Saturday, November 5, 2011

mencandat sotong

Alhamdulillah, baru baru ini aku telah diberi kesempatan untuk pergi mencandat sotong di dunia.(berhampiran pulau kapas la to be exact). menggunakan tagline: lets do this!!, event ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya

1. menggunakan modal facebook, sebuah event sotong golek telah berjaya di create dan seramai 12 orang pencandat muda telah menunjukkan keinginan yg amat sangat
2. jadi pada malam kejadian, berbekalkan semangat yg berkobar kobar, rasa ingin tahu serta keinginan yg bergelora, kami telah berkumpul di ulu klang, rumah salah seorang pencandat yang turut serta
3.perjalanan dimulakan dengan memamakkan diri di mamak berhampiran. aku lupa nama mamak tersebut tapi time ni la ada yg sebat mee goreng la, roti canai la roti telur la. konon konon kat terengganu tak ada kedai mamak

4. setelah selesai makan, kami menuju ke destinasi menggunakan 3 buah kereta
5. banyak yg dibualkan sewaktu dalam perjalanan. tapi biasa la kalau laki, topik mesti tak lari soal kerja, masa depan, bola, awek ni hot la, budak tu cantik la and etc

6. kami menyusuri kegelapan malam membelah kesejukan dingin melalui LPT
7. setelah agak lama drive, kami berkesempatan untuk berjemaah subuh di masjid yg kami jumpa di tepi jalan

8. perjalanan diteruskan, next kami breakfast di sebuah gerai yg kami jumpa di tepi jalan
9. setelah mengambil sedikit gambar kenang kenangan, kami lantas menuju ke kuala terengganu
10. aktiviti di KT, makan, beli barang, mandi laut depan masjid terapung, main kad, tidur rehat dan sebagainya.

11. tengahari, kami berpatah balik ke marang.
12. kami naik bot di jeti marang
13. setelah bertemu dengan pak nor, kami pi beli barang barang nak mencandat
14. 530 ptg kami naik bot. perjalanan pun bermula. bye bye mainland
15. dalam perjalanan, antara kata kata yg dapat didengar, sekali sekala best gak ni, thrilled gila aktiviti kita kali ni. best weyh kalau dapat jadi orang laut

16. sejam setengah kemudian kami sampai di tempat mencandat, kelihatan kapal kapal lain juga tak jauh dari kami
17. apa lagi. kami pun start la mencandat. satu satu sotong berjaya dinaikkan.
18 sana sengih, sini senyum, then tiba tiba kedengaran weyh aku dapat dengan nada keriangan
19. jam 8 malam, suasana yg tadinya penuh keriangan beransur ansur sunyi
20. ombak semakin menggila
21. weeeeeekkkk, kedengaran wek yg pertama sekitar 830. seorang pencandat dah terkena candu laut

21. then beberapa ketika lepas tu...weeeeekkkkk, weekkkk wekkkk weeeeeeeeeeeeeeekkkkk dapat didengari dengan jelas lagi nyata
22.wa sengih sorang sorang tepi bot. tak lama kemudian, sebab tiada tangkapan, aku pun pi tidur kat depan bot, bangun.. then candat lagi.
23. time ni la aku mabuk, ape lagi wek aku ditepi bot. hahaha
24. malam tu memang best, sotong bergolek golek dan manusia pun bergolek golek juga sebab mabuk laut

25 kami sepakat untuk pulang ke tanah besar jam 2 pagi disebabkan ombak yg bergelora
26 sampai di tepian, pak nor masak untuk kami atas bot, memang terbaik la. manis gila sotong sotong yg kami tangkap sebentar tadi.
27. muka rakan rakan yg tadinya macam putus harapan, macam dah weng gila, macam memikirkan apehal la wa buat kat sini pi susah susah candat sotong kini bertukar keriangan setelah pekena nasi sama sotong fresh masak kari sama sotong celup tepung
28. kami decide untuk pulang selepas itu, setelah mengucapkan terima kasih dan buat bayaran kat pak nor, kami pi tidur di masjid berhampiran sampai pagi sebelum berangkat pulang ke kl.
after breakfast

kuala terengganu

pak nor

peralatan mencandat sotong








rambo


budak budak kl sonok jumpa mcd. ni on da way balik dari marang

pembahagian harta pusaka
29. bagi aku trip ni memang best gila, nak tengok gelagat dan ragam rakan rakan. macam macam. apatah lagi masa kat tengah laut..... semua toya habis
30. mencandat bagi aku lagi thrilled daripada pergi diving. huhuhu

0 comments: