Showing posts with label peringatan untuk kau dan aku. Show all posts
Showing posts with label peringatan untuk kau dan aku. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

rancang hari anda!



Alhamdulillah, weekend tiba lagi. setelah 5 hari berhempas pulas mencari sesuap nasi, mencari rezeki yg halal, aku dan anda masih dipanjangkan umur, masih diberi kesempatan untuk menikmati ketenangan di hujung minggu.

so what your plan?

adakah sama macam hujung minggu yg lepas lepas? atau anda jenis bangsa bangsa yg tak mahu plan? tak mahu merancang? lebih seronok kalau life so damn spontaneous kan? ye memang seronok and more excitement. tapi anda tanya balik diri anda, 'ye ke soronok?' kalau weekend yg anda nanti nantikan, anda hanya mampu:

-bangun pagi pukul sebelas
-tengok tv dari pagi then tiba tiba 'eh dah pukul  2ptg'
-spend 5jam mengadap fb
-nak update blog tapi habis 2 hari..........hapeeeeeeeee pun takde (quote member aku)
-tiba tiba rasa 'eh esok dah isnin?'

so? seronok ke tu? is that your definition of being spontaneous? ini saat yg anda tunggu tunggu tapi isinya kosong. pe barang bro?! rancanglah hari anda, weekend anda sebab from there, at least u guys ada aim, ada matlamat yg hendak dicapai. tak kan la hidup ni nak kerja 5hari seminngu then makan main tido kentut je? this is you life, u control your life, don't let others decide for u. semalam yg berlalu pergi, anda boleh dapat balik? bayar 8kilo emas gred 999 pun impossible anda boleh dapat balik. setuju?

so rancanglah hari hari anda. plan your life.usahakan sesuatu. jangan dipersiakan masa terluang anda, pergilah scuba dive ke, breakfast kat tempat nice ke, berjemaah subuh di masjid ke, plan camping trip dengan kawan kawan ke, masuk kursus tentang subjek yg anda minati ke. jangan sesekali biarkan masa anda gone...just like that. plan and try give the best, kalau tak dapat apa yg kita plan, apa yg kita hajati, apa yg kita rancang selama ini, jangan putus asa sebab kita merancang tapi yg maha perancang itu Allah, Dia tahu apa yg baik untuk hamba hamba Nya


malam ni sebelum tidur rancang ye kawan kawan apa nak buat sabtu ahad ni.... selamat berweekends!!


Thursday, October 20, 2011

couple...ing

solusi isu pertama

sebagaimana yg kita sedia maklum, coupling kan tak dibolehkan dalam islam. ada lah tu hikmah di sebalik pengharamannya. namun masih ade segelintir golongan yg cuba menegakkan benang yg basah. kat sini aku tak nak sentuh pasal yg dah merisik, yg dah bertunang, yang dah nak kahwin, post ni hanya untuk mereka yg bercouple. kononnya:

1. she is meant for me
2. boyfriend saya ni baik, ustaz. dia tak pernah pun pegang saya. sentuh pun tak pernah
3. kami tak pernah pun keluar sama sama
4. sms je. sms pun benda benda pasal agama tanya awak dah sembahyang? u, bangunlah sembahyang tahajjud, bagi nasihat agamalah, suruh tutup auratlah, belajar rajin rajinlah dan macam macam lagilah sms yg dikirim 

tapi betul ke couple anda ni memang meant for u? macam mana anda tahu boyfriend anda baik? untuk semua budak perempuan out there, please don't say so. anda sebenarnya tak tahu apa yg sedang bermain di fikiran boyfriend anda. kalau ye pun dia baik, mungkin sebab nafsu atau bisikan syaitan, bad things might happen. so lebih baik elakkan terus daripada bersekongkol dengan budaya couple ni. lagipun manusia ni bukan maksum pun. ye tak?

andai anda rasa memang ye, memang benar dia  dia partner hidup anda dunia akhirat,  dirikanlah sembahyang istikharah, doa banyak banyak minta petunjuk daripada Allah, tanya kebenaran parents, kalau semua ok, kahwin je lah

tapi andai anda rase betul ke ape aku buat ni? boleh ke tak boleh aku buat semua ni? atau anda masih sangsi atau ada sekelumit resah di hati, aku nasihatkan anda cari majalah solusi isu yg  pertama anda buka mukasurat 32, dan baca artikel yg bertajuk sepinggan dosa berulam pahala. mungkin dari situ anda dapat sedikit jawapan mengenai perkara yg aku tuliskan di sini. mungkin lepas baca artikel tersebut, insya Allah, aku yakin anda boleh buat keputusan yg betul dalam hidup anda. ada kebenaran disebalik hujah ringkas yg disampaikan dalam artikel tersebut. aku tak nak keluar fatwa sendiri sebab aku bukan majlis fatwa. sekadar perkongsian yg aku nak kongsi dengan muda mudi yg lebih kurang sebaya dengan aku.

 ingat bros...and ladies out there:

muda hanya sekali
syurga itu pasti
neraka itu pasti.....

ps: aku ni perasan muda...hahaha tp kalau 21, muda la jugak kan? tak kan 19 je muda....

Friday, October 8, 2010

Redha

'kalau kita tak dapat apa yg kita suka, kita kena suka apa yg kita dapat'

.......bicara seorang uztaz dalam radio ikim pagi tadi sewaktu aku sedang pulang daripada hantar my sistas. and ustaz tu tambah lg, from there kita akan dapat 1 benda yg paling bernilai kat dunia ni...which is, ketenangan jiwa~




Thursday, March 18, 2010

Bersyukurlah..



Bersyukurlah..
kerana anda diberi mata utk membaca post ini
ada orang, buta sejak dilahirkan
ada orang, demam panas dan tiba tiba Allah tarik penglihatan dia

Bersyukurlah..
kerana anda ada tangan dan jari boleh pegang mouse dan scroll utk baca entry ni sampai habis
ada budak skrg konon terer rempit sana sana
sekali accident dah kudung tangan sebelah
nak tolong bawak brg kat pasar pun dah susah
nak makan pun kena mak suapkan

bersyukurlah..
kerana anda diberi ketenangan ketika ini utk baca ape yg aku tulis
ada mereka yg skrg ini tengah berperang menentang israel
kesiankan?

bersyukurlah..
kerana anda ada kelapangan masa utk beristirehat sambil duduk membaca entry aku ini
ada org aku kenal, skrg ini masih lg pasang scaffolding kat tempat kerja
pukul 12 tgh malam kang baru boleh balik
penatkan? kesiankan?

Bersyukurlah...

Friday, October 2, 2009

Tazkirah Jumaat


pray


Tazkirah kali ini, aku nak share sikit pasal bacaan dlm smyg. Sudah lebih 20tahun rasenye aku smyg tapi bacaan dalam smyg? Aku kurang tahu…aku kurang ambil tahu. Jadi bila aku fikir2 balik xkan la selame-lamenye aku xthu…. Jadi di sini aku terjemahkan bacaannya dalam bahasa Malaysia bukan bahasa inggeris ye untuk panduan kite bersame. Kopi paste dari internet je ni


waktu rukuk,
"Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujianNya."



Waktu iktidal


"Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian."

waktu sujud,
"Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya."

Duduk antara dua sujuk,
"Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, lindungkan aku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku."

Dan penutup solat,
"Segala penghormatan yang berkat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah...."


*sumber: di edit dari keretamayat.blogspot.com


ok la, tu je kot... aku pon nk pi smyg jumaat da ni.

Thursday, August 27, 2009


yg berpuasa, dari kiri: jack, joe, preston, michael, smith

Ok post kali ni, aku nak kasik tazkirah ramadhan sikit, bukan buffet ramadhan 2009 ye. Kawan kawan, sile jgn ajak aku pegi makan besar ye sepanjang ramadhan ni sebab kalau korang ajak, aku susah nak tolak. Tazkirah atau pesanan berunusur nasihat ini aku dapat through email. Aku rasa korang dah pernah baca tazkirah ni di mana mana di masa yg lalu tazkirahnya berbunyi begini:

Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir!

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.

4. Bantu mendidik seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.

6. Berkongsi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Kopi dan pastekan entry ini ke entry anda atau forwardkan link blog ini kpd kwn2 anda through YM.

*hasanah = barokah, barakah, keberkatan, pahala

Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat. Insyallah. So now anda boleh tambah entry ni mengikut kreativiti anda…masukkanlah no 11, 12, 13 dan seterusnya~!!!

.:Happy Ramadhan:.

Wednesday, April 22, 2009

Hot: The Arrivals



The jewish faith are free of these luciferians, true jews are not zionists nor luciferian. There is a clear difference between them, and the viewers should know that.
This Series Explores the Revelations in World Religions Regarding the Arrivals of the Antichrist Dajjal, Imam Al-Mahdi, and The Second Coming of The Christ.

A Work Inspired by Hashemsfilms and of Course the Words of the Noble Qoran, The Holy Bible, and The Torah, The Arrivals is a Joint Production by truthseekers Noreagaaa and Achernahr.

My opinion

It is a great documentary that everyone should not be missed. Open your heart and soul... watch and think. Actually our minds are being controlled by them. Wanna figure out who are they? Then watch this documentary! Available in youtube and for my hostel mates, u guys can find it in CT.I have not finish watching all episodes(51 episodes and each episode is about 10minutes) but I really encourage u guys out there to watch this documentary and seek for the truth about what is really going on with our world...about how we are being manipulated!

5 Reasons to watch this documentary

1. we can Know how they control our mind
2. Who are they actually?
3. 9-11, the real story
4. why u should not trust everything from the media especially television
5. figure out the meaning of Starbucks logo and a lot more

Thursday, February 19, 2009

Song for Gaza: we will not go down

Hayatilah video di bawah
Nasib saudara kita di Gaza tak seindah yg kita sangkakan
entah hidup entah mati, hanya Allah yg tahu

kita Alhamdulillah masih mampu utk bangun melihat kedamaian tanah air kita
doakan kemenangan utk mereka..~




official music video

Monday, December 1, 2008

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ni !! mmm.. sedapnyaaaa. ...

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh!!awal lagi..mmm.. aaahh.. suruh si X, punchkanlah.

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nieii..

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah
Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu.... rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...
pandai2lah

Manusia - Aku telah berdosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha
Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda
hanya sekali.....rugilah. .. (kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh

Manusia - Uuhhh! letihnya arini.. tak solat lagi nieee..
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan diakhirat (jangan mimpi lah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

**Firman Allah yang bermaksud; Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu." Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya. (al-Ma'idah 5:100)**

p/s: sebijik2 kne kt aku

Wednesday, September 17, 2008

10 WASIAT IMAM AS-SYAHEED HASAN AL-BANNA BUAT PEMUDA



1.Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atau berzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.

3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab Fushohah (standard) kerana ia merupakan satu satu syiar Islam.

4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.

7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.

8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuh an dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

kopi paste dari emailku