Wednesday, May 6, 2009

Kenapa aku tak suke tgk bola...

Beberapa jam shj lg kick off perlawanan timbal balas antara arsenal-manU akan bersiaran secara lansung di kaca2 tv di seantero dunia dan seperti biasa sbrg invitation utk bersengkang mata menyaksikan perlawanan bola akan ku reject bulat2. Biarpun aku support arsenal(tak support sgt nowadays sbb arsenal support israel. bukti?? click HERE) tp semangat utk menggolekkan diri di atas katil mengatasi segala galanya.

Spirulinafc: gaya, mutu....

Secara amnya, aku suke main bola tp BIG NO NO kpd tgk bola. Suasana & semangatnya amat berbexa disitu. Menonton sambil menahan ngantuk/ mengunyah roti canai anney maple atau beraksi sendiri di tgh pdg walaupun tiada penonton, bagiku kepuasannya lebih kpd beraksi sendiri. ok bagi memendekkan bicara, aku tak gemar/tak suke tgk bola sebab:

Reasons kenapa aku tak suka tgk bola
1.Kalo game seri 0-0. Pejadahnya?! 90 mnt tercongok dpn tv tapi nothing. ditambah pula dgn gameplay yg hambar... fuhh rase nak baling je selipar kat big screen anney yg berkenaan

2.Game berkesudahan 1-0 & gol tunggal diperolehi pd 20 mnt pertama permainan. ala lg 70mnt tak kan nak tgk passing2 je kot. aku pun boleh passing2, try2 shoot on target lg

3.Time zone yg kurang memihak kpd rakyat Msia. EPL dan liga2 yg best kat dunia ni mostly live waktu aku dan sekalian malaysian sepatutnya tido berguling guling di tempat beradu.Liga Msia?? ade la 7 kali aku pikir nak tgk ke tak

4.Aku rase aku lebih sygkan tidoku berbanding terkulat kulat di pg hari menonton bola yg tak tahu entah best, entah kan tidak

5.Kemungkinan nak subuh gajah tu amat besar bila menonton bola. aku tak la mendabik dada cakap aku tak pernah miss subuh tp Insya Allah bila tdo awal, Allah senangkan kita utk bngun pagi dan solat subuh

6.Better tgk movie dr tgk bola. kepuasanku lebih kpd movie berbanding TGK bola.

7.Tgk je??? kalau boleh main & join skali, mmg confirm la aku pi tgk. kurang2 boleh exercise keluar peluh

8.MOTD kan ade... bg aku la lebih byk action di situ dan in 1 hour ++, lebih byk game yg boleh anda tgk

9.lain org lain ragam. so bg aku secara personal, kepuasan dan erti hidup itu lg best bila dpt tido nyenyak, bangun smyg subuh, jog 2 3 round kat mini stadium, mandi sejuk2 di pagi hari then breakfast nasi lemak sama teh tarik sblum tersengih sengih pergi kelas. bg aku itu lg best dr tgk bola, smyg subuh then tdo balik tp bngun pkl 11 ke atas. muda2 ni myk benda yg boleh dibuat dan boleh di explore sbb masa byk, tanggungjawab kurang. Semuanya tanya balik kat diri kita, aku nak ke tak nak?

so itu shj point2 yg menari2 di kotak fikiranku...
Aku maybe tgk bola bila final game, takpun bila ramai gila geng yg tgk bersama. bkn nak tgk sgt pun tp lebih kpd bersembang

sekian sj bicara kali ini.hingga berjumpa lg di post yg akan dtg.

2 comments:

Anonymous said...

hohoho.cam pelik je dgr org suke maen bola tp x ske tgk bola :p

karimdaud said...

mane ade pelik.... org kan macam2.