Showing posts with label interesting. Show all posts
Showing posts with label interesting. Show all posts

Friday, March 16, 2012

satu perkongsian ringkas

Majalah Gen-Q


Assalammualaikum to all mak ayah, abang abang kakak kakak out there... 
satu perkongsian ringkas dari aku
cuti sekolah tinggal 3 hari saja lagi
jadi aku sarankan korang kena, mesti beli majalah Gen-Q isu no 8
murah je RM7, tak luak pun duit korang
lagi murah dari tiket wayang
letak kat rumah kasi anak anak, adik adik anda baca
anda pun boleh baca
tak pun anda beli dan beri kepada rumah anak anak yatim ke
alhamdulillah insyaAllah anda dapat ganjaran pahala kalau anda lakukan dengan seikhlas hati
boleh juga jadi ganjaran 'pencen kubur' anda

tadi aku berkesempatan untuk belek belek
dan read few articles inside
seronok...banyak input input serta nasihat nasihat yg bermanfaat

so apa tunggu lagi dapatkan sekarang!!!
nanti petang lepas habis waktu office atau masa lunch break
maybe anda boleh dapatkan majalah ini!
.
.
.
.
.

jangan cari aku, aku bukan agent
hehehehe

Sunday, January 8, 2012

Jom baca buku!

reading.....is good!

 1.bacalah dengan nama tuhanmu. Ayat pertama dalam Al Quran pun kita disuruh untuk membaca kan?

2.ikhlaskan hati bila membaca. niatkan kita nak menambah ilmu, menambah ilmu pengetahuan.

3.mungkin kita ada minat yg mendalam tentang sesuatu perkara atau topik. ada orang minat travel, ada budak suka barbie, ada pakcik suka memancing

4.jadi bila kita nak tahu akan sesuatu, find a book! cari dalam internet and read it for your own good!

5.mungkin faktor masa atau mungkin kewangan menyebabkan kita ada barrier dengan our own interest tapi apa yg boleh kita lakukan now is... go find a book. baca dulu tentang minat kita itu. sekurang-kurangnya we have the knowledge tentang perkara tersebut

6.jangan paksa diri untuk membaca tapi baca untuk seronok, baca buku sebab kita seronok membaca. read for leisure! mungkin secawan hot nescafe bisa menjadi peneman saat kita membaca

7.atau mungkin baca buku dikala ketenangan hadir dalam diri kita. maybe one quiet morning, a book and a cup of hot choc or maybe one fine evening and a book di halaman rumah

8.jadi apa tunggu lagi, find a book on your interest dan bacalah dengan penuh minat

9.why membaca? sebab membaca ni way better than(jauh lebih bagus) daripada duduk mengadap facebook

10.membaca ni lagi elok daripada duduk terkangkang depan tv. dah la tgk tv tu otak tak jalan. nanti otak jadi sssSSSLOW macam LDP. anda mahu jadi slow macam LDP? LDP tu lebuhraya Damansara Puchong ye kawan kawan.

11.bila anda baca buku, otak anda akan berfikir sebab anda akan try kaitkan diri anda dengan apa yg sedang anda baca

12.jadi kepada semua orang diluar sana, abg kakak adik adik pakcik makcik...jom baca buku!

13.jadikan membaca ni satu habit dalam hidup anda. amalan sehari harian dalam hidup anda

14.simpan satu 1buku dalam beg galas kerja anda, so tak kala sedang dalam perjalan ke tempat kerja mahupun pulang ke rumah, anda boleh duduk dalam monorail diam diam dan baca buku anda

15.atau simpan 1buku dalam kereta, tak kala nak panaskan enjin pagi pagi, ambil sedikit masa untuk baca buku anda

16. mungkin seminggu boleh habis 1 buku, habis january dah boleh habis 4 buku. ok la tu kan? daripada takde lansung.

17. so apa tunggu lagi..LETS DO THIS!....NOW!




ps: baru habis baca Unlimited Power by anthony robbins..best! aku suggest kalau kau orang suka pasal motivation

Saturday, November 5, 2011

mencandat sotong

Alhamdulillah, baru baru ini aku telah diberi kesempatan untuk pergi mencandat sotong di dunia.(berhampiran pulau kapas la to be exact). menggunakan tagline: lets do this!!, event ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya

1. menggunakan modal facebook, sebuah event sotong golek telah berjaya di create dan seramai 12 orang pencandat muda telah menunjukkan keinginan yg amat sangat
2. jadi pada malam kejadian, berbekalkan semangat yg berkobar kobar, rasa ingin tahu serta keinginan yg bergelora, kami telah berkumpul di ulu klang, rumah salah seorang pencandat yang turut serta
3.perjalanan dimulakan dengan memamakkan diri di mamak berhampiran. aku lupa nama mamak tersebut tapi time ni la ada yg sebat mee goreng la, roti canai la roti telur la. konon konon kat terengganu tak ada kedai mamak

4. setelah selesai makan, kami menuju ke destinasi menggunakan 3 buah kereta
5. banyak yg dibualkan sewaktu dalam perjalanan. tapi biasa la kalau laki, topik mesti tak lari soal kerja, masa depan, bola, awek ni hot la, budak tu cantik la and etc

6. kami menyusuri kegelapan malam membelah kesejukan dingin melalui LPT
7. setelah agak lama drive, kami berkesempatan untuk berjemaah subuh di masjid yg kami jumpa di tepi jalan

8. perjalanan diteruskan, next kami breakfast di sebuah gerai yg kami jumpa di tepi jalan
9. setelah mengambil sedikit gambar kenang kenangan, kami lantas menuju ke kuala terengganu
10. aktiviti di KT, makan, beli barang, mandi laut depan masjid terapung, main kad, tidur rehat dan sebagainya.

11. tengahari, kami berpatah balik ke marang.
12. kami naik bot di jeti marang
13. setelah bertemu dengan pak nor, kami pi beli barang barang nak mencandat
14. 530 ptg kami naik bot. perjalanan pun bermula. bye bye mainland
15. dalam perjalanan, antara kata kata yg dapat didengar, sekali sekala best gak ni, thrilled gila aktiviti kita kali ni. best weyh kalau dapat jadi orang laut

16. sejam setengah kemudian kami sampai di tempat mencandat, kelihatan kapal kapal lain juga tak jauh dari kami
17. apa lagi. kami pun start la mencandat. satu satu sotong berjaya dinaikkan.
18 sana sengih, sini senyum, then tiba tiba kedengaran weyh aku dapat dengan nada keriangan
19. jam 8 malam, suasana yg tadinya penuh keriangan beransur ansur sunyi
20. ombak semakin menggila
21. weeeeeekkkk, kedengaran wek yg pertama sekitar 830. seorang pencandat dah terkena candu laut

21. then beberapa ketika lepas tu...weeeeekkkkk, weekkkk wekkkk weeeeeeeeeeeeeeekkkkk dapat didengari dengan jelas lagi nyata
22.wa sengih sorang sorang tepi bot. tak lama kemudian, sebab tiada tangkapan, aku pun pi tidur kat depan bot, bangun.. then candat lagi.
23. time ni la aku mabuk, ape lagi wek aku ditepi bot. hahaha
24. malam tu memang best, sotong bergolek golek dan manusia pun bergolek golek juga sebab mabuk laut

25 kami sepakat untuk pulang ke tanah besar jam 2 pagi disebabkan ombak yg bergelora
26 sampai di tepian, pak nor masak untuk kami atas bot, memang terbaik la. manis gila sotong sotong yg kami tangkap sebentar tadi.
27. muka rakan rakan yg tadinya macam putus harapan, macam dah weng gila, macam memikirkan apehal la wa buat kat sini pi susah susah candat sotong kini bertukar keriangan setelah pekena nasi sama sotong fresh masak kari sama sotong celup tepung
28. kami decide untuk pulang selepas itu, setelah mengucapkan terima kasih dan buat bayaran kat pak nor, kami pi tidur di masjid berhampiran sampai pagi sebelum berangkat pulang ke kl.
after breakfast

kuala terengganu

pak nor

peralatan mencandat sotong








rambo


budak budak kl sonok jumpa mcd. ni on da way balik dari marang

pembahagian harta pusaka
29. bagi aku trip ni memang best gila, nak tengok gelagat dan ragam rakan rakan. macam macam. apatah lagi masa kat tengah laut..... semua toya habis
30. mencandat bagi aku lagi thrilled daripada pergi diving. huhuhu

Friday, October 8, 2010

Redha

'kalau kita tak dapat apa yg kita suka, kita kena suka apa yg kita dapat'

.......bicara seorang uztaz dalam radio ikim pagi tadi sewaktu aku sedang pulang daripada hantar my sistas. and ustaz tu tambah lg, from there kita akan dapat 1 benda yg paling bernilai kat dunia ni...which is, ketenangan jiwa~




Saturday, April 17, 2010

Interesting..for the month of April 2010


Benda-benda yg pada aku, interesting, dan aku nak share dengan korang. Enjoy~!! Kalau korang tak setuju, terpulang. Aku pun tak kisa. hehehe. tapi jgn la bukak facebook je. manyak lagi benda-benda best kat dunia ni yg korang boleh tahu through internet selain drpd ternak ikan kat fb atau tanam pokok secara online.

1. world news in pictures. Hidup bukan hanya di Malaysia je. Ade peluang, go! visitlah negara orang

2. How to be an optimist

3. Fastestfox - browse faster bebeh~!!

4. Debu-debu kecil yg menyebabkan kerugian kepada industry penerbangan

5. Zen habits. bagus utk motivation

6. Rabbit house. tips utk para penternak arnab tapi ni mat salleh punya style.

7. get rich slowly. awesome & great ideas

8. Just entered the working world? read this!!!

9. Some tips for job success. click here

10. touch up your resume?-click-


nanti aku update lg list ni