Sunday, April 3, 2011

ATV Kg Kemensah



1. best! best sikit dari rempit from my point of view la

2. motor dia powerful. boleh redah je. jalan senget benget pon boleh selambe je

3. tapi definitely korang kena pandai control. pegang handle dia carefully. kalau tak, boleh jatuh gaung.

4. put all your ego away. memang tak sama macam drive kat jalan raya.

5. location dekat kg kemensah. kalau korang tak tahu, just head to zoo negara. dah dekat sgtlah tu

6. make sure korang sampai awal. let say start at 9am, be there at 8 so that u can prepare and train yourself how to handle that bike (4tyres)

7. senang je but i guess not suitable for kids under 15

8. bile dah start the journey just follow the trail and jgn potong potong

9. must try

10. second try? i don't think so. for me it is quite expensive and not worth my money. but for experience, worth trying~!! aku amik pakej RM150, kalau tak silap sampai air terjun sofea jane

11. dia ade several different pakej, so korang boleh pilih ikut kemampuan korang

12. for more information, just google la. sure pasti korang get the info

13. nak bawa makanan, baju beg pun no prob sebab korang boleh simply ikat barang barang korang dekat motor korang. confirm tak cicir

14. no proper parking area right now, so i think, to go there: car pooling would be a great idea

Saturday, March 26, 2011

MY5: kenduri kahwin


gambo google jumpa kat internet

1. at the age of 20 plus ni, aku still follow my parents to kenduri kahwin

2. why? the main reason is...aku lapo. then mak aku pun tak payah la masak lunch. betul tak?

3. yup. thats de main reason. selain boleh makan all the meats secara banyak at once. kadang2 kambing pun hade. masyuk seyh~!!

4. nak suruh aku masak while my parents out for kenduri kahwin? jgn haraplah unless aku dah super hungry gile. tapi ade je adik2 aku boleh tlg masak

5. just now tghari tadi, ada daging tetel....terbaek lah~!! lama dah aku tak jumpe

6. then balik tdo. awesome

7. by the way selamat pengantin baru untuk kawan aku, wan. semoga bahagia hingga ke akhir hayat, dunia dan akhirat

Friday, March 25, 2011

MY5: arnab & daging arnab



1. sedap. aku beli kt pasar malam putrajaya. arnab panggang/arnab golek

2. orang kata better than daging ayam. betul ke?

3. bagi aku, kalau arnab tu makan makanan byk khasiat so turn out to be daging dia pun better lah

4. tapi tak tau la if arnab ada better digestion system that makes their meat better. makanlah hape pun, daging dia tetap sedap ke?

5. tapi pandangan aku, daging dia lg pure dari daging ayam and kurang lemak. totally daging

6. mana nak dapat?

7. opah farm selayang selangor. korang google lah sendiri the exact location

8. kat sana boleh dapat raw meat, marinated, nugget arnab and so on

9. on weekend boleh pergi bawak adik2/anak2 anda main dengan arnab hidup kat opah farm

10.nak beli yg hidup pun boleh kat sana

Wednesday, March 23, 2011

MY5


my5


WHAT?
my5 is my opinion on one specific topic within 5minutes. so segala rasa hati and anything yg terawang awang di kotak fikiranku akan ku lahirkan menerusi catatanku di sini. This is where aku akan pick any topic, randomly choose it then anything that cross my mind within that 5 minutes, aku akan write it down and post it

WHY?
so that blog aku will be updated at least once a week. wish me luck ok?!

HOW?
aku kena read alot. sebab bila nak menulis idea mesti meriah bukan? so aku kena sit down then start thinking secara serta merta sbg contoh 'subway' mahal gile okay! not worth my money. semalam aku makan for dinner. takde la syok sgt pun . might be in english, bahasa Malaysia or my fav language, bahasa rojak

WHEN?
at least once a week. i'll try to keep my promise

WHO?
aku la sebab ni blog aku. tapi korang are welcome to give suggestion on topics yg aku akan tulis dalam MY5

OK then...

ps: adik aku dpt A lurus untuk spm 2010, aku pulak yg excited lebih pagi tadi. congratz bro~!!

Friday, March 18, 2011

Due Date




due date...It's a one damn hilarious movie. for those yg belum tengok, i think this is must watched movie!

1. so damn funny and interesting. it is story bout life

2. might happen to u or anybody in this world. story yang might happen to real people like us

3. u plan this and this but it turns out to be so and so. biase la kita hanya merancang tapi Allah yg menentukan.

4. plan kita mungkin A, but then we stumble into this prob or situation which might change our plan a little bit

5. cerita ni juga nak menceritakan yang orang kat dunia ni macam macam and that is why kita tak boleh expect semua orang sama macam kita. sebab tu dunia ni meriah

6. cerita ni pasal this 1 guy yg nak balik tengok isteri dia nak bersalin tp so sudden he met this guy yg totally change his plan. tapi in the end dia berjaya jugak tgk his wife on time

7. great movie. rating aku 8/10

Wednesday, March 16, 2011

Jo

Jo....Kapcai wa yg wa sayang. 100cc je model honda ombak. hadiah daripada parents wa, a year after wa eksiden patah dagu kat tempat wa belajar(actually pakse my parents suruh belikan hahaha)

sabtu baru baru ni wa pegi matta fair kt pwtc dgn jo. so lalu la dekat ade 1 highway ni. pagi sejuk nyaman sambil otak wa berangan angan ape ntah, wa lupa. tibe tibe haram, ade ferari mane ntah saje menganjing wa. tibe tibe je letup enjin then potong wa right exactly sebelah wa. gile terkejut wa. agak agak la bro, bang kak makcik pakcik. kalo wa jatuh macam mane? highway punya lah besar tapi sj je nak potong wa rapat rapatkan? sj nak cari pasal kan?

tapi alhamdulillah wa sampai je matta fair dengan selamat. wa actually nak citer wa suka jo sebab:

1. cepat dan murah. tol tak payah bayar. then nak tunggu public transport yg langsung tak pernah on time then macam tin sardin? ah forget it. wa dah pernah rase semua tu. sampai smyg mrgihb pun wa termiss sebab lembapnya public transport

2. boleh avoid jam. matta fair of course jam gile hari tu ok! tapi thanks to jo. kiteorg selit sane sini then sampai dengan cepat dan jayanya. tapi nasihat wa, hati mesti kering, jangan teragak agak, break mesti mau makan. tayar make sure tiptop la. wa tak ingt berapa bmw wa potong dalam jam tu, tp lebih dari 10 la. hehehe

3. senang parking & parking free. wa parked exactly right in front main entrance pwtc.

sekian dari wa.



by the way this is not jo.hehehe



Saturday, December 25, 2010

Sg Chilling


waterfall


sg chilling


chilling waterfall

along the way




pengunjung yg sesat


pondok rehat


tempat registration

map


pintu pagar


jambatan besi






terjun lubuk


1. Location? Kuala kubu bharu. Gunakan jalan yang menghala ke Fraser Hill. So sebelum sampai Fraser Hill, anda akan sampai sg chilling terlebih dahulu

2. Seeloknya anda boleh tapau terus makanan di pekan Kuala Kubu Bharu sebab bila dah kat atas sana, sikit je pilihan makanan

3. Suggestion gerak la dari KL dalam pukul 4pagi dari kuala lumpur dan anda boleh solat subuh berjemaah kat mana mana surau yang boleh anda jumpai di sepanjang perjalanan anda.

4. Selepas sahaja lalu jambatan besi, boleh parking kereta anda di sepanjang jalan.

5.Kalau malas nak trekking, boleh je mandi di bawah sebelah kiri

6. Tapi kalau nak cari air terjun sg chilling, cari pintu gerbang besar di sebelah kanan jalan raya dan lalu kat situ. Rasa kereta tak boleh masuk kot. So korang kena jalan kaki dalam 10 minit sebelum sampai kat tapak pendaftaran.

7. 830 pagi baru buka. Pendaftaran seringgit bagi 1 kepala.

8. Then boleh start trekking. Masa aku rasa lebih kurang 45 minit nak sampai air terjun

9. Korang kena cross sungai lebih kurang 5 kali. So wallet hp camera simpan elok elok dalam plastic make sure tak basah.

10.Aku cadangkan pakai seluar panjang dan kasut atau croc yg bukan original. Jangan pakai selipar jepun. Please!!

11Pacat macam takde je

12 Kalau trekking korang banyak mendaki, korang salah jalan tu. Sila turun dan lalu alur sungai

13.Sila bawa beg galas

14Jangan bawa beg plastic yang korang kena pegang kat tangan. Nanti susah nak trekking.

15Dah sampai air terjun? Alhamdulillah…Enjoy~!!!

16Nak terjun lubuk boleh je sebab air dia tak telan korang masuk dalam sampai dasar

17Tapi make sure korang gheti berenang sebab once terjun korang kena keluar dari kawasan dalam. Memang dalam gila seyh.

18Actually kalau nak terjun lubuk, ikut rasa hati. Hehehehe. Kalau confident, layankan sj

19Baju persalinan tinggal kat kereta pun takpe

sekian



Wednesday, December 15, 2010

Putrajaya: Where to eat?

Ok. anda boleh try di foodcourt presint 9. Banyak kedai kat situ. location berhampiran perodua presint 9 putrajaya atau lebih senang belakang mamak kembar. So kali ni, aku nak suggest kedai ni:

maybe awek2 government baru balik opis

RM6.50 (nasi lemak ayam dara berempah + telur goreng)

Taste: 3.7/5 stars
Price: 3/5 stars
Money value: 3.5/5 stars
Possibility for me to try again: maybe yes

ok then selain ada ayam berempah, kalau tak silap aku ada daging, sambal sotong udang dan etc. kalu anda jarang jarang datang putrajaya, maybe should try kot. nak kata the best, maybe tak kot sebab aku pernah makan kat tempat lain, rasa lagi masyuk. tapi as for conclusion, worth trying~!!!

Monday, November 22, 2010

tips beli kereta untuk org muda


z4


Alhamdulillah, setelah berbulan bulan atau setahun 2 bekerja tiba masanya untuk anda memiliki sebuah kereta idaman. Alhamdulillah juga kerana dengan itu tak payah la anda merempit dalam hujan lg atau membuang masa menunggu pengangkutan awam yg jarang sekali menepati masa. Remember...masa itu Emas~!! kat sini aku ingin berkongsi sedikit tips untuk membeli 1st car kepada mereka mereka di luar sana yg sedang berkira kira untuk 'angkat' sebiji

1. tepuk dada tanya selera. mana yg berkenan di hati. mana yg redup mata memandang. alang alang beli biar puas hati. macam nak cari pasangan hidup juga. myvi ke proton ke merc ke swift ke honda ke.

2. sila pergi baca review mengenai kereta yg anda berkenan tersebut. kos maintenance, fuel consumption dan ape ape jua yg perlu anda ketahui mengenai kereta yg anda hajati

3. downpayment atau duit muka. cukup? ada? biasanya 10% daripada harga kereta. so let say anda nak angkat honda city, harga on the road lebih kurang RM85k so anda perlu sediakan dalam RM8k hingga 9k untuk duit muka. lagi byk lg bagus sebab bila byk, so sikitlah jumlah pinjaman bank yg perlu anda buat

4. ok now is masa untuk mendapatkan pinjaman dari bank jika anda tak beli kereta secara cash. ok now apa yg perlu anda lakukan is pergi tanya semua bank berapa kadar faedah(interest rate) yg mereka kenakan keatas jumlah pinjaman anda. sebagai contoh anda angkat myvi, so pergi bank tanya macam ni. ' bank, saya nak pinjam RM40k untuk auto loan selama 3, 5, 7 dan 9 tahun, berapa interest rate u orang boleh offer sama saya? then tolong buat simulation untuk how much saya kena bayar bulan bulan ye? '

5. anda kena tahu bahawa lagi lama anda pinjam lagi byk kadar faedah yg akan bank cajkan keatas pinjaman anda. so pinjam 3 tahun adalah lebih bagus daripada pinjam 5 tahun

6. dan bagi siapa siapa yg tak tahu, kadar faedah bg pinjaman kereta nasional adalah jauh lebih tinggi daripada kereta import. macam aritu aku tanya public bank, kalau angkat honda, interest rate hanyalah 2.9% selama 7 tahun tapi kalau angkat mvi, 4% bg tempoh yg sama

7. tips ni patut duduk nombor 2, setelah berkenan dgn sesebuah kereta, fikir masak masak sanggupkah anda memberi komitmen untuk bayar bulan bulan selama mungkin 3 tahun, 5 tahun 7 tahun 9 tahun untuk bayar balik pinjaman yg bakal anda buat. then berapa yg anda boleh alocatekan untuk setiap bulan ..300? 500? 700? 1k.. so terpulang dan ikut kemampuan anda

8. kalau boleh Tunggu sehingga hujung tahun. yup wait for dec because selalunya car maker akan buat promotion untuk stok yang sedia ada. diorang akan kasi rebate atau diskaun untuk habiskan stok yang sedia ada so that tahun berikutnya diiorang boleh produce stok baru. so adalah baik jika korang boleh sabar hingga hujung tahun. sometimes musim perayaan pun anda boleh dapat diskaun~!!

ps: never pinjam ahlong okay!

Wednesday, November 17, 2010

Lagenda budak Setan

Bagi aku cerita ni best sebab aku tak tido dalam panggung macam cerita jgn pandang belakang congkak 2 tempoh hari. dan scene yg membuatkan aku mesti tgk LBS ni ialah bila mana Q Haidar cursed 'Shial' sejurus selepas dia menghayunkan kepala syiqin kamal ke pasu bunga sehingga membuatkan syiqin kamal hilang ingatan dalam cerita tersebut. Macam rockstar la! Q haidar, lu mmg smart la bro~!!! aku rasa kebanyakan pelakon kat malaysia mmg patut pergi berguru dgn q haidar bagaimana nak menjiwai watak yg diberikan dan andainya LBS ini adalah sebuah game bola, man of the match akan ku berikan kpd q haidar. apsal ye pengarah tak letak q haidar jadi hero? and by the way, shiqin kamal tu........chantekkkkkkk.

nak cerita sikit moral of the story yg aku paham dari cerita ini:

1. Perubahan diri tu mesti datang dari dalam diri sendiri. jgn kerana kebendaan, sebab bila korang berubah kerana kebendaan, dan bila kebendaan itu terlepas dari korang, boleh frust menonggeng seyh

2. Bila marah jgn pukul orang dan jgn bawa kereta laju laju. sila beristifar dan sila pergi ambil air sembahyang

3. Jgn belajar lama lama. belajar sungguh sungguh grad cepat2 cari kerja, bagi stablekan hidup anda cari gf/bf then kawin la. ape nak ditunggu lg

4. Pembedahan plastik boleh buat anda jadi cantik?

5. ibubapa kalau nak carikan jodoh untuk anak anak, bagus tapi tanyalah tuan punya badan dulu sama ada dia dah ada calon ke belum, sebab yg nak hidup bersama bertahun tahun adalah si anak. jgnlah dipaksa paksa ye tak?

1 yg aku kurang berkenan dalam LBS ni ialah pengarah macam try nak jatuhkan profession sbg guru/lecturer.agak agak la sikit, mana ada lecturer tunggang air macam tu dalam kelas. lu tak ada rasa respect ke untuk tenaga pengajar? nak buat lawak pun biar REALITI la sikit. aku pun masuk uni dulu tapi tak pernah pun nampak lecturer perangai macam tu... then lagi 1 peluk peluk ni, wa kurang berkenan la, budak budak uni macam tu ke? ade ke clan macam tu kt uni? ke mmg wa masa belajar dulu tak pernah rasa sebab dulu bangsa bangsa wa semua jantan belaka. pagi petang siang malam"bro futsal jom"

sekian, dari aku...