paling awal sebab airport di padang dan travel bukittinggi ambil masa lebih kurang 2 jam. Balik KL sila amik flight paling awal 11pagi dari pdg. Tghari onwards better

2. Lagi bagus pergi dalam 6 atau 7 org. Sewa private innova. Rate depa offer 600k per car per day tapi sebab redah 2 org, naik traffel with locals. Rate aku dapat 60K per head. Sumbat 7 or 8 penumpang. Disadvantage naik with locals is pemandu tak berhenti di tempat2 lawatan and dah penuh baru depa gerak mulakan perjalanan

3. Private supir or car bagus sebab dia akan pergi mana saja kita mahu. So di m'sia google semua tempat korang nak pi, listkan and bgtahu dia

4. Tidur. Aku tak ada booking just baca betul betul mana mau tidur. Bayar di sana lg murah. Kalau rasa tak confident, call je hotel2 indonesia. Aku tidur di tepi danau maninjau, bukittinggi dan padang

5. Cadangan aku tidur di kelok 44 atau puncak lawang for scenery danau maninjau. Kalau nak kayak tidur la tepi danau. Kelok ni selekoh.. so ada 44 kelok. Dan 44 adalah kelok paling tinggi.

6. Cadangan tidur di bukittinggi, sekitar Benteng hotel. Banyak gile hotel di situ. Walking distance. Ringankan mulut utk bertanya. kalau pergi muda muda semuanya. tak payah booking pun ok, sampai sana jalan pusing tanya rate per night

7. Makan mmg senang. makan 2 org kami kena standard rate dalam 30K. ada sekali kami makan betul betul sebelah hotel benteng 177K kami kena tapi memang sedap gila. Rumah makan family nama dia

8. Aku shopping di pasar atas and bawah je. Aku rempit je di sana. tak pergi pasar aur kuning sebab jauh aku rasa nak bawak org rumah. kesian kat dia. Sewa motor 100k sehari. aku sewa kat hotel benteng tempat aku tidur. di bukittinggi kalau korang kaki jalan macam aku, jalan kaki pun dah boleh sampai semua tempat

9. Kawasan yang aku rasa (pada pendapat aku) MUST go is Kelok 44, bukittinggi, dan Paya Kumbuh atau Lembah Harau. Kat sini dan sekitar banyak gila tempat lawatan.

10. Bandar Padang atau Kota Padang, aku rasa tak pergi pun tak apa. dia pekan. tapi di sana aku lepak tepi beach dia makan makan and pekena roti bakar sama pisang bakar atas jambatan siti norbaya, rasanya itu nama jambatan nya. Telur penyu sini murah sikit dari telur penyu kat ganu. reason aku tidur di padang sebab tiket balik KL early in de morning. kalau tak silap aku, airport ke Padang dalam 30km. tak la jauh sgt if compared to bukittinggi to airport. 

makanan pertama di bumi sumatera. 37K RP
Danau Maninjau di Malam Hari
Chalet di Danau Maninjau. 150K RP per night 
Locals kata pembakaran hutan di sebelah jawa so jerebu. Ni di pagi hari
pemandangan biasa di sepanjang jalan
bilik di Hotel Benteng Bukittinggi. 350K RP
Ni sedap gila tapi mahal sikit. 177k RP makan for 2 pax
sebelah hotel benteng
mendengar penerangan dalam lubang jepang
surau berhampiran lubang jepang
view dari bilik di hotel benteng. ni pekan bukittinggi

Sate di Padang Beach. 15K RP
jambatan siti norbaya di padang


Tuesday, February 12, 2013

Tips Percutian Musim Sejuk

Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk backpack ke Seoul dari 2-9 Feb 2013. Tujuan utama ialah utk main/jumpa/tgk snow dan Alhamdulillah time aku p ke sana, mmg time snow tgh turun lagi. Falling snow gitu. Kat sini aku nak share few tips which I think would be useful for you guys yg bercadang untuk bercuti ke negara negara sejuk yg ada snow. Tips ini adalah berdasarkan pengalaman 7 hari selama aku berada kat sana. So the tips might be bias or tak cukup helpful. Ok here are some: kalau korang p seminggu

Dekat Seoul Tower. Suhu negative 13 masa tu. Muffler belit belit KRW8,000. lebih kurang RM24

1. tak payah bawa baju banyak2 sebab tendency nak berpeluh is almost 0%. tapi bawa la singlet. bawa baju lengan panjang 2 helai. then winter coat

2. kalau boleh bawa socks untuk setiap hari. kalau pegi seminggu bawa 7 pasang. kalau dapat stokin bola lagi nice. socks byk2 ni bertujuan utk mengelakkan bau kaki or bau kepam setelah seharian berjalan2

3. Muffler untuk cover leher korang. boleh beli yg belit belit or simple. macam aku, aku beli kat daiso, RM5 je tapi sampai Seoul aku beli yg belit2 sebab sejuk gila ya rabbi

boot high cut beli kat Malaysia RM130. Baju gemok or winter coat with hood beli kat Korea KRW8,000.
4. bawa pelembap. Aku bawa Vaseline boleh sapu kat bibir nak elak merekah. then bole sapu juga kat pergelangan kaki or mana2 lagi bahagian badan yg korang rasa kering

5. Beli boots yg tapak dia grip sebab bila jalan atas snow ni... permukaan dia licin. so bila tapak grip cantik takdelah korang nak tergelincir. boleh beli kat negara negara yg korang lawati or kat malaysia pun ada. macam aku, aku beli kat campbell kl. aku beli boot askar. lps ni senang la nak panjat gunung. hehe. kat korea boots dia boleh cari yg murah2... beli je kat sana nnt bawa balik malaysia nnt senang bole buat masuk hutan, redah gunung atau nak mesin rumput ke

6. sarung tangan aku rasa wajib ada. sebab hujung hujung jari tu cepat kebas bila terdedah kat persekitaran. time nak ambil gambar tu sekejap je tangan dan jari jari anda boleh kebas kalau tak pakai glove. lagi tebal lagi bagus tapi just make sure anda still boleh pegang barang dgn glove tu

7. Untuk seminggu... 2 helai jeans or sehelai sudah memadai

8. Longjohns is up to you. macam aku survive je cuaca kat sana without longjohns. aku tak beli sebab harga kat malaysia langsung tak masuk akal kalau compared to harga kat Korea. jauh beza gile

9. snow cap dan penutup telinga is up to you guys. kalau winter coat or winter jacket korang dah ada hood, rasanya tak perlu kot snow cap or penutup telinga

10. be positive and just enjoy yourself. Actually your mind is everything! so tune your mind and redah je lah! kat kl mana nak dapat suhu bawah 0 celcius kan?




Simple muffler beli kat daiso Malaysia RM5. So kat sana daily mmg aku pakai 3 lapis. singlet, baju kait  yg tebal - green color and baju gemok. ni masa try snow board kat vivaldi park
So itu je kot. tips ni adalah untuk backpackers yg tak nak bawa brg banyak2. senang nak gerak ke sana ke mari

Saturday, October 8, 2011

celcom credit advance


aloha

hari ni aku nak share sikit pasal satu service atau facilities yg celcom provide untuk semua pengguna prepaid yg subscribe dengan celcom. tak kira la anda ni pelajar ke, executive ke, lifetime tourist ke, assistant manager ke tapi kalau anda adalah seorang prepaid user, this service might help u.

aku discover service ni lepas 7 tahun aku jadi pengguna setia prepaid. huhuhu. tu pun member aku yg story. kalau tak, sampai skrg la wa tak tulis pasal post ni

ok andai kata let say satu hari sedang anda berbalas msg, tengah call ke tiba  tiba credit anda habis. so what is your action? urgent gila ni, then nak topup online, internet pula takde, kedai pun jauh. so actually anda boleh request for credit advance 

credit advance ni dipermudahkan pemahaman ialah anda pinjam RM2 atau topup RM2 tanpa perlu bersusah payah cari topup. tapi anda perlu igt once anda pergi topup handphone anda, dia akan deduct terus RM2 daripada total amount yg baru anda topup tadi. so contoh semalam aku buat credit advance RM2, then seminggu kemudian aku pergi topup RM10, so serta merta credit aku tinggal RM8. paham? kalau tak paham, gile la tu.

fakta

1. RM 2 ni fix
2. boleh buat sekali shj untuk setiap kali anda topup

caranya:

1. taip ADVANCE
2. send to 28882

kejap lagi sampai la credit advance anda.


ps: aku tak sure provider lain sebagai contoh maxis digi salamphone pun provide the same service or not

Saturday, June 11, 2011

Try this: kalau anda excercise


go exercise,people!!

1. nak cerita sikit la pasal bersenam ni

2. ok kalau anda bersenam everyday, which is good atau beberapa kali seminggu atau sebulan hanya boleh kira dengan jari atau once a year

3. tak kisah la anda berjogging sambil menghayati keindahan alam tanda kebesaran ilahi, atau buat sit up atau star jump sambil dengar lagu dekat channel mtv astro, atau anda night cycle bersama rakan rakan anda atau anda sekadar pergi berenang kat swimming pool sambil usha gadis gadis keje government yg turut berenang sama atau lebih best lg anda redah je main bola sepak petang petang dengan orang orang yg anda tak kenal... anda patut try this:

lajukan rentak atau phase anda untuk sesekali.

maksudnya:

#kalau jog 10minit, cube sprint for 1minit then continue balik jog seperti biasa

#kalau berenang secara rilex cuba at one point berenang laju laju then kembali ke rentak asal

#kalau cycle, cube cycle secara pantas untuk beberapa ketika then kemudian cycle seperti sedia kala

ulang rentak ini untuk beberapa kali.kenapa?

kalau rutin je...badan anda akan jadi biasa dan mungkin kalori atau lemak yg dibakar hanya sedikit shj. so bila anda tingkatkan phase atau kelajuan anda untk beberapa ketika, lebih banyak kot kalori yg terbakar jadi arang dan debu. selain itu..pergh macam karangan la entry aku this time, anda takde la rasa bosan sgt sebab senaman yg anda lakukan bukan asik dalam rentak yg sama. so anda akan rasa lebih excited untuk pergi bersenam sebab setiap kali anda bersenam anda akan challenge your body to do...more!!!


lets try!

Monday, October 11, 2010

Saving money

1. At least 10% daripada gaji bulanan anda. lg banyak lg bagus

2. Caranya, buka 1 bank akaun yg susah nak jumpa ATM machine, dan setiap bulan...sehari selepas gaji anda masuk, transfer terus amount yg anda ingin saving. contoh gaji masuk 22haribulan, 23haribulan transfer terus! jangan lengah2.

3.Aku cadangkan korang simpan dekat tabung haji, sebab kadar interest dia paling tinggi bagi normal saving akaun. tiada bank kat malaysia ni yg mampu nak lawan kadar faedah yg TH offer. dan of course dari segi syarak, TH mengikut landas2 Islam yg betul.

4.Dan bila ada kawan korang kate, ko muda lg, buat apa nak simpan simpan ni...nanti lama lama gaji ko naik,bukan statik....enjoy dulu! korang dengar saja idea yg tak bernas itu tp jangan ikut sebab ada jaminan ke gaji korang akan naik? ada jaminan ke korang akan terus di hire oleh majikan korang? tiba tiba korang jatuh sakit masuk wad? mane nak cekau duit kalo tak daripada saving korang. benar kan?* sebenarnya tak payah cekau duit saving kalau korang ada insurans

5. lg 1, remember! the power of compounding! atau dalam bahasa melayunya kuasa kadar faedah. sbg contoh, korang berjaya simpan 10k pada tahun 2010. so darabkan dengan 0.02(2% tapi actually most bank tak bagi pun sampai 2%) maka korang akan dapat RM200 free free je bagi tahun 2010. kalo korang tak simpan maka takkan dapat la RM200 tersebut. so bagi tahun 2011, interest-conventional/hibbah/gift yang akan korang dapat ialah 10,200*0.02=RM204. so kesimpulannya lg cepat korang start saving, lg bagus

Tapi setahun korang simpan, korang hanya dapat RM200. sikit bukan? itupun kalau korang boleh simpan RM10k. jadi kalau korang boleh simpan RM1k je utk setahun, maka dapatlah korang RM20 untuk penghujung tahun tersebut.

so kalau korang nak banyak. ape lg, investment la jawabnya. nanti aku cerita pasal investment pula in the future..cau~!!!

Saturday, March 27, 2010

Tips kewangan untuk mereka yg baru bekerja


kerja yang mungkin paling best kat dunia


1. Alhamdulillah, setelah 4 tahun atau bertahun-tahun melanjutkan pelajaran di university, akhirnya anda diterima bekerja di sebuah syarikat mahupun badan kerajaan di tanah air ataupun oversea

2. dan akhir bulan, setelah anda bekerja 5 hari seminggu, 8 jam sehari macam orang xde life dan buat benda yg sama, gaji pun masuk ke dalam akaun A. syukur alhamdulillah sekali lagi. majikan anda bayar juga gaji anda. ada majikan yg tak bayar tau!

3. Ok perkara pertama yang patut anda lakukan is pergi ke ATM machine dan withdraw duit anda UNTUK?, diberikan kepada ibubapa anda. tak kisahlah berapa korang nak kasi atau method sama ada by hand, bank in atau transfer online, berikanlah dengan seikhlas hati dan ikut kemampuan korang

4. sepantas kilat juga, transfer duit korang dalam akaun B untuk tujuan SAVING atau PENYIMPANAN. Ini penting untuk kegunaan anda dihari tua, nak beli keta atau rumah ke atau any big purchases yg akan korang buat kelak (pegi tgk EPL ke, pegi vacation atas kapal layar ke, beli sniper utk hamas ke) .Amount minimum yang aku suggest is 10% from your monthly salary. tapi lagi byk lagi bagus! dan lagi bagus kalau korang boleh separatekan/bahagikan terus betul betul jumlah untuk hari tua, beli keta, umah dan sbgnya.

5.next kira zakat pendapatan korang. 2.5% daripada gaji bulanan kot then set aside the money. better korang bayar terus kat pusat zakat atau masukkan dalam akaun C, nanti hujung tahun baru bayar.

6. Sekarang, jika ada monthly payment yang korang kena buat bulan-bulan sebagai contoh, bayar balik loan masa belajar dulu, bayar sewa rumah, bayar astro, atau any bayaran bulanan yg perlu korang laksanakan, kira siap-siap dan transfer terus ke dalam akaun C

7. dan elok juga korang alocatekan emergency money dan transfer kedalam akaun C. jumlahnya bergantung kpd korang. duit ini boleh digunakan bila waktu waktu kecemasan ataupun nak dekat hujung hujung bulan bila anda dah nak abis duit

8. ok skrg duit yg tinggal dalam akaun A bolehlah anda gunakan utk expenses harian anda. nak makan, nak shopping, duit isi minyak, topup handphone, main futsal, lepak maple, sedekah dan etc. selamat mencuba

suggestion utk akaun

akaun A - akaun yg senang jumpa ATM machine dan ada superb online banking service

akaun B - bank yg kasi anda kadar faedah yg tinggi. kalo ikut syariah lg bagus.

akaun C - sama ciri-cirinya macam akaun A

Monday, December 29, 2008

Personal Finance: 20 Dos & Don'ts for 2009


ini duit syilling
nak share article yg aku jumpa on de net....

During the worst economic crisis in a lifetime, the right financial decisions are crucial.

BusinessWeek asked financial planners for some advice on what to do -- or not to do -- with your money in the New Year. As we bid farewell to a dreadful 2008, these "resolutions" may help keep your finances on the right track in 2009:

1. Don't try to predict the future.

"We are currently in the midst of unprecedented and complex challenges," says Femi Shote of Asset Harvest Group in McLean, Va. Anyone who thinks he or she can predict what's going to happen is "delusional," Shote says.

Financial advisers often hear from clients who would like to sell stocks now and then buy again when the market hits bottom. "My response is, 'How do you know when that will be?'" says Trent Porter of Priority Financial Planning in Fort Collins, Colo.

aku : ya! anda bukan tuhan.....senang citer, camni.... ANDA merancang, tapi ALLAH yg menentukan!


2. Do keep enough cash available.

Even if you're not worried about losing your job, a rainy-day fund can provide peace of mind.

There are different guidelines for how much cash to keep on hand. Some say $12,000 or more per adult; others say it should be six to nine months of living expenses. With extra cash available, you can avoid selling investments to pay for expenses in an emergency.

aku : point ini sgt penting! lebih2 lg jika anda ketua keluarga.... anak2 anda, isteri anda bergantung kpd anda. Emergency barangkali, anda tidak tahu.... so pastikan saving account anda sentiasa berisi! pastu additional, ATM card jgn sepah2 ye.kang susah nak carik~!!!!

3. Do invest internationally.

Though the financial crisis started in the U.S., the past year has been worse for investments in the rest of the world. The MSCI EAFE, an index of international stocks, is down 43% this year, and stocks in emerging economies fared far worse. American investors who diversified abroad have also been pummeled by the rise in the U.S. dollar.

Even after a year like that, advisers say it's not wise to abandon international investments entirely. For one thing, though some key overseas economies, like China's, have been hit hard lately, their long-term economic fundamentals look better than those of the U.S.

aku : no komen sgt la pasal invest internationally. tapi jika anda sukakan risk atau risk taker, why not?! high risk high return kan? mungkin anda boleh consider China Ittikal sbg investment anda (islamic unit trust fund from public mutual...promote2.hahaha)

4. Don't try to pick one winning investment. Diversify.

Putting all your money in one stock is dangerous at a time when a company's bankruptcy can completely wipe out the value of its shares.

Robert Siegmann of Financial Management Group in Cincinnati advises clients to balance their portfolios between fixed income and stocks, with shares in various types of companies -- small and large, U.S. and international. "Don't try to pick the winning stock, or the winning idea. Just diversify across all investments and markets," he says.

aku : a'ah pelbagaikan investment anda. personally aku amat setuju point berikut! mungkin anda dah invest in asb, cimb, try pulak public mutual. then try plak ternakan ikan keli ke mase anda cuti ke.... then bila dah besar, bole jual RM1 seekor kat jiran2. xpun kasik free je. jiran happy, anda pun happy. atau mungkin anda boleh menghadiri kursus2 jangka pendek yg mane boleh meningkat skills yg ada pada anda. contoh masak western food ke...ape2 je. nanti dah terer, mane tau boleh biz kdai western food. ke.belum cube belum tau kan?!

5. Do think about energy efficiency.

Russell Francis of Portland Financial Advisors in Beaverton, Ore., recommends that investors take advantage of a $500 federal residential energy tax credit that was rescinded in 2008 but returns in 2009. The credit can help cover the costs of adding insulation or replacing doors, windows, or furnaces -- home repairs that should also save you on heating and cooling costs.

aku : ini system sana.... malaysia lain policy

6. Don't stop contributing to 401(k) and other retirement accounts.

Says Sidney Blum of GreenLight Fee Only Advisors in Evanston, Ill.: "Everyone loves to invest in their 401(k) when the markets are flying high, but they should keep putting money in while the markets are down." He adds: "More money is made at the bottom of a market than at the top."

Even more pessimistic planners say you should be taking advantage of any match your employer offers for retirement fund contributions.

aku : senang citer, let ur EPF grow over time. suruh dia duduk diam2 kat situ. nanti pencen, banyak manfaat yg boleh anda perolehi. keperluan anda di hari tua~!!! igt org tua x pakai duit ke....

7. Do live below your means. Save.

Investing for the future is only possible if you have some money left over at the end of each month to sock away. View this BusinessWeek slide show for 25 ways to save more each month.

aku : ya saving sgt penting! amat sgt penting...kejituan yg jelas lg nyata! dpt gaji bulan2 jgn lupa simpan at least 10% dr total gaji anda...jadikan amalan anda. nak lg best, any income yg anda dpt simpan at least 10% tapi kalau lg byk...itu mmg wa ckp sama lu, mmg bgus la. jgn la rebate minyak yg anda dpt RM150 tu anda joli sakan sumer nya. tukar sport rim moto anda ke(buat all mat moto out there...hahaha)

8. Don't make sudden moves.

"Refrain from making extreme changes to the portfolio just because the financial markets are volatile," says William Howell, a financial adviser in Noblesville, Ind. "Stick to the overall investment game plan."

In such an extreme environment, investment decisions based on emotion or fear are likely to lose you money. It's probably better to ignore the day-to-day news and follow a long-term investing plan.

aku : a'ah jgn cuak dan bimbang atau terlalu gembira dgn any news yg singgah beristirehat kat telinga korang. bukan ke selalu anda dgr kjap macam ni..tiba2 alih2 camtu plak. so senang citer bykkan bersabar..kan sabar sebahagian drpd iman

9. Do pay off expensive debts.

Rather than investing your money, you first might consider paying off debts, especially those with high rates or those for which interest is not tax-deductible. The avoidance of interest will likely save you more than your investments would have earned.

Stanley F. Ehrlich, an adviser in Westfield, N.J., notes: "Paying off a car loan with 7% interest provides an immediate 7% return, a return that is not (currently) available through most asset classes." Credit-card debt is so expensive that most planners say it is always the first thing people should pay off.

aku : hutang kad kredit, hutang bank ke,,,keta ke...adik ke...cpt2 la byr. lebih2 lg yg melibatkan interest. lebih cepat anda langsaikan, lebih tenang hari2 yg anda lalui

10. Don't give up on stocks.

"Historically some of the best periods for stock market returns have been during dismal economic times," says Paul Winter of Five Seasons Financial Planning in Salt Lake City. Though investors approaching retirement shouldn't risk too much money in volatile equity markets, investors hoping to build a nest egg for the long term have few better options than the stock market.

aku : stocks, unit trust and forex ke.... syorkan anda try. mungkin rezeki anda, siapa yg tahu?! tapi make sure anda mempunyai ilmu atau dptkan nasihat drpd mereka yg lebih arif dan boleh membimbing anda

lagi 10....nantikan post yg seterusnya~!!!! selamat tahun baru, 1430

Thursday, November 20, 2008

My 1st interview

Today just when through for my 1st interview. what i can say is that it is a great exposure for me. Real interview and it really open up my mind about the corporate business. Here are some tips i want to share with u guys:

1. Be prepared and confident. make sure you dress up accordingly because their 1st impression bout u does matter! and remember...SMILE!

2. Be careful with what you want to say. make sure u have the knowledge bout things u gonna say or u will end up being attacked by your own opinion

3. Read read & read. read bout your subjects, read bout current issues read bout things that u interested in because basically all these companies interested to test your knowledge level.

4. Study and make sure ur CGPA is at least above 3. that is the minimum requirement that most companies want before considering you to go for their interview. but of course if your cgpa is gemok2 one, u are better off!

5. TRY! even your cgpa x cukup 3, juz give a try, maybe u are lucky enough and they are impressed with the way u present yourself. just try because if u never do so, u never know... basically u missed the opportunity!

p/s: TQ lah midf kasik pendrive!

Tuesday, September 23, 2008

Malas



mood swing, malas, nak tgk mvie pun malas...
nak tulis ape pun aku xthu...tapi td aku google surah Al 'Asr
here is the meaning of the surah

[1]Demi Masa! [2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - [3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Al Quran in Malay

Ni dulu tips aku penah bace ways to be Rajin a.k.a no longer malas

1. Mandi or refresh yourself_pastu sure korang rase fresh je. agak2 kalo dh lame tak cuci muka, amik la scrub atau facial wash. tenyehlah muka korang kasik ilang suma2 yg patut ilang. atau kalo dah 1 week x syampu rambut, buat lah ape yg patut, korang tahu diri korang lebih dr orang lain tahu pasal diri korang. mandilah...keluarkan segala daki2 yg menempal utuh kat kulit2 korang. take your time n enjoy

2. kemas bilik_ kalo habuk dh manyak, sapula kan... kalo korang extra rajin lepas sapu mop la. boleh hilang lekit2 dek peluh yg menitik nitik dr baju yg tersepuk dekat kusi lepas futsal. tapi sapu pun dah ok rasenye. up to korang.susun la barang korang elok2..jgn sepok2. nanti susah nak cari..agak2 kalo baju dah sebaldi x basuh, pg la basuh...kalo xnak, anta dobi. duit korang jg bukan duit aku. persekitaran mmg ade peranan



3.senyum_ape2 korang buat, senyum je...sengih pun boleh. x salah korang senyum... nanti hati tenang. cube korang senyum betul2 pastu pikir masalah korang boleh ke? kalo boleh pikir jgk korang x senyum la tu...kalo korang x setuju dgn aku, korang totally salah sebab ni blog aku haha

4. +ve thinking_instead of ckp aku mls la. cube tune otak korang cakap aku boleh study, alah senang je ni, aku rajin aku rajin aku rajin aku rajin..korang try la kan, aku pun try jgk

5 rewards_lps blaja 1jam rehat la kjap ke, tgk mive kjap ke, pi maple ngan kawan2 ke pastu smbung la balik. tp jgn la blaja 5 minit pastu tdo 2jam..korang pun dh besar, xkn nk tdo je...myk perkara best yg korang boleh tahu kalo korang kurangkan tdo

after all ni bukan tips menghilangkan malas pn...aku pun xthu. myk lg korang google la sendiri kt tenet. kalo nak tambah korang comment pastu nnt aku edit with credit dgn name korang

semalam sudah berlalu
esok masih belum tahu
hari ini, saat ini, peluang masih ada~!!!


babai la korang. t jumpe lagi