Sunday, October 17, 2010

Bajet 2011

.....dan ini pandangan seorang aku akan bajet yg baru diwar warkan oleh kerajaan BN kelmarin.

1. baguslah service tax for restaurant naik. lepas ni harap harap kuranglah orang makan kfc, mcd lg. bukan bagus pun untuk kesihatan. masak kat rumah lg bersih

2. tapi aku sgt tak setuju bila service tax untuk hospitalization dan car rental juga turut naik. Ape kes? ni membebankan rakyat

3. yg nak hire 375 orang mat dan minah salleh untuk mengajar bahasa inggeris ni macam no point je. Boleh ke diorang ni give benefit to our 1 whole nation. Lama mana nak hire diorang? kalau nak tabur duit kat org putih yg ada sesetengahnya tak basuh berak ni, tak payah la kot aku rasa.

5. Projek warisan merdeka yg berharga RM5billion. buang duit bukan? just nak dijadikan sebagai mercu tanda. so whats de point? ke ini 1 lg projek kroni2? kalau aku nak masuk tender tombol pintu untuk warisan merdeka ni, rase boleh kaye ni. huhuhu

6. Cuti bersalin, wajibkan terus 90hari. kan lg senang. tak payah lg nak subjected to approval from majikan. tp selama tempoh bekerja dapat 300hari je, so 3 anak je la jawabnya. sebelum ni 5 anak. why not naik kan jd 450hari ke?

7. 100% housing loan untuk 1st time buyer ni applicable untuk pekerja swasta jugak ke? tp kenapa limitkan untuk yg monthly household income up to RM3000 je? dah kalau ade fresh grad ni dah kawin, both husband and wife gaji RM2k each. so kesian diorang tak dapat 100% housing loan.



Monday, October 11, 2010

Saving money

1. At least 10% daripada gaji bulanan anda. lg banyak lg bagus

2. Caranya, buka 1 bank akaun yg susah nak jumpa ATM machine, dan setiap bulan...sehari selepas gaji anda masuk, transfer terus amount yg anda ingin saving. contoh gaji masuk 22haribulan, 23haribulan transfer terus! jangan lengah2.

3.Aku cadangkan korang simpan dekat tabung haji, sebab kadar interest dia paling tinggi bagi normal saving akaun. tiada bank kat malaysia ni yg mampu nak lawan kadar faedah yg TH offer. dan of course dari segi syarak, TH mengikut landas2 Islam yg betul.

4.Dan bila ada kawan korang kate, ko muda lg, buat apa nak simpan simpan ni...nanti lama lama gaji ko naik,bukan statik....enjoy dulu! korang dengar saja idea yg tak bernas itu tp jangan ikut sebab ada jaminan ke gaji korang akan naik? ada jaminan ke korang akan terus di hire oleh majikan korang? tiba tiba korang jatuh sakit masuk wad? mane nak cekau duit kalo tak daripada saving korang. benar kan?* sebenarnya tak payah cekau duit saving kalau korang ada insurans

5. lg 1, remember! the power of compounding! atau dalam bahasa melayunya kuasa kadar faedah. sbg contoh, korang berjaya simpan 10k pada tahun 2010. so darabkan dengan 0.02(2% tapi actually most bank tak bagi pun sampai 2%) maka korang akan dapat RM200 free free je bagi tahun 2010. kalo korang tak simpan maka takkan dapat la RM200 tersebut. so bagi tahun 2011, interest-conventional/hibbah/gift yang akan korang dapat ialah 10,200*0.02=RM204. so kesimpulannya lg cepat korang start saving, lg bagus

Tapi setahun korang simpan, korang hanya dapat RM200. sikit bukan? itupun kalau korang boleh simpan RM10k. jadi kalau korang boleh simpan RM1k je utk setahun, maka dapatlah korang RM20 untuk penghujung tahun tersebut.

so kalau korang nak banyak. ape lg, investment la jawabnya. nanti aku cerita pasal investment pula in the future..cau~!!!

Friday, October 8, 2010

Redha

'kalau kita tak dapat apa yg kita suka, kita kena suka apa yg kita dapat'

.......bicara seorang uztaz dalam radio ikim pagi tadi sewaktu aku sedang pulang daripada hantar my sistas. and ustaz tu tambah lg, from there kita akan dapat 1 benda yg paling bernilai kat dunia ni...which is, ketenangan jiwa~