Sunday, June 26, 2011

kenapa orang tengok bola kat stadium

1malaysia?

1. takde life. padahal byk je aktiviti lain yg boleh dilaksanakan

2. esok tak keje

3. ikut kawan2. aku la tu

4. erm...patriotik kot

5. anak ajak tgk bola kat stadium. 'ayah, jom p tgk bola kat stadium'. yg ni reason bagus. bawaklah anak2 anda wahai bapak2 sekalian. ini 1 pengalaman untuk anak2 anda

6. nak tayang awek dia lawa. then awek dia dok sopan je sebelah dia. then semua mata tgk 'fuh manis la awek ni'. tak kurang juga awek2 yg terkinja kinja menyokong pasukan kesukaan mereka...pun ada juga mata2 yg usha awek2 ni 'tak segan ke diorang ni?'

7. exercise. nak cerita pasal ultramalaya iaitu fan club pasukan malaysia. diorang ni penuh dgn semangat. sorak dengan gaya dan aksi tersendiri. non stop beb. da macam clubbing je aku tgk. tapi bg aku diorang ni bagus. at least dapat memberi support kepada pemain yg sedang beraksi. tapi kenapa ada number 12 kat tshirt diorang? musykil la aku. anyone knows the answer?

8. dapat tiket free

9. satu family mmg kaki tgk bola. at least dapat meluangkan masa bersama suami isteri dan anak2

10. kerja kat stadium. tukang jual tiket, polis, wartawan, jaga yg jaga pintu gate. alang alang kerja tgk je la kan

baru je last week aku p tgk malaysia lwn lubnan kat stadium. tahniah buat pasukan negara. dapat bertahan dan menang 2-1 pada malam tersebut. tapi aku bukan bangsa bangsa yg enjoy tgk bola la. aku sokong arsenal tapi nak tgk game, malas la. highlight kan ade.that day aku tgk la dalam 10 ke 20 minit then lepas tu tgk ragam manusia, tgk suasana stadium. ade yg cool, ade yg mencarut byk, ade yg main iphone je. ade yg bwk buku beb. novel lagi. laki pulak tu. hahaha. ade yg ambil gambar.ada yg baling botol. ada yg main laser. macam macam.

kepada yg maki hamun. please la stop. try la to see from the positive side. korang tgk je, boleh la. yg penat bukan korang, yg penat tu....players atas padang tu. jgn la demoralize players negara sendiri. kasik la sokongan sepenuh hati. kalau diorang main macam sampah diam sudey.....nanti balik pergi toilet baru maki hamun kuat kuat sesuka hati korang


Sunday, June 19, 2011

try this: it is saturday morning and...


morning!!!

alhamdulillah, anda masih lg diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. syukur pada ilahi. hari ni hari sabtu, dan anda sudah pun selesai menunaikan solat subuh...dan anda juga tidak bekerja hari ni, weekendlah katakan. so dipendekkan cerita: anda juga telah

melakukan sedikit senaman. regang otot sana sini
see transition dari gelap ke terang. lps subuh tu anda lepak kat luar tgk langit sambil memuji kebesaran ilahi.subhanallah.
sapu sampah ke mandi ke

now anda bersedia nak breakfast atau travel ke kg halaman. so apa yg cuba aku nak suggest kat sini is dengarlah radio ikim pagi2. best. tak tau ape nama segmen dia tapi sabtu pagi ade segmen bersama dr. Muhaya, specialist prince court medical centre. segmen ni byk pasal input input motivasi yg anda boleh dengar dan amalkan dalam kehidupan seharian anda. aku tak sure ni siaran ulangan atau live tp apa yg aku tau segmen ini mmg best gile. byk benda benda positif yg dibincangkan so bila anda dengar, secara tak lansung anda juga akan lebih positif dalam menghadapi hidup anda sehari harian.

tak kan la selama lamanya nak dengar lagu dekat mixfm hitfm hotfm je? in the end ape anda dapat?jiwa kosong jugak kan? samalah kita...sigh

nak kata dgr lagu2 tu tiba anda boleh jadi artis then buat duit byk2, tak jugak kan?
so it is better to dengar segmen yg aku suggest td
dr muhaya ni eye specialist kalau anda tak tahu, so any question pasal kesihatan mata pun anda boleh tanya sewaktu segmen tersebut keudara

ps. alhamdulillah siapa yg dgr ikimfm everyday. tapi aku tak. sigh...masih cbe try untuk do so.

Saturday, June 11, 2011

Try this: kalau anda excercise


go exercise,people!!

1. nak cerita sikit la pasal bersenam ni

2. ok kalau anda bersenam everyday, which is good atau beberapa kali seminggu atau sebulan hanya boleh kira dengan jari atau once a year

3. tak kisah la anda berjogging sambil menghayati keindahan alam tanda kebesaran ilahi, atau buat sit up atau star jump sambil dengar lagu dekat channel mtv astro, atau anda night cycle bersama rakan rakan anda atau anda sekadar pergi berenang kat swimming pool sambil usha gadis gadis keje government yg turut berenang sama atau lebih best lg anda redah je main bola sepak petang petang dengan orang orang yg anda tak kenal... anda patut try this:

lajukan rentak atau phase anda untuk sesekali.

maksudnya:

#kalau jog 10minit, cube sprint for 1minit then continue balik jog seperti biasa

#kalau berenang secara rilex cuba at one point berenang laju laju then kembali ke rentak asal

#kalau cycle, cube cycle secara pantas untuk beberapa ketika then kemudian cycle seperti sedia kala

ulang rentak ini untuk beberapa kali.kenapa?

kalau rutin je...badan anda akan jadi biasa dan mungkin kalori atau lemak yg dibakar hanya sedikit shj. so bila anda tingkatkan phase atau kelajuan anda untk beberapa ketika, lebih banyak kot kalori yg terbakar jadi arang dan debu. selain itu..pergh macam karangan la entry aku this time, anda takde la rasa bosan sgt sebab senaman yg anda lakukan bukan asik dalam rentak yg sama. so anda akan rasa lebih excited untuk pergi bersenam sebab setiap kali anda bersenam anda akan challenge your body to do...more!!!


lets try!

Monday, June 6, 2011

nan butter

1. hanya RM2 shj kat kompleks kejiranan presint 16. ala yg foodcourt kat belakang petronas presint 16. yg very near to alamanda tu just to be very specific if korang still tak tahu the location. nama the only mamak kat situ is haji tapah. nan butter dia jauh lagi sedap drpd nan butter..

2. .... dekat mamak ali maju presint 18. if not mistaken, it is the only mamak dkt P18. dah la mahal RM3.30 sekeping. taste pun kalah compared to p16

3. gile cekik darah. nak kata ada charge elektrik maybe tak sebab masa aku order dekat both kedai tu waktu malam.. beragak la sikit kalau nak campur bil letrik pun. cas 30sen bil letrik dalam nan butter tu kira ok jugak la...jangan la sampai singgit 30sen. wa datang situ bukan nak makan elektrik. just for a piece of nan...

4. nak makan nan butter, mmg wa suggest pergi p16...layan~!!! cheese nan dia RM2.50 je. murah kan?


Thursday, June 2, 2011

ikhlas

satu lagi elemen yg mungkin pada aku boleh memberikan anda ketenangan hidup yg anda impikan selama ini. siape yg tak nak enjoy life kan?

1. pada pemahaman aku ikhlas ni boleh ditakrifkan sbg melakukan sesuatu hanya kerana Allah dan hanya untuk mendapatkan keredhaanNya tanpa mengharapkan sedikit balasan mahupun pujian daripada manusia serta tidak gusar akan diperlekehkan oleh orang lain

2. selagi mana sesuatu perkara itu tak menyalahi batas batas agama, selagi benda tersebut boleh memberikan manfaat kepada diri anda serta tidak mendatangkan impact buruk kepada orang lain, just do it. at least anda tahu yg anda melakukan perkara yg betul dan at least anda berpeluang untuk melakukan perkara tersebut

3. jangan harapkan walau secebis pun ungkapan terima kasih daripada orang lain sebab memang sudah menjadi lumrah dan fitrah manusia untuk lupa berterima kasih kepada orang lain.

4. usah gentar dicemuh oleh orang lain bila nak melakukan sesuatu perkara. kalau anda rasa anda betul, just proceed. kalau nak jaga ati orang ni, ala nanti org tu kata apa pula, end up anda juga yg tak start melakukan perkara yg anda inginkan. sebab manusia ni bermacam ragam. susah nak puaskan ati semua orang bukan?

5 jadi lakukanlah sesuatu perkara itu dengan ikhlas. just proceed. at least u can get the satisfaction from doing the things u want to do.

Sunday, May 22, 2011

element of happiness

"happiness lies, first of all, in health"

george william curtis

1. Setuju? bagi aku, i am totally agree

2. yup it is true enough!

3. So jagalah kesihatan anda

4.kurangkan gula in your drinks okay. makan jangan over sgt. ikut sunnah. berhenti sebelum kenyang

5. banyakkan senyum sebab bila anda senyum susah nak pikir masalah

6. bersyukurlah kerana setiap pagi anda bangun, anda masih ada apa yg anda ada. cube la let say 1day u guys bangun, next to u guys ada 1million tp both kaki dah kudung. anda nak ke? aku rase korang tak nak kan?

7. money is not everything sebab bila sakit nak buat ni tak boleh, nak makan ni, nanti darah tinggi. tapi kalau sihat and ada duit then baru you can enjoy your life

kesimpulan nya jagalah kesihatan anda. better mencegah daripada mengubatikan?

Saturday, April 16, 2011

my movie review: 3 idiots


1 interesting movie


Assalammualaikum

1. kau orang hape khabar?

2. so hape aktiviti korang di kala free? buntu?tak tau nak buat hape?

3. so why not watch a movie? but then tak tahu nak tengok cerita ape? so many choices?

3. aku suggest 3 idiots. very interesting movie. seriously okay!

4. at 1st, aku ingat ni mesti typical hindi movie pasal 3 guys yg met their dream girls and then after all the hassle they gone through, in the end they live happily ever. but actually i am wrong.

5. this story is about life. pasal korang, pasal dreams, cita cita, pasal all the good values yg korang dan aku patut ada. atau pasal semangat and keyakinan yg korang mesti tanam dalam sanubari korang dalam nak menghadapi cabaran hidup

6. hidup ni turun naik. macam roda (ayat typical. hahaha) tapi that's true enough. go for what u dreams! walau hape pun cabaran yg korang stumble upon, believe in yourself! jangan tangguh atau nanti bila korang dah tua, dah nak mati baru nak menyesal....ah kenape aku tak buat ni,kenape aku tak pernah try to do this, do that

7. so aku malas nak story dia punya storyline kat sini. memang very interesting and worth watching! mak ayah abang kakak adik makcik atok nenek semua boleh tgk!

Sunday, April 3, 2011

ATV Kg Kemensah



1. best! best sikit dari rempit from my point of view la

2. motor dia powerful. boleh redah je. jalan senget benget pon boleh selambe je

3. tapi definitely korang kena pandai control. pegang handle dia carefully. kalau tak, boleh jatuh gaung.

4. put all your ego away. memang tak sama macam drive kat jalan raya.

5. location dekat kg kemensah. kalau korang tak tahu, just head to zoo negara. dah dekat sgtlah tu

6. make sure korang sampai awal. let say start at 9am, be there at 8 so that u can prepare and train yourself how to handle that bike (4tyres)

7. senang je but i guess not suitable for kids under 15

8. bile dah start the journey just follow the trail and jgn potong potong

9. must try

10. second try? i don't think so. for me it is quite expensive and not worth my money. but for experience, worth trying~!! aku amik pakej RM150, kalau tak silap sampai air terjun sofea jane

11. dia ade several different pakej, so korang boleh pilih ikut kemampuan korang

12. for more information, just google la. sure pasti korang get the info

13. nak bawa makanan, baju beg pun no prob sebab korang boleh simply ikat barang barang korang dekat motor korang. confirm tak cicir

14. no proper parking area right now, so i think, to go there: car pooling would be a great idea

Saturday, March 26, 2011

MY5: kenduri kahwin


gambo google jumpa kat internet

1. at the age of 20 plus ni, aku still follow my parents to kenduri kahwin

2. why? the main reason is...aku lapo. then mak aku pun tak payah la masak lunch. betul tak?

3. yup. thats de main reason. selain boleh makan all the meats secara banyak at once. kadang2 kambing pun hade. masyuk seyh~!!

4. nak suruh aku masak while my parents out for kenduri kahwin? jgn haraplah unless aku dah super hungry gile. tapi ade je adik2 aku boleh tlg masak

5. just now tghari tadi, ada daging tetel....terbaek lah~!! lama dah aku tak jumpe

6. then balik tdo. awesome

7. by the way selamat pengantin baru untuk kawan aku, wan. semoga bahagia hingga ke akhir hayat, dunia dan akhirat

Friday, March 25, 2011

MY5: arnab & daging arnab



1. sedap. aku beli kt pasar malam putrajaya. arnab panggang/arnab golek

2. orang kata better than daging ayam. betul ke?

3. bagi aku, kalau arnab tu makan makanan byk khasiat so turn out to be daging dia pun better lah

4. tapi tak tau la if arnab ada better digestion system that makes their meat better. makanlah hape pun, daging dia tetap sedap ke?

5. tapi pandangan aku, daging dia lg pure dari daging ayam and kurang lemak. totally daging

6. mana nak dapat?

7. opah farm selayang selangor. korang google lah sendiri the exact location

8. kat sana boleh dapat raw meat, marinated, nugget arnab and so on

9. on weekend boleh pergi bawak adik2/anak2 anda main dengan arnab hidup kat opah farm

10.nak beli yg hidup pun boleh kat sana