Berdasarkan 4 hari aku di sana
Mungkin tak cukup tipsnya
18-21 oct 2014
style: rilex rilex, budget, bukan outdoor tahap extreme
Rate aku tukar di m'sia
1jutaRP = RM271.50
100K RP = RM27.15
1. cadangan aku sila ambil flight pagi or paling awal sebab airport di padang dan travel bukittinggi ambil masa lebih kurang 2 jam. Balik KL sila amik flight paling awal 11pagi dari pdg. Tghari onwards better
2. Lagi bagus pergi dalam 6 atau 7 org. Sewa private innova. Rate depa offer 600k per car per day tapi sebab redah 2 org, naik traffel with locals. Rate aku dapat 60K per head. Sumbat 7 or 8 penumpang. Disadvantage naik with locals is pemandu tak berhenti di tempat2 lawatan and dah penuh baru depa gerak mulakan perjalanan
3. Private supir or car bagus sebab dia akan pergi mana saja kita mahu. So di m'sia google semua tempat korang nak pi, listkan and bgtahu dia
4. Tidur. Aku tak ada booking just baca betul betul mana mau tidur. Bayar di sana lg murah. Kalau rasa tak confident, call je hotel2 indonesia. Aku tidur di tepi danau maninjau, bukittinggi dan padang
5. Cadangan aku tidur di kelok 44 atau puncak lawang for scenery danau maninjau. Kalau nak kayak tidur la tepi danau. Kelok ni selekoh.. so ada 44 kelok. Dan 44 adalah kelok paling tinggi.
6. Cadangan tidur di bukittinggi, sekitar Benteng hotel. Banyak gile hotel di situ. Walking distance. Ringankan mulut utk bertanya. kalau pergi muda muda semuanya. tak payah booking pun ok, sampai sana jalan pusing tanya rate per night
7. Makan mmg senang. makan 2 org kami kena standard rate dalam 30K. ada sekali kami makan betul betul sebelah hotel benteng 177K kami kena tapi memang sedap gila. Rumah makan family nama dia
8. Aku shopping di pasar atas and bawah je. Aku rempit je di sana. tak pergi pasar aur kuning sebab jauh aku rasa nak bawak org rumah. kesian kat dia. Sewa motor 100k sehari. aku sewa kat hotel benteng tempat aku tidur. di bukittinggi kalau korang kaki jalan macam aku, jalan kaki pun dah boleh sampai semua tempat
9. Kawasan yang aku rasa (pada pendapat aku) MUST go is Kelok 44, bukittinggi, dan Paya Kumbuh atau Lembah Harau. Kat sini dan sekitar banyak gila tempat lawatan.
10. Bandar Padang atau Kota Padang, aku rasa tak pergi pun tak apa. dia pekan. tapi di sana aku lepak tepi beach dia makan makan and pekena roti bakar sama pisang bakar atas jambatan siti norbaya, rasanya itu nama jambatan nya. Telur penyu sini murah sikit dari telur penyu kat ganu. reason aku tidur di padang sebab tiket balik KL early in de morning. kalau tak silap aku, airport ke Padang dalam 30km. tak la jauh sgt if compared to bukittinggi to airport.
makanan pertama di bumi sumatera. 37K RP |
Danau Maninjau di Malam Hari |
Chalet di Danau Maninjau. 150K RP per night |
Locals kata pembakaran hutan di sebelah jawa so jerebu. Ni di pagi hari |
pemandangan biasa di sepanjang jalan |
bilik di Hotel Benteng Bukittinggi. 350K RP |
Ni sedap gila tapi mahal sikit. 177k RP makan for 2 pax |
sebelah hotel benteng |
mendengar penerangan dalam lubang jepang |
surau berhampiran lubang jepang |
view dari bilik di hotel benteng. ni pekan bukittinggi |
Sate di Padang Beach. 15K RP |
jambatan siti norbaya di padang |
1 comments:
PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.
Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.
Wassalam
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Post a Comment