Showing posts with label better than FB. Show all posts
Showing posts with label better than FB. Show all posts

Friday, March 16, 2012

satu perkongsian ringkas

Majalah Gen-Q


Assalammualaikum to all mak ayah, abang abang kakak kakak out there... 
satu perkongsian ringkas dari aku
cuti sekolah tinggal 3 hari saja lagi
jadi aku sarankan korang kena, mesti beli majalah Gen-Q isu no 8
murah je RM7, tak luak pun duit korang
lagi murah dari tiket wayang
letak kat rumah kasi anak anak, adik adik anda baca
anda pun boleh baca
tak pun anda beli dan beri kepada rumah anak anak yatim ke
alhamdulillah insyaAllah anda dapat ganjaran pahala kalau anda lakukan dengan seikhlas hati
boleh juga jadi ganjaran 'pencen kubur' anda

tadi aku berkesempatan untuk belek belek
dan read few articles inside
seronok...banyak input input serta nasihat nasihat yg bermanfaat

so apa tunggu lagi dapatkan sekarang!!!
nanti petang lepas habis waktu office atau masa lunch break
maybe anda boleh dapatkan majalah ini!
.
.
.
.
.

jangan cari aku, aku bukan agent
hehehehe

Sunday, January 8, 2012

Jom baca buku!

reading.....is good!

 1.bacalah dengan nama tuhanmu. Ayat pertama dalam Al Quran pun kita disuruh untuk membaca kan?

2.ikhlaskan hati bila membaca. niatkan kita nak menambah ilmu, menambah ilmu pengetahuan.

3.mungkin kita ada minat yg mendalam tentang sesuatu perkara atau topik. ada orang minat travel, ada budak suka barbie, ada pakcik suka memancing

4.jadi bila kita nak tahu akan sesuatu, find a book! cari dalam internet and read it for your own good!

5.mungkin faktor masa atau mungkin kewangan menyebabkan kita ada barrier dengan our own interest tapi apa yg boleh kita lakukan now is... go find a book. baca dulu tentang minat kita itu. sekurang-kurangnya we have the knowledge tentang perkara tersebut

6.jangan paksa diri untuk membaca tapi baca untuk seronok, baca buku sebab kita seronok membaca. read for leisure! mungkin secawan hot nescafe bisa menjadi peneman saat kita membaca

7.atau mungkin baca buku dikala ketenangan hadir dalam diri kita. maybe one quiet morning, a book and a cup of hot choc or maybe one fine evening and a book di halaman rumah

8.jadi apa tunggu lagi, find a book on your interest dan bacalah dengan penuh minat

9.why membaca? sebab membaca ni way better than(jauh lebih bagus) daripada duduk mengadap facebook

10.membaca ni lagi elok daripada duduk terkangkang depan tv. dah la tgk tv tu otak tak jalan. nanti otak jadi sssSSSLOW macam LDP. anda mahu jadi slow macam LDP? LDP tu lebuhraya Damansara Puchong ye kawan kawan.

11.bila anda baca buku, otak anda akan berfikir sebab anda akan try kaitkan diri anda dengan apa yg sedang anda baca

12.jadi kepada semua orang diluar sana, abg kakak adik adik pakcik makcik...jom baca buku!

13.jadikan membaca ni satu habit dalam hidup anda. amalan sehari harian dalam hidup anda

14.simpan satu 1buku dalam beg galas kerja anda, so tak kala sedang dalam perjalan ke tempat kerja mahupun pulang ke rumah, anda boleh duduk dalam monorail diam diam dan baca buku anda

15.atau simpan 1buku dalam kereta, tak kala nak panaskan enjin pagi pagi, ambil sedikit masa untuk baca buku anda

16. mungkin seminggu boleh habis 1 buku, habis january dah boleh habis 4 buku. ok la tu kan? daripada takde lansung.

17. so apa tunggu lagi..LETS DO THIS!....NOW!




ps: baru habis baca Unlimited Power by anthony robbins..best! aku suggest kalau kau orang suka pasal motivation

Monday, November 28, 2011

pulau sembilan dive trip

alhamdulillah(means praise to Allah or Thank god) beberapa hari yg lepas aku telah berkesempatan pi dive dekat pulau sembilan, lumut. aku ambil 1 day fun dive (3 boat dive + lunch). dive locations: white rock, black rock and pulau nipis. so this is the summary:

1. 3 boat dives + lunch + dive gear rental
2. operator kat sana is quiver dive team. their exact location dekat marina island, lumut
3. they all ni actually from perhentian kecil but then since skrg musim tengkujuh, most of the staff run de business dekat lumut

4.senang je nak cari location marina island ni. from seri manjung korang head ke lumut tapi instead of pergi ke jeti lumut korang ambil simpang ke teluk batik. nanti korang akan nampak signboard marina island

5. marina island ni aku rasa baru kot siap sebab banyak lagi shoplot yg belum beroperasi

6. ok lets talk about de dive.
7. aku tak impress! tioman lagi lawa.
8. the first 2 dives, visibilty dalam 10 meter. tapi creatures down there biasa biasa je. corals pun tak secantik tioman. tapi aku nampak barracuda ramai ramai. a school of them. takut seyh tgk barracuda.

9. tak tau la maybe aku pergi tak kena timing sebab musim hujan kan skrg. so maybe condition laut tak berapa nak best

10. 3rd dive, aku dive dalam ribut pasir. visibility zero! then arus kuat gile. dah macam washing machine. apehal entah divemaster yg bawa aku kata seronok dive dapat macam tu. aku dive for fun, nak tengok ikan corals bukan nak pi layan arus. penat weyh!

11. lunch layan, memang terbaik la. they all bawa pi pulau mana entah. then kitaorg je yg ada kat situ. (tapi Allah maha melihat). after makan makan, rehat we all continue for 3rd dive

12. pada aku, bagi anyone yg baru nak menceburi scuba dive ni, aku tak recommend korang ambil dekat pulau sembilan. nanti akan meninggalkan bad impression dekat memori korang. tapi apa apa pun this is my personal point of view. then maybe timing aku di musim musim tengkujuh ni tak berapa betul.

13. kepada semua peringkat diver pun, aku tak recommend unless u all memang suka kayuh dalam arus. beli hook, terjun, sangkut kat mana mana and lets spin, round and round. tapi orang kan macam macam. maybe ada kot yg suka arus menggila

14. tak ada gambar la nak share. trip kali ni aku tak bawa camera.

15. balik kl (perasan org kolumpo.huhu) aku lalu teluk intan, bidor. orang manjung kata that is the nearest way to kl.

adios
ps: aku ni suka dive ke or suka breath nitrogen?


Saturday, November 5, 2011

mencandat sotong

Alhamdulillah, baru baru ini aku telah diberi kesempatan untuk pergi mencandat sotong di dunia.(berhampiran pulau kapas la to be exact). menggunakan tagline: lets do this!!, event ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya

1. menggunakan modal facebook, sebuah event sotong golek telah berjaya di create dan seramai 12 orang pencandat muda telah menunjukkan keinginan yg amat sangat
2. jadi pada malam kejadian, berbekalkan semangat yg berkobar kobar, rasa ingin tahu serta keinginan yg bergelora, kami telah berkumpul di ulu klang, rumah salah seorang pencandat yang turut serta
3.perjalanan dimulakan dengan memamakkan diri di mamak berhampiran. aku lupa nama mamak tersebut tapi time ni la ada yg sebat mee goreng la, roti canai la roti telur la. konon konon kat terengganu tak ada kedai mamak

4. setelah selesai makan, kami menuju ke destinasi menggunakan 3 buah kereta
5. banyak yg dibualkan sewaktu dalam perjalanan. tapi biasa la kalau laki, topik mesti tak lari soal kerja, masa depan, bola, awek ni hot la, budak tu cantik la and etc

6. kami menyusuri kegelapan malam membelah kesejukan dingin melalui LPT
7. setelah agak lama drive, kami berkesempatan untuk berjemaah subuh di masjid yg kami jumpa di tepi jalan

8. perjalanan diteruskan, next kami breakfast di sebuah gerai yg kami jumpa di tepi jalan
9. setelah mengambil sedikit gambar kenang kenangan, kami lantas menuju ke kuala terengganu
10. aktiviti di KT, makan, beli barang, mandi laut depan masjid terapung, main kad, tidur rehat dan sebagainya.

11. tengahari, kami berpatah balik ke marang.
12. kami naik bot di jeti marang
13. setelah bertemu dengan pak nor, kami pi beli barang barang nak mencandat
14. 530 ptg kami naik bot. perjalanan pun bermula. bye bye mainland
15. dalam perjalanan, antara kata kata yg dapat didengar, sekali sekala best gak ni, thrilled gila aktiviti kita kali ni. best weyh kalau dapat jadi orang laut

16. sejam setengah kemudian kami sampai di tempat mencandat, kelihatan kapal kapal lain juga tak jauh dari kami
17. apa lagi. kami pun start la mencandat. satu satu sotong berjaya dinaikkan.
18 sana sengih, sini senyum, then tiba tiba kedengaran weyh aku dapat dengan nada keriangan
19. jam 8 malam, suasana yg tadinya penuh keriangan beransur ansur sunyi
20. ombak semakin menggila
21. weeeeeekkkk, kedengaran wek yg pertama sekitar 830. seorang pencandat dah terkena candu laut

21. then beberapa ketika lepas tu...weeeeekkkkk, weekkkk wekkkk weeeeeeeeeeeeeeekkkkk dapat didengari dengan jelas lagi nyata
22.wa sengih sorang sorang tepi bot. tak lama kemudian, sebab tiada tangkapan, aku pun pi tidur kat depan bot, bangun.. then candat lagi.
23. time ni la aku mabuk, ape lagi wek aku ditepi bot. hahaha
24. malam tu memang best, sotong bergolek golek dan manusia pun bergolek golek juga sebab mabuk laut

25 kami sepakat untuk pulang ke tanah besar jam 2 pagi disebabkan ombak yg bergelora
26 sampai di tepian, pak nor masak untuk kami atas bot, memang terbaik la. manis gila sotong sotong yg kami tangkap sebentar tadi.
27. muka rakan rakan yg tadinya macam putus harapan, macam dah weng gila, macam memikirkan apehal la wa buat kat sini pi susah susah candat sotong kini bertukar keriangan setelah pekena nasi sama sotong fresh masak kari sama sotong celup tepung
28. kami decide untuk pulang selepas itu, setelah mengucapkan terima kasih dan buat bayaran kat pak nor, kami pi tidur di masjid berhampiran sampai pagi sebelum berangkat pulang ke kl.
after breakfast

kuala terengganu

pak nor

peralatan mencandat sotong








rambo


budak budak kl sonok jumpa mcd. ni on da way balik dari marang

pembahagian harta pusaka
29. bagi aku trip ni memang best gila, nak tengok gelagat dan ragam rakan rakan. macam macam. apatah lagi masa kat tengah laut..... semua toya habis
30. mencandat bagi aku lagi thrilled daripada pergi diving. huhuhu

Sunday, October 16, 2011

big bad wolf book sale 2011

mega sales
beberapa hari yg lepas,(thursday la to be exact) aku telah berkesempatan untuk pergi event ini yang berlansung di MAEPS, Serdang. kalau tak silap aku, event ini berlansung selama 2 minggu.nak dijadikan cerita, aku dengan seorang member aku bertolak dari kediaman kami lepas tamat office hour. perjalanan yg sepatutnya dekat bertukar menjadi lama sebab kami bertembung dengan the rate race sewaktu dalam perjalanan. so marghib la kami  sampai, lepas cari parking dan sembahyang marghib secara berjemaah bersama pengunjung lain, aku dengan member aku pun masuk la ke dalam gudang tempat event ini berlansung dan kami decide untuk berpecah sebab hati sama hitam bro, tapi keinginan dan minat kan lain lain?

gile besar okay tempat tu... dan banyak pula tu buku. banyak gile ya rabbi. tapi kesempatan yg aku ada cuma 45 minutes sebab dia close pukul 9 malam. so aku telah berjaya membeli 4 buah buku which are:

1. fish tales
2. why we want you to be rich
3. think like a champion
4. the automatic millionaire

korang rasa berapa total cost? RM200? RM150? RM75?

TOTAL RM35!!!! murah gile. lagi murah daripada pi buffet kat Seoul Garden kan?
 
so hari ni lastday, aku sarankan sesiapa yg berkesempatan, yg ada kelapangan, silalah pergi. ajak kawan kawan, adik beradik, mak ayah, wife, anak anak semua sekali  pi beli buku diskaun. parking pun senang. maybe anda perlu jalan jauh sikit kalau datang lambat. tapi ade je kemudahan bas dari tempat parking ke gudang tersebut.buku pun murah. harga dari ratus ratus, puluh puluh  turun jadi RM8 RM5 RM12 RM15. surau pun selesa. so ape lagi? lets gone!!

ps. sori gun, tak ajak ko. ingat ko da balik rumah (alasan. tapi serius memang kiteorg terlupa)

Saturday, June 11, 2011

Try this: kalau anda excercise


go exercise,people!!

1. nak cerita sikit la pasal bersenam ni

2. ok kalau anda bersenam everyday, which is good atau beberapa kali seminggu atau sebulan hanya boleh kira dengan jari atau once a year

3. tak kisah la anda berjogging sambil menghayati keindahan alam tanda kebesaran ilahi, atau buat sit up atau star jump sambil dengar lagu dekat channel mtv astro, atau anda night cycle bersama rakan rakan anda atau anda sekadar pergi berenang kat swimming pool sambil usha gadis gadis keje government yg turut berenang sama atau lebih best lg anda redah je main bola sepak petang petang dengan orang orang yg anda tak kenal... anda patut try this:

lajukan rentak atau phase anda untuk sesekali.

maksudnya:

#kalau jog 10minit, cube sprint for 1minit then continue balik jog seperti biasa

#kalau berenang secara rilex cuba at one point berenang laju laju then kembali ke rentak asal

#kalau cycle, cube cycle secara pantas untuk beberapa ketika then kemudian cycle seperti sedia kala

ulang rentak ini untuk beberapa kali.kenapa?

kalau rutin je...badan anda akan jadi biasa dan mungkin kalori atau lemak yg dibakar hanya sedikit shj. so bila anda tingkatkan phase atau kelajuan anda untk beberapa ketika, lebih banyak kot kalori yg terbakar jadi arang dan debu. selain itu..pergh macam karangan la entry aku this time, anda takde la rasa bosan sgt sebab senaman yg anda lakukan bukan asik dalam rentak yg sama. so anda akan rasa lebih excited untuk pergi bersenam sebab setiap kali anda bersenam anda akan challenge your body to do...more!!!


lets try!

Sunday, April 3, 2011

ATV Kg Kemensah



1. best! best sikit dari rempit from my point of view la

2. motor dia powerful. boleh redah je. jalan senget benget pon boleh selambe je

3. tapi definitely korang kena pandai control. pegang handle dia carefully. kalau tak, boleh jatuh gaung.

4. put all your ego away. memang tak sama macam drive kat jalan raya.

5. location dekat kg kemensah. kalau korang tak tahu, just head to zoo negara. dah dekat sgtlah tu

6. make sure korang sampai awal. let say start at 9am, be there at 8 so that u can prepare and train yourself how to handle that bike (4tyres)

7. senang je but i guess not suitable for kids under 15

8. bile dah start the journey just follow the trail and jgn potong potong

9. must try

10. second try? i don't think so. for me it is quite expensive and not worth my money. but for experience, worth trying~!! aku amik pakej RM150, kalau tak silap sampai air terjun sofea jane

11. dia ade several different pakej, so korang boleh pilih ikut kemampuan korang

12. for more information, just google la. sure pasti korang get the info

13. nak bawa makanan, baju beg pun no prob sebab korang boleh simply ikat barang barang korang dekat motor korang. confirm tak cicir

14. no proper parking area right now, so i think, to go there: car pooling would be a great idea

Saturday, April 17, 2010

Interesting..for the month of April 2010


Benda-benda yg pada aku, interesting, dan aku nak share dengan korang. Enjoy~!! Kalau korang tak setuju, terpulang. Aku pun tak kisa. hehehe. tapi jgn la bukak facebook je. manyak lagi benda-benda best kat dunia ni yg korang boleh tahu through internet selain drpd ternak ikan kat fb atau tanam pokok secara online.

1. world news in pictures. Hidup bukan hanya di Malaysia je. Ade peluang, go! visitlah negara orang

2. How to be an optimist

3. Fastestfox - browse faster bebeh~!!

4. Debu-debu kecil yg menyebabkan kerugian kepada industry penerbangan

5. Zen habits. bagus utk motivation

6. Rabbit house. tips utk para penternak arnab tapi ni mat salleh punya style.

7. get rich slowly. awesome & great ideas

8. Just entered the working world? read this!!!

9. Some tips for job success. click here

10. touch up your resume?-click-


nanti aku update lg list ni