Saturday, March 27, 2010

Tips kewangan untuk mereka yg baru bekerja


kerja yang mungkin paling best kat dunia


1. Alhamdulillah, setelah 4 tahun atau bertahun-tahun melanjutkan pelajaran di university, akhirnya anda diterima bekerja di sebuah syarikat mahupun badan kerajaan di tanah air ataupun oversea

2. dan akhir bulan, setelah anda bekerja 5 hari seminggu, 8 jam sehari macam orang xde life dan buat benda yg sama, gaji pun masuk ke dalam akaun A. syukur alhamdulillah sekali lagi. majikan anda bayar juga gaji anda. ada majikan yg tak bayar tau!

3. Ok perkara pertama yang patut anda lakukan is pergi ke ATM machine dan withdraw duit anda UNTUK?, diberikan kepada ibubapa anda. tak kisahlah berapa korang nak kasi atau method sama ada by hand, bank in atau transfer online, berikanlah dengan seikhlas hati dan ikut kemampuan korang

4. sepantas kilat juga, transfer duit korang dalam akaun B untuk tujuan SAVING atau PENYIMPANAN. Ini penting untuk kegunaan anda dihari tua, nak beli keta atau rumah ke atau any big purchases yg akan korang buat kelak (pegi tgk EPL ke, pegi vacation atas kapal layar ke, beli sniper utk hamas ke) .Amount minimum yang aku suggest is 10% from your monthly salary. tapi lagi byk lagi bagus! dan lagi bagus kalau korang boleh separatekan/bahagikan terus betul betul jumlah untuk hari tua, beli keta, umah dan sbgnya.

5.next kira zakat pendapatan korang. 2.5% daripada gaji bulanan kot then set aside the money. better korang bayar terus kat pusat zakat atau masukkan dalam akaun C, nanti hujung tahun baru bayar.

6. Sekarang, jika ada monthly payment yang korang kena buat bulan-bulan sebagai contoh, bayar balik loan masa belajar dulu, bayar sewa rumah, bayar astro, atau any bayaran bulanan yg perlu korang laksanakan, kira siap-siap dan transfer terus ke dalam akaun C

7. dan elok juga korang alocatekan emergency money dan transfer kedalam akaun C. jumlahnya bergantung kpd korang. duit ini boleh digunakan bila waktu waktu kecemasan ataupun nak dekat hujung hujung bulan bila anda dah nak abis duit

8. ok skrg duit yg tinggal dalam akaun A bolehlah anda gunakan utk expenses harian anda. nak makan, nak shopping, duit isi minyak, topup handphone, main futsal, lepak maple, sedekah dan etc. selamat mencuba

suggestion utk akaun

akaun A - akaun yg senang jumpa ATM machine dan ada superb online banking service

akaun B - bank yg kasi anda kadar faedah yg tinggi. kalo ikut syariah lg bagus.

akaun C - sama ciri-cirinya macam akaun A

Thursday, March 18, 2010

Bersyukurlah..



Bersyukurlah..
kerana anda diberi mata utk membaca post ini
ada orang, buta sejak dilahirkan
ada orang, demam panas dan tiba tiba Allah tarik penglihatan dia

Bersyukurlah..
kerana anda ada tangan dan jari boleh pegang mouse dan scroll utk baca entry ni sampai habis
ada budak skrg konon terer rempit sana sana
sekali accident dah kudung tangan sebelah
nak tolong bawak brg kat pasar pun dah susah
nak makan pun kena mak suapkan

bersyukurlah..
kerana anda diberi ketenangan ketika ini utk baca ape yg aku tulis
ada mereka yg skrg ini tengah berperang menentang israel
kesiankan?

bersyukurlah..
kerana anda ada kelapangan masa utk beristirehat sambil duduk membaca entry aku ini
ada org aku kenal, skrg ini masih lg pasang scaffolding kat tempat kerja
pukul 12 tgh malam kang baru boleh balik
penatkan? kesiankan?

Bersyukurlah...