Wednesday, August 29, 2012

Staying positive!


senget pun happy. sabah march 2012
I am not sure whether today is a productive day or not, but still.....try to be positive all the time. hmmm. So right now I am going to write down some of today's events that makes me happy.

Alhamdulillah, hari ni mentari bersinar cerah. Tak macam semalam, pi office kena pakai raincoat. Sempat breakfast kat workstation aku, lepas ambil nescafe tarik kat level ## which is the highest floor dekat bangunan tempat aku kerja. merempit sengih, breakfast pun sengih.

And for the rest of the day aku ada kerja, which is GOOD. Takda la buat buat busy pandang laptop konon macam banyak sangat kerja nak disiapkan. 'Alt + Enter', I will remember this till death. Thanks to my friend sebab ajar. Ease my job. Honestly aku suka kalau dapat try and belajar benda baru. senyum dalam hati sampai skrg. And thanks to me myself also sebab ringan mulut, rajin nak tanya

tadi while lunch break i bought nescafe 3 in 1 browny and creamy. I suggest not to buy this because the taste sucks. sorry nescafe, but this time, you guys come out with a LAME product. I thought it gonna be creamy. Sia sia my 13 ringgit

One more today sempat khatam the Star newspaper sampai separuh while waiting for........(tak payah la mention, actually nak cerita yg aku menyampah gile menunggu). but I believe in this, what goes around comes around. anda buat kat org, satu hari nanti Allah balas balik kat anda. So while waiting tadi aku sengih je la. try nak ikhlas kan hati walaupun plan ptg tadi kalau boleh nak jogging. takpe next time maybe

last but not least, for all gen Y like me.....don't forget to buy the Star this coming Saturday. I think they've got  SOMETHING for us!

Monday, July 2, 2012

sekali lagi

featuring

jo luana
.
.
.
.
and the rest are watak watak sekeliling aku
why aku watak utama? sebab ini blog aku hahaha

untuk berapa tahun? aku masih belum tahu
looking forward? yes. hidup mesti terus
selesa? of course, tak
kalau nak ikut rasa di hati, baik aku duduk di kg
diam-diam memang selesa
hari hari mak masak atau adik beradik ku yg lain masak
tak payah nak bersemuka dengan kekalutan dan hiruk pikuk kota raya

Ya tuhan
kuatkanlah semangat hambaMu ini
aturkanlah yg terbaik untuk ku....di dunia dan di akhirat

Manukan Island - March 2012


Friday, April 13, 2012

sunset at kota kinabalu waterfront

Alhamdulillah, recently I had the chance to watch sunset at kota kinabalu waterfront. Subhanallah, it was amazing and very beautiful. such a great experience. still remember de moment (ala tak sampai sebulan yg lepas, mmg la still remember. hehehe). here are some photos i would like to share with all of you:

subhanallah
perfect
at KK waterfront

at mamutik island
sunset


sunset and me

Friday, March 16, 2012

satu perkongsian ringkas

Majalah Gen-Q


Assalammualaikum to all mak ayah, abang abang kakak kakak out there... 
satu perkongsian ringkas dari aku
cuti sekolah tinggal 3 hari saja lagi
jadi aku sarankan korang kena, mesti beli majalah Gen-Q isu no 8
murah je RM7, tak luak pun duit korang
lagi murah dari tiket wayang
letak kat rumah kasi anak anak, adik adik anda baca
anda pun boleh baca
tak pun anda beli dan beri kepada rumah anak anak yatim ke
alhamdulillah insyaAllah anda dapat ganjaran pahala kalau anda lakukan dengan seikhlas hati
boleh juga jadi ganjaran 'pencen kubur' anda

tadi aku berkesempatan untuk belek belek
dan read few articles inside
seronok...banyak input input serta nasihat nasihat yg bermanfaat

so apa tunggu lagi dapatkan sekarang!!!
nanti petang lepas habis waktu office atau masa lunch break
maybe anda boleh dapatkan majalah ini!
.
.
.
.
.

jangan cari aku, aku bukan agent
hehehehe

Friday, February 10, 2012

DO your best!


kids,

everytime when u wake up in de morning, bangunlah dengan satu iktizam serta semangat yg teguh bahawa segala apa yg ingin anda laksanakan pada hari ni, apa shj yg bakal anda tempuhi untuk hari ini... anda akan lakukan yg terbaik yakni...yg the best!

selagi mana anda boleh, mampu serta berdaya untuk laksanakan akan sesuatu, just give and do your very best. usaha bersungguh sungguh serta buatlah yg paling baik. usah di risau pada hari esok yg masih belum jadi nyata. don't worry about your future tapi saat ini, masa ini dan hari ini yakinlah serta berusahalah semampu yg anda boleh.

anggaplah setiap hari dalam hidup anda merupakan hari yg amat bermakna dalam hidup anda walaupun pada hakikatnya setiap hari adalah rutin, yg mana, mungkin hari hari anda pi sekolah macam org lain atau hari hari anda pergi kerja macam org takde life, macam org lain juga. huhuhu

do your best and let Allah do the rest. apa yg diluar jangkauan kita, misalnya masa hadapan usah dirisaukan sebab itu kerja tuhan. what is beyond our control don't worry so much okay? (note to self juga ni)

so remember...DO your best not TRY your best.
why? because TRY is 50-50
but if you DO, definitely and for sure u put effort on the things that u are doing
so just make sure, u give your full 100% effort!


till we meet again

Saturday, February 4, 2012

rancang hari anda!



Alhamdulillah, weekend tiba lagi. setelah 5 hari berhempas pulas mencari sesuap nasi, mencari rezeki yg halal, aku dan anda masih dipanjangkan umur, masih diberi kesempatan untuk menikmati ketenangan di hujung minggu.

so what your plan?

adakah sama macam hujung minggu yg lepas lepas? atau anda jenis bangsa bangsa yg tak mahu plan? tak mahu merancang? lebih seronok kalau life so damn spontaneous kan? ye memang seronok and more excitement. tapi anda tanya balik diri anda, 'ye ke soronok?' kalau weekend yg anda nanti nantikan, anda hanya mampu:

-bangun pagi pukul sebelas
-tengok tv dari pagi then tiba tiba 'eh dah pukul  2ptg'
-spend 5jam mengadap fb
-nak update blog tapi habis 2 hari..........hapeeeeeeeee pun takde (quote member aku)
-tiba tiba rasa 'eh esok dah isnin?'

so? seronok ke tu? is that your definition of being spontaneous? ini saat yg anda tunggu tunggu tapi isinya kosong. pe barang bro?! rancanglah hari anda, weekend anda sebab from there, at least u guys ada aim, ada matlamat yg hendak dicapai. tak kan la hidup ni nak kerja 5hari seminngu then makan main tido kentut je? this is you life, u control your life, don't let others decide for u. semalam yg berlalu pergi, anda boleh dapat balik? bayar 8kilo emas gred 999 pun impossible anda boleh dapat balik. setuju?

so rancanglah hari hari anda. plan your life.usahakan sesuatu. jangan dipersiakan masa terluang anda, pergilah scuba dive ke, breakfast kat tempat nice ke, berjemaah subuh di masjid ke, plan camping trip dengan kawan kawan ke, masuk kursus tentang subjek yg anda minati ke. jangan sesekali biarkan masa anda gone...just like that. plan and try give the best, kalau tak dapat apa yg kita plan, apa yg kita hajati, apa yg kita rancang selama ini, jangan putus asa sebab kita merancang tapi yg maha perancang itu Allah, Dia tahu apa yg baik untuk hamba hamba Nya


malam ni sebelum tidur rancang ye kawan kawan apa nak buat sabtu ahad ni.... selamat berweekends!!


Sunday, January 8, 2012

Jom baca buku!

reading.....is good!

 1.bacalah dengan nama tuhanmu. Ayat pertama dalam Al Quran pun kita disuruh untuk membaca kan?

2.ikhlaskan hati bila membaca. niatkan kita nak menambah ilmu, menambah ilmu pengetahuan.

3.mungkin kita ada minat yg mendalam tentang sesuatu perkara atau topik. ada orang minat travel, ada budak suka barbie, ada pakcik suka memancing

4.jadi bila kita nak tahu akan sesuatu, find a book! cari dalam internet and read it for your own good!

5.mungkin faktor masa atau mungkin kewangan menyebabkan kita ada barrier dengan our own interest tapi apa yg boleh kita lakukan now is... go find a book. baca dulu tentang minat kita itu. sekurang-kurangnya we have the knowledge tentang perkara tersebut

6.jangan paksa diri untuk membaca tapi baca untuk seronok, baca buku sebab kita seronok membaca. read for leisure! mungkin secawan hot nescafe bisa menjadi peneman saat kita membaca

7.atau mungkin baca buku dikala ketenangan hadir dalam diri kita. maybe one quiet morning, a book and a cup of hot choc or maybe one fine evening and a book di halaman rumah

8.jadi apa tunggu lagi, find a book on your interest dan bacalah dengan penuh minat

9.why membaca? sebab membaca ni way better than(jauh lebih bagus) daripada duduk mengadap facebook

10.membaca ni lagi elok daripada duduk terkangkang depan tv. dah la tgk tv tu otak tak jalan. nanti otak jadi sssSSSLOW macam LDP. anda mahu jadi slow macam LDP? LDP tu lebuhraya Damansara Puchong ye kawan kawan.

11.bila anda baca buku, otak anda akan berfikir sebab anda akan try kaitkan diri anda dengan apa yg sedang anda baca

12.jadi kepada semua orang diluar sana, abg kakak adik adik pakcik makcik...jom baca buku!

13.jadikan membaca ni satu habit dalam hidup anda. amalan sehari harian dalam hidup anda

14.simpan satu 1buku dalam beg galas kerja anda, so tak kala sedang dalam perjalan ke tempat kerja mahupun pulang ke rumah, anda boleh duduk dalam monorail diam diam dan baca buku anda

15.atau simpan 1buku dalam kereta, tak kala nak panaskan enjin pagi pagi, ambil sedikit masa untuk baca buku anda

16. mungkin seminggu boleh habis 1 buku, habis january dah boleh habis 4 buku. ok la tu kan? daripada takde lansung.

17. so apa tunggu lagi..LETS DO THIS!....NOW!




ps: baru habis baca Unlimited Power by anthony robbins..best! aku suggest kalau kau orang suka pasal motivation