Showing posts with label suka suki. Show all posts
Showing posts with label suka suki. Show all posts

Sunday, July 21, 2013

1 Malam di Desaru

Perhatian
Ini bukan cerita hantu ye

baru 2 hari lepas, aku berkesempatan menjejakkan kaki ke desaru. Company tempat aku kerja ada buat CSR prog sikit. so bg mencukupkan quota, yg bujang bujang la dikerah utk join the program. mungkin kerana hujung minggu, ramai yg sudah berkeluarga meluangkan masa weekend mereka dgn family depa.

aku bukan la nak cerita pasal CSR prog tu tapi tempat aku stay for 1 night...nice gile! dapat la idea nak decorate bilik kat kg. bilik aku tempat aku merantau tak boleh nak decorate sgt sebab kecik gile...tak tipu. korang tgk aje la gambar gambar aku nak share ni... malam pun dah larut. tak selera nak tulis panjang panjang...

beg aku je sempat duduk kat situ. aku x sempat. ada balcony kat luar tu mengadap pool dan laut

besau sgt bilik ni

belakang pintu tu ada tempat shower

queen utk aku. single utk baju dgn seluar aku. patut aku ajak je wife aku dtg sama. suruh dia tido katil single...senang nak kenyit mata..hihi

tengok sj... sebagai tanda menghormati ramadhan

berkesempatan tgk sunrise di pagi hari..... i am damn tooo young utk tido selepas subuh




Azam aku lepas ramadhan kali ni...semoga each day sampai hari terakhir aku kat dunia ni, kalau boleh, aku nak:

1. bangun 10 minit sebelum azan subuh masuk
2. tak nak tido lepas subuh

kalau ramadhan boleh, kenapa bulan bulan lain tak boleh? kan?

Wednesday, January 30, 2013

Canon PowerShot A2300

Alhamdulillah, semalam berkesempatan untuk beli Canon PowerShot A2300. Tujuan asal nak beli panasonic   lumix DMC tapi sangkut pula dengan model ni lepas buat few comparison ditambah pula dengan taukey kedai yyg bersungguh sungguh promote product lain yg katanya better from panasonic lumix

Apa itu A2300?
Device yg murah utk ambil gambar. dia compact, ringan and easy to use

Harga beli?
tak sampai RM390 pun. aku rasa quite ok. aku dapat full set of camera + casing + screen protector + photobook voucher which valid for 3 months

Di mana beli?
Aku beli kat kedai FOTOKEM kat shopping complex yg berdekatan ngan office aku. ptg lepas balik office

Macam mana beli?
Of course pakai duit. bayar cash sebab aku tak ada credit card.

Tujuan beli?WHY?
Nak capture moments in my life. Nak replace camera panasonic lumix fs4 aku yg hilang pada 8 jan 2011. alhamdulillah semalam replaced!

Harapan?
Agar camera ini tahan lama. boleh pakai tanpa sebarang masalah untuk tempoh 10-15 tahun. Hopefully worth buying la kiranya. akan stay lama dengan aku

Kenapa post pasal camera ni?
Nak increase traffic ke blog aku. haha. Actually aku realize aku ni suka jump jump. aku tak ada flow. so hopefully this is one method untuk aku practise and improve flow aku


nak share 1 gambar yg aku ambil guna camera baru aku. ok till we meet again

Analog watch


* beli jam tu 4 hari lepas birthday aku untuk tahun 2013. family aku belanja. got the money then aku pi cari sendiri mana yg berkenan di hati

Monday, July 2, 2012

sekali lagi

featuring

jo luana
.
.
.
.
and the rest are watak watak sekeliling aku
why aku watak utama? sebab ini blog aku hahaha

untuk berapa tahun? aku masih belum tahu
looking forward? yes. hidup mesti terus
selesa? of course, tak
kalau nak ikut rasa di hati, baik aku duduk di kg
diam-diam memang selesa
hari hari mak masak atau adik beradik ku yg lain masak
tak payah nak bersemuka dengan kekalutan dan hiruk pikuk kota raya

Ya tuhan
kuatkanlah semangat hambaMu ini
aturkanlah yg terbaik untuk ku....di dunia dan di akhirat

Manukan Island - March 2012


Saturday, February 4, 2012

rancang hari anda!



Alhamdulillah, weekend tiba lagi. setelah 5 hari berhempas pulas mencari sesuap nasi, mencari rezeki yg halal, aku dan anda masih dipanjangkan umur, masih diberi kesempatan untuk menikmati ketenangan di hujung minggu.

so what your plan?

adakah sama macam hujung minggu yg lepas lepas? atau anda jenis bangsa bangsa yg tak mahu plan? tak mahu merancang? lebih seronok kalau life so damn spontaneous kan? ye memang seronok and more excitement. tapi anda tanya balik diri anda, 'ye ke soronok?' kalau weekend yg anda nanti nantikan, anda hanya mampu:

-bangun pagi pukul sebelas
-tengok tv dari pagi then tiba tiba 'eh dah pukul  2ptg'
-spend 5jam mengadap fb
-nak update blog tapi habis 2 hari..........hapeeeeeeeee pun takde (quote member aku)
-tiba tiba rasa 'eh esok dah isnin?'

so? seronok ke tu? is that your definition of being spontaneous? ini saat yg anda tunggu tunggu tapi isinya kosong. pe barang bro?! rancanglah hari anda, weekend anda sebab from there, at least u guys ada aim, ada matlamat yg hendak dicapai. tak kan la hidup ni nak kerja 5hari seminngu then makan main tido kentut je? this is you life, u control your life, don't let others decide for u. semalam yg berlalu pergi, anda boleh dapat balik? bayar 8kilo emas gred 999 pun impossible anda boleh dapat balik. setuju?

so rancanglah hari hari anda. plan your life.usahakan sesuatu. jangan dipersiakan masa terluang anda, pergilah scuba dive ke, breakfast kat tempat nice ke, berjemaah subuh di masjid ke, plan camping trip dengan kawan kawan ke, masuk kursus tentang subjek yg anda minati ke. jangan sesekali biarkan masa anda gone...just like that. plan and try give the best, kalau tak dapat apa yg kita plan, apa yg kita hajati, apa yg kita rancang selama ini, jangan putus asa sebab kita merancang tapi yg maha perancang itu Allah, Dia tahu apa yg baik untuk hamba hamba Nya


malam ni sebelum tidur rancang ye kawan kawan apa nak buat sabtu ahad ni.... selamat berweekends!!


Thursday, December 15, 2011

kerja makan gaji...



aku ada pasang niat nak kahwin tahun depan. tapi ko(soalan kepada diri sendiri) kan tak suka tanggungjawab? dah tu yg pegi gatal nak set tarikh nak kahwin tahun depan bulan dec ape kejadahnya? padahal calon pun tak da lagi. aku nak kahwin tapi tanggungjawab tu aku tak nak. contoh simple. kate la aku pi qiammulail kat masjid on weekend,(contoh nak up je hahahaha) dah tu kena balik rumah kejut wife tanya dia 'u dah sembahyang subuh?' tu belum cakap lagi soal tanggungjawab yg lain. 

tak tahulah. right now rasa i am better off on my own. tapi petang petang bila aku balik dari kerja pasang radio ikim, ada ustaz ni cakap, kahwinlah kamu, maka sempurnalah sebahagian daripada agama kamu. lebih kurang macam tu lah. then tgk kawan kawan yg bakal akad nikah, bakal bertunang, semua seems to be happy. macam ada something yg membuatkan diorang lebih semangat utk hidup. macam ada benda yg diorang kejarkan. aku macam biasa la soalan, 'bro berapa ko pakai duit nak kahwin'?'nanti kenduri tunang, u bayar ke bf u bayar?'tu soalan biasa aku kat member member aku yg bakal menempuh alam lain ni

aku ada niat nak kahwin tapi kerja aku ni buat aku resah..... kalau hati resah macam mana nak kawen?

sebenarnya post ni wa nak cerita pasal kerja wa. wa tension kerja ni.lunch is impossible. time pagi pagi pi kerja, resah kat hati ni hanya tuhan sj yang tahu. gelabah weyh. degup jantung masa buat kerja ni kadang kadang lagi laju daripada masa lepas sprint 100m. tunggu masa nak explode je. kadang kadang rasa nak tumbuk je printer kat office, rase nak hempas je screen monitor kat lantai,, rase nak sepak terajang je meja tempat aku buat kerja, rase nak baling je kertas kertas yg aku mengadap hari hari. rase nak mencarut carut  je, lepas tu dengan coolnya cakap 'i resign' then blah terus dari office. tapi tadi sembang dengan ayah wa, wa rasa tenang sikit. then kalau aku fikir betul betul, yg kasi aku prob is swap payment. itu je. instrument lain ok je

dulu aku juga yg doa, ya Allah:

berilah aku kerja di tempat aku belajar dulu
berilah aku kerja yg tiba tiba je dah petang
yg gaji best
sekarang bila dah dapat, tak gheti pula nak bersyukur
sometimes aku wish tangan aku patah, astaghfirullah
tak payah pergi kerja sebulan. tapi kalau boleh biarlah dijauhkan.
janganlah Allah tarik segala nikmat dan kesihatan yg Dia pinjamkan kat aku ni
nanti tiba tiba patah sini patah sana, sekarang elok elok boleh pergi dive, tiba tiba kang
'sorry u tak boleh turun dive for 5 years okay? tunggu tulang u mampat elok semula baru u dive'. tak nak la macam tu.

then kalau fikir fikir balik, tension aku is only for that day
kalau abis pukul 4, tension pun hilang la, kalau pukul 6, sampai pukul 6 je la tensionnya. esoknya is another story. the same tension tapi would only last for that particular single day. then tadi masa drive balik kg, elok je aku kareoke dalam kereta. tak de pun tension. sengih je all de way.

moral of de story. bersyukurlah tapi if u think u deserve better job, then go for it. then jauh di sudut hati aku, aku yakin Allah tak menzalimi hamba hambaNYa. Dia tak akan uji hambaNya dengan sesuatu yg diluar kemampuan mereka.
.
.
.
.
.
.
.

Allah tu maha pengasih......................maha penyayang.

aku la tu  di kala tak kerja. tu gambar aku dengan ekor lembu ye kawan kawan. bukan ekor aku, aku bukan son goku

Monday, November 28, 2011

pulau sembilan dive trip

alhamdulillah(means praise to Allah or Thank god) beberapa hari yg lepas aku telah berkesempatan pi dive dekat pulau sembilan, lumut. aku ambil 1 day fun dive (3 boat dive + lunch). dive locations: white rock, black rock and pulau nipis. so this is the summary:

1. 3 boat dives + lunch + dive gear rental
2. operator kat sana is quiver dive team. their exact location dekat marina island, lumut
3. they all ni actually from perhentian kecil but then since skrg musim tengkujuh, most of the staff run de business dekat lumut

4.senang je nak cari location marina island ni. from seri manjung korang head ke lumut tapi instead of pergi ke jeti lumut korang ambil simpang ke teluk batik. nanti korang akan nampak signboard marina island

5. marina island ni aku rasa baru kot siap sebab banyak lagi shoplot yg belum beroperasi

6. ok lets talk about de dive.
7. aku tak impress! tioman lagi lawa.
8. the first 2 dives, visibilty dalam 10 meter. tapi creatures down there biasa biasa je. corals pun tak secantik tioman. tapi aku nampak barracuda ramai ramai. a school of them. takut seyh tgk barracuda.

9. tak tau la maybe aku pergi tak kena timing sebab musim hujan kan skrg. so maybe condition laut tak berapa nak best

10. 3rd dive, aku dive dalam ribut pasir. visibility zero! then arus kuat gile. dah macam washing machine. apehal entah divemaster yg bawa aku kata seronok dive dapat macam tu. aku dive for fun, nak tengok ikan corals bukan nak pi layan arus. penat weyh!

11. lunch layan, memang terbaik la. they all bawa pi pulau mana entah. then kitaorg je yg ada kat situ. (tapi Allah maha melihat). after makan makan, rehat we all continue for 3rd dive

12. pada aku, bagi anyone yg baru nak menceburi scuba dive ni, aku tak recommend korang ambil dekat pulau sembilan. nanti akan meninggalkan bad impression dekat memori korang. tapi apa apa pun this is my personal point of view. then maybe timing aku di musim musim tengkujuh ni tak berapa betul.

13. kepada semua peringkat diver pun, aku tak recommend unless u all memang suka kayuh dalam arus. beli hook, terjun, sangkut kat mana mana and lets spin, round and round. tapi orang kan macam macam. maybe ada kot yg suka arus menggila

14. tak ada gambar la nak share. trip kali ni aku tak bawa camera.

15. balik kl (perasan org kolumpo.huhu) aku lalu teluk intan, bidor. orang manjung kata that is the nearest way to kl.

adios
ps: aku ni suka dive ke or suka breath nitrogen?


Saturday, October 8, 2011

celcom credit advance


aloha

hari ni aku nak share sikit pasal satu service atau facilities yg celcom provide untuk semua pengguna prepaid yg subscribe dengan celcom. tak kira la anda ni pelajar ke, executive ke, lifetime tourist ke, assistant manager ke tapi kalau anda adalah seorang prepaid user, this service might help u.

aku discover service ni lepas 7 tahun aku jadi pengguna setia prepaid. huhuhu. tu pun member aku yg story. kalau tak, sampai skrg la wa tak tulis pasal post ni

ok andai kata let say satu hari sedang anda berbalas msg, tengah call ke tiba  tiba credit anda habis. so what is your action? urgent gila ni, then nak topup online, internet pula takde, kedai pun jauh. so actually anda boleh request for credit advance 

credit advance ni dipermudahkan pemahaman ialah anda pinjam RM2 atau topup RM2 tanpa perlu bersusah payah cari topup. tapi anda perlu igt once anda pergi topup handphone anda, dia akan deduct terus RM2 daripada total amount yg baru anda topup tadi. so contoh semalam aku buat credit advance RM2, then seminggu kemudian aku pergi topup RM10, so serta merta credit aku tinggal RM8. paham? kalau tak paham, gile la tu.

fakta

1. RM 2 ni fix
2. boleh buat sekali shj untuk setiap kali anda topup

caranya:

1. taip ADVANCE
2. send to 28882

kejap lagi sampai la credit advance anda.


ps: aku tak sure provider lain sebagai contoh maxis digi salamphone pun provide the same service or not

Sunday, September 4, 2011

buat kawan kawanku yang.....

(baca dengan nada slow dan sayu macam korang baca syair puisi...hehehe)

....dah bertunang, baru melansungkan perkahwinan, ape khabar kalian di sana? seorang kawan ini dah lama tak dengar khabar berita dari kalian. sihatkah korang? makan minum cukup? korang happy?


uni life

old days

kalau dulu dialah hero di gelanggang futsal
dialah raja segala aksi
dialah raja segala bicara
ketawanya penuh riang ceria macam dunia ni, dia yg punya
sampuknya penuh kegembiraan

tapi kini
khabarnya susah diperolehi
ligat lincahnya di gelanggang futsal tidak lagi kelihatan
kelibatnya hilang entah kemana
tawanya hilang senyap sepi
kalau dulu sms 'bro, jom futsal, jom air terjun, jom road trip, jom lepak'
lantas dia 'wa on bro, count me in'
tapi kini sms tidak berbalas
berbalas pun 2 3 hari kemudian.'wa sihat bro tapi tak dapat join la. ade hal'

hai tak kan bertunang dengan singa kot. hehehe
u tak boleh buat ni, u tak boleh pergi sana
habis siapa nak teman i nanti?

tika bertemu
tawanya tak lagi semeriah dulu
bicaranya diam seribu bahasa
lamunannya jauh laksana
kalau ada tembok pasti tembus diterobos
tak tahu apa yg bermain di hati
apa yg membelungi di benak fikirannya
mungkin memikirkan tanggungjawab yg bakal ditempuhi
mungkin bicara bisu diam seorang kawan ini sedang fikir gaya hidup yg bakal berubah
tawakkal bro
kalian di jalan yg benar
usah risau atau gundah
Dia maha mendengar, maha mengetahui maha menolong


alhamdullillah, kalian kembali kepada fitrah. memang manusia diciptakan berpasang pasangan untuk saling kenal mengenali. seorang sahabat ini tumpang gembira dari kejauhan. buat yg sudah bertunang, cepat cepatlah mendirikan rumah tangga. benda baik benda elok, buat apa nak ditangguh tangguhkan. bagi yg baru bergelar suami isteri, tahniah! enjoy your new life yau~!!

ps: aku ni boleh jadi pemantun negara la...<---- statement syok sendiri. hehehehe

Sunday, June 26, 2011

kenapa orang tengok bola kat stadium

1malaysia?

1. takde life. padahal byk je aktiviti lain yg boleh dilaksanakan

2. esok tak keje

3. ikut kawan2. aku la tu

4. erm...patriotik kot

5. anak ajak tgk bola kat stadium. 'ayah, jom p tgk bola kat stadium'. yg ni reason bagus. bawaklah anak2 anda wahai bapak2 sekalian. ini 1 pengalaman untuk anak2 anda

6. nak tayang awek dia lawa. then awek dia dok sopan je sebelah dia. then semua mata tgk 'fuh manis la awek ni'. tak kurang juga awek2 yg terkinja kinja menyokong pasukan kesukaan mereka...pun ada juga mata2 yg usha awek2 ni 'tak segan ke diorang ni?'

7. exercise. nak cerita pasal ultramalaya iaitu fan club pasukan malaysia. diorang ni penuh dgn semangat. sorak dengan gaya dan aksi tersendiri. non stop beb. da macam clubbing je aku tgk. tapi bg aku diorang ni bagus. at least dapat memberi support kepada pemain yg sedang beraksi. tapi kenapa ada number 12 kat tshirt diorang? musykil la aku. anyone knows the answer?

8. dapat tiket free

9. satu family mmg kaki tgk bola. at least dapat meluangkan masa bersama suami isteri dan anak2

10. kerja kat stadium. tukang jual tiket, polis, wartawan, jaga yg jaga pintu gate. alang alang kerja tgk je la kan

baru je last week aku p tgk malaysia lwn lubnan kat stadium. tahniah buat pasukan negara. dapat bertahan dan menang 2-1 pada malam tersebut. tapi aku bukan bangsa bangsa yg enjoy tgk bola la. aku sokong arsenal tapi nak tgk game, malas la. highlight kan ade.that day aku tgk la dalam 10 ke 20 minit then lepas tu tgk ragam manusia, tgk suasana stadium. ade yg cool, ade yg mencarut byk, ade yg main iphone je. ade yg bwk buku beb. novel lagi. laki pulak tu. hahaha. ade yg ambil gambar.ada yg baling botol. ada yg main laser. macam macam.

kepada yg maki hamun. please la stop. try la to see from the positive side. korang tgk je, boleh la. yg penat bukan korang, yg penat tu....players atas padang tu. jgn la demoralize players negara sendiri. kasik la sokongan sepenuh hati. kalau diorang main macam sampah diam sudey.....nanti balik pergi toilet baru maki hamun kuat kuat sesuka hati korang


Wednesday, March 23, 2011

MY5


my5


WHAT?
my5 is my opinion on one specific topic within 5minutes. so segala rasa hati and anything yg terawang awang di kotak fikiranku akan ku lahirkan menerusi catatanku di sini. This is where aku akan pick any topic, randomly choose it then anything that cross my mind within that 5 minutes, aku akan write it down and post it

WHY?
so that blog aku will be updated at least once a week. wish me luck ok?!

HOW?
aku kena read alot. sebab bila nak menulis idea mesti meriah bukan? so aku kena sit down then start thinking secara serta merta sbg contoh 'subway' mahal gile okay! not worth my money. semalam aku makan for dinner. takde la syok sgt pun . might be in english, bahasa Malaysia or my fav language, bahasa rojak

WHEN?
at least once a week. i'll try to keep my promise

WHO?
aku la sebab ni blog aku. tapi korang are welcome to give suggestion on topics yg aku akan tulis dalam MY5

OK then...

ps: adik aku dpt A lurus untuk spm 2010, aku pulak yg excited lebih pagi tadi. congratz bro~!!

Wednesday, March 16, 2011

Jo

Jo....Kapcai wa yg wa sayang. 100cc je model honda ombak. hadiah daripada parents wa, a year after wa eksiden patah dagu kat tempat wa belajar(actually pakse my parents suruh belikan hahaha)

sabtu baru baru ni wa pegi matta fair kt pwtc dgn jo. so lalu la dekat ade 1 highway ni. pagi sejuk nyaman sambil otak wa berangan angan ape ntah, wa lupa. tibe tibe haram, ade ferari mane ntah saje menganjing wa. tibe tibe je letup enjin then potong wa right exactly sebelah wa. gile terkejut wa. agak agak la bro, bang kak makcik pakcik. kalo wa jatuh macam mane? highway punya lah besar tapi sj je nak potong wa rapat rapatkan? sj nak cari pasal kan?

tapi alhamdulillah wa sampai je matta fair dengan selamat. wa actually nak citer wa suka jo sebab:

1. cepat dan murah. tol tak payah bayar. then nak tunggu public transport yg langsung tak pernah on time then macam tin sardin? ah forget it. wa dah pernah rase semua tu. sampai smyg mrgihb pun wa termiss sebab lembapnya public transport

2. boleh avoid jam. matta fair of course jam gile hari tu ok! tapi thanks to jo. kiteorg selit sane sini then sampai dengan cepat dan jayanya. tapi nasihat wa, hati mesti kering, jangan teragak agak, break mesti mau makan. tayar make sure tiptop la. wa tak ingt berapa bmw wa potong dalam jam tu, tp lebih dari 10 la. hehehe

3. senang parking & parking free. wa parked exactly right in front main entrance pwtc.

sekian dari wa.



by the way this is not jo.hehehe



Wednesday, October 7, 2009

Mama H1N1???


Mama H1N1???