Monday, November 22, 2010

tips beli kereta untuk org muda


z4


Alhamdulillah, setelah berbulan bulan atau setahun 2 bekerja tiba masanya untuk anda memiliki sebuah kereta idaman. Alhamdulillah juga kerana dengan itu tak payah la anda merempit dalam hujan lg atau membuang masa menunggu pengangkutan awam yg jarang sekali menepati masa. Remember...masa itu Emas~!! kat sini aku ingin berkongsi sedikit tips untuk membeli 1st car kepada mereka mereka di luar sana yg sedang berkira kira untuk 'angkat' sebiji

1. tepuk dada tanya selera. mana yg berkenan di hati. mana yg redup mata memandang. alang alang beli biar puas hati. macam nak cari pasangan hidup juga. myvi ke proton ke merc ke swift ke honda ke.

2. sila pergi baca review mengenai kereta yg anda berkenan tersebut. kos maintenance, fuel consumption dan ape ape jua yg perlu anda ketahui mengenai kereta yg anda hajati

3. downpayment atau duit muka. cukup? ada? biasanya 10% daripada harga kereta. so let say anda nak angkat honda city, harga on the road lebih kurang RM85k so anda perlu sediakan dalam RM8k hingga 9k untuk duit muka. lagi byk lg bagus sebab bila byk, so sikitlah jumlah pinjaman bank yg perlu anda buat

4. ok now is masa untuk mendapatkan pinjaman dari bank jika anda tak beli kereta secara cash. ok now apa yg perlu anda lakukan is pergi tanya semua bank berapa kadar faedah(interest rate) yg mereka kenakan keatas jumlah pinjaman anda. sebagai contoh anda angkat myvi, so pergi bank tanya macam ni. ' bank, saya nak pinjam RM40k untuk auto loan selama 3, 5, 7 dan 9 tahun, berapa interest rate u orang boleh offer sama saya? then tolong buat simulation untuk how much saya kena bayar bulan bulan ye? '

5. anda kena tahu bahawa lagi lama anda pinjam lagi byk kadar faedah yg akan bank cajkan keatas pinjaman anda. so pinjam 3 tahun adalah lebih bagus daripada pinjam 5 tahun

6. dan bagi siapa siapa yg tak tahu, kadar faedah bg pinjaman kereta nasional adalah jauh lebih tinggi daripada kereta import. macam aritu aku tanya public bank, kalau angkat honda, interest rate hanyalah 2.9% selama 7 tahun tapi kalau angkat mvi, 4% bg tempoh yg sama

7. tips ni patut duduk nombor 2, setelah berkenan dgn sesebuah kereta, fikir masak masak sanggupkah anda memberi komitmen untuk bayar bulan bulan selama mungkin 3 tahun, 5 tahun 7 tahun 9 tahun untuk bayar balik pinjaman yg bakal anda buat. then berapa yg anda boleh alocatekan untuk setiap bulan ..300? 500? 700? 1k.. so terpulang dan ikut kemampuan anda

8. kalau boleh Tunggu sehingga hujung tahun. yup wait for dec because selalunya car maker akan buat promotion untuk stok yang sedia ada. diorang akan kasi rebate atau diskaun untuk habiskan stok yang sedia ada so that tahun berikutnya diiorang boleh produce stok baru. so adalah baik jika korang boleh sabar hingga hujung tahun. sometimes musim perayaan pun anda boleh dapat diskaun~!!

ps: never pinjam ahlong okay!

Wednesday, November 17, 2010

Lagenda budak Setan

Bagi aku cerita ni best sebab aku tak tido dalam panggung macam cerita jgn pandang belakang congkak 2 tempoh hari. dan scene yg membuatkan aku mesti tgk LBS ni ialah bila mana Q Haidar cursed 'Shial' sejurus selepas dia menghayunkan kepala syiqin kamal ke pasu bunga sehingga membuatkan syiqin kamal hilang ingatan dalam cerita tersebut. Macam rockstar la! Q haidar, lu mmg smart la bro~!!! aku rasa kebanyakan pelakon kat malaysia mmg patut pergi berguru dgn q haidar bagaimana nak menjiwai watak yg diberikan dan andainya LBS ini adalah sebuah game bola, man of the match akan ku berikan kpd q haidar. apsal ye pengarah tak letak q haidar jadi hero? and by the way, shiqin kamal tu........chantekkkkkkk.

nak cerita sikit moral of the story yg aku paham dari cerita ini:

1. Perubahan diri tu mesti datang dari dalam diri sendiri. jgn kerana kebendaan, sebab bila korang berubah kerana kebendaan, dan bila kebendaan itu terlepas dari korang, boleh frust menonggeng seyh

2. Bila marah jgn pukul orang dan jgn bawa kereta laju laju. sila beristifar dan sila pergi ambil air sembahyang

3. Jgn belajar lama lama. belajar sungguh sungguh grad cepat2 cari kerja, bagi stablekan hidup anda cari gf/bf then kawin la. ape nak ditunggu lg

4. Pembedahan plastik boleh buat anda jadi cantik?

5. ibubapa kalau nak carikan jodoh untuk anak anak, bagus tapi tanyalah tuan punya badan dulu sama ada dia dah ada calon ke belum, sebab yg nak hidup bersama bertahun tahun adalah si anak. jgnlah dipaksa paksa ye tak?

1 yg aku kurang berkenan dalam LBS ni ialah pengarah macam try nak jatuhkan profession sbg guru/lecturer.agak agak la sikit, mana ada lecturer tunggang air macam tu dalam kelas. lu tak ada rasa respect ke untuk tenaga pengajar? nak buat lawak pun biar REALITI la sikit. aku pun masuk uni dulu tapi tak pernah pun nampak lecturer perangai macam tu... then lagi 1 peluk peluk ni, wa kurang berkenan la, budak budak uni macam tu ke? ade ke clan macam tu kt uni? ke mmg wa masa belajar dulu tak pernah rasa sebab dulu bangsa bangsa wa semua jantan belaka. pagi petang siang malam"bro futsal jom"

sekian, dari aku...